Guna Masker Susu Di Wajah Lepas 40 Minit Kulit Bersih Cerah Gebu
Guna Masker Susu Di Wajah, Lepas 40 Minit Kulit Bersih Cerah Gebu. Salah satu cara kawal wajah daripada jeragat, adalah rajin memakai masker di wajah. Ini pesan pakar kecantikan spa yang mak-mak kena tahu. Jom cuba masker susu ini, cara nak buatnya pun mudah saja. Mak-mak yang ada anak kecil lagi mudah nak buat, lagi-lagi anak yang minum susu tepung itu. Sebab itu salah satu bahannya dari 3 bahan yang akan mak-mak pakai. Petua alami ini dikongsikan oleh Yanie Rosdi. Katanya ini rutin hujung minggunya. Yang membolehkan si pemakainya dapat kulit cerah gebu.
Rajin Pakai Masker, Hilangkan Parut Jerawat
Hilangkan felk hitam dan parut jerawat. Kalau rajin buat je setiap hari. Pasti dapat hasil yang WOW! Sekarang ni wanita semua dah bijak memilih. Dah ada kesedaran tentang pentingnya makanan kulit secara alami. Back to nature omputih cakap. Masker wajah merupakan cara merawat wajah yang sudah lama diamalkan ramai wanita sejak dulu lagi. Nak hasil luar biasa, usaha pun kenalah seiring kan. Hanya 3 bahan di dapur mampu pudarkan parut dan putihkan wajah cara alami. Yelah korang jangan 100% bergantung pada produk semata-mata kan.
Khasiat Masker Susu
Mampu menghilangkan mata panda. Mencerahkan kulit. Mengecilkan pori-pori kulit. Melembabkan kulit kering. Menyamarkan noda hitam. Mengencangkan kulit wajah. Menghilangkan jerawat.
DIY Masker Susu Putih Gebu Guna Bahan Dapur
Putih Telur, Lemon, Susu Tepung (pakai brand apa pun boleh).
Cara:
Bancuh semua dan oleskan pada seluruh muka. Biarkan di wajah selama 40 minit kemudian bilas. Nah! pegang kulit muka tu, rasa gebukan.. amalkan dari sekarang, nanti kesannya putih gebu.
Rawat wajah dengan tomato
Barangan makanan keperluan seperti rempah, sayur dan buah yang ada di dapur boleh dijadikan bahan kosmetik untuk menjaga kecantikan kulit secara semula jadi sekiranya kita mempunyai pengetahuan mengenainya. Bukan saja selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia beracun, ia juga tidak menelan belanja besar dan boleh dihasilkan di rumah. Pada masa sama, proses merawat kulit boleh dilakukan sendiri di rumah dalam keadaan selesa tanpa perlu mengejar masa berkunjung ke spa atau mana-mana butik kecantikan, yang sudah pasti akan menelan belanja ratusan ringgit.
Manfaat Besar
Antara bahan makanan yang mempunyai manfaat besar kepada kesihatan dan kecantikan kulit ialah tomato. Bukan saja sedap dan menjadi antara bahan penting masakan, tomato boleh memberi zat secukupnya kepada kulit dan rambut. Bagi mereka yang berminat dengan rawatan secara semula jadi yang murah, mudah dan berkesan, berikut disenaraikan kebaikan tomato dan cara menggunakannya untuk menjaga kecantikan kulit.
1. Dimakan begitu saja
untuk mendapatkan nutrisinya dan kandungan air yang tinggi bagi melembapkan kulit dan sarat dengan mineral, kalsium, vitamin A, vitamin C, flavonoid, vitamin B kompleks, tiamin, folat dan niacin. Bukan saja baik untuk kulit tetapi menjaga kesihatan mata.
2. Kandungan antioksi
seperti lycopene dan zea-xanthin dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas.
3. Bersifat antikanser
mengelak reaksi kerosakan akibat pemakanan harian dan pendedahan kepada elemen alam sekitar sehingga merosakkan kesihatan dan menjejaskan penampilan.
4. Ia mampu memulihkan sel
membina otot memandangkan tomato mempunyai kandungan protein.
5. Merawat liang roma
terbuka dengan cara mencampurkan empat sudu jus tomato dengan satu sudu air, sebelum disapu ke seluruh muka menggunakan bola kapas. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci.
6. Menyerikan wajah
dengan cara menggosok potongan tomato pada kulit sehingga jus menyerap ke dalam kulit. Ia juga boleh membantu meratakan warna kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat.
7. Biji tomato
mempunyai khasiat yang mampu merawat pelbagai masalah kulit. Ia boleh membantu melawan masalah penuaan pramatang dengan cara menyapu tomato kisar ke wajah sebelum tidur dan hanya basuh keesokan paginya.
8. Merawat jerawat dan ruam panas
Belah tomato dan sapukan pada wajah ataupun sapukan isi tomato pada wajah dan biarkan kira-kira satu jam. Sapu secara konsisten mampu memberi kesan ketara.
9. Mengawal pengeluaran minyak
berlebihan pada wajah. Sebum terlalu banyak boleh menyumbat liang roma, seterusnya menyebabkan jerawat dan parut pada wajah. Tomato membantu mengurangkan masalah minyak berlebihan seterusnya kulit lebih licin dan bersih. Tomato bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi, sekali gus membantu memberikan wajah lebih muda kepada mereka yang rajin mengamalkannya.
Sumber: Yanie Rosdi
The post Guna Masker Susu Di Wajah, Lepas 40 Minit Kulit Bersih Cerah Gebu! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/guna-masker-susu-di-wajah-lepas-40-minit-kulit-bersih-cerah-gebu/