Guna Kaedah Kiub Simpan Santan Segar Lagi Tahan Lama Nak Guna Masuk Seketul Dua
Sama macam kita, jika kena dengan gayanya menu bersantan paling digemari anak-anak. Asal sahaja menu ada kuah lemak, anak makan bertambah-tambah. Pun begitu bila stok santan habis di rumah, mulalah jadi cemas.
Idea menyimpan santan seperti yang dikongsikan oleh Mazliana Mazlan ini mama kena cuba. Memang senang. Bila nak guna, terus sahaja keluarkan dari peti ais. Mudah!
Rugi kalau tak ajar anak suka makanan bersantan dari mereka kecil. Santan, tinggi dengan asid laurik. Asid laurik, seakan antibakteria dan antivirus yang boleh melawan jangkitan kuman dalam badan anak-anak. Bagus sangat untuk imuniti anak-anak kan.
Antara masakan bersantan yang saya suka buat untuk anak-anak;
1. Nasi lemak
2. Masak lemak kobis
3. Masak lemak ikan, udang dan ayam
4. Kari ayam dan ikan
5. Lontong
Suka sangat budak-budak ni, terutama nasi lemak dan masak lemak ikan. Saya share, macam mana saya simpan santan di rumah. Alhamdulillah, dengan cara mudah macam ni, saya dapat gunakan santan segar pada bila-bila masa je yang saya nak.
Tak perlu lagi dah nak pergi beli santan setiap kali nak masak. Tak perlu jugak nak kena proses sendiri santan dari isi kelapa setiap kali nak guna. Saya kan tak suka renyah bila nak masak. Nak semua yang mudah-mudah je.
Santan dalam gambar ni, saya dah hasilkan macam-macam menu pun.
Rendang.
Masak lemak.
Ayam kapitan.
Kari ayam.
Mee kari.
Spageti.
Semua masakan bersantan, saya ganti je santan fresh yang saya bekukan ni. Alhamdulillah, menjadi semuanya setakat ni. Jom tengok macam mana saya buat. Mana tahu korang pun boleh cuba sediakan kat rumah.
Mula sediakan dulu bekas macam ni. Susun cantik-cantik, senang nak tuang nanti.
Tuang santan dengan hati-hati ya. Pertama kali dulu saya dah timbang siap-siap, 1 kiub dalam 8-10 gram macam tu.
Terus gigih buat sampai habis semua lubang terisi ya.
Selesai dibekukan. Bekas kiub ni ada penutup tau, saya terlupa masukkan dalam gambar.
Cantik elok je kan hasil creamy tomyam spageti kesukaan ramai.
Menarik: Resipi Crab Rangoon Creamy Hijau Ala Thai, Paling Simple Tapi Padu
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Guna Kaedah Kiub Simpan Santan Segar Lagi Tahan Lama, Nak Guna Masuk Seketul Dua! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/guna-kaedah-kiub-simpan-santan-segar-lagi-tahan-lama-nak-guna-masuk-seketul-dua/