Gulai Lemak Ikan Lampam Bersama Belimbing Buluh Sajian Tengahari Raya Ke Empat Di Kampung Halamanku


Ini entri terlambat buat. Raya dah habis lama, raya haji pun dah lepas menjelang, baru terkial-kial nak tunjuk masakan ini. Waktu itu dah jemu dan muak menghadap lemang dan rendang, maka terjadilah hidangan gulai lemak ikan lampam bersama belimbing buluh ini. Cara buat sama je dengan masak lemak cili api tapi di Perak tak biasa panggil masak lemak. Jadi, kena lah sebut gulai lemak ikan lampam bersama belimbing buluh yer

Gulai Lemak Ikan Lampam Bersama Belimbing Buluh 
Paling canggih kat kampung ni, hampir semua bahan ada di keliling rumah. Tak payah beli dan sangat segar serta menjimatkan. Rasanya cuma ikan dan bawang saja yang di beli. Kelapa di kampung di Perak ni di panggil nyor di kait di tepi rumah. Tapi tak adalah di kait masa nak masak tu. Memang dah sedia di kopek kulit. Tinggal lagi nak di buang sabutnya. Di ketuk biar terbelah dua dan di parut guna mesin

Selebihnya buat macam biasa, iaitu perah santannya. Cili api atau di sini pangil cabai @ cabey burung ( bahasa Perak pekat) petik di tepi rumah. Ada beberapa pokok yang di tanam dek mak. Banyak pula buahnya. Belimbing pun petik je di belakang dapur. Buahnya dah tinggal sikit. Dah habis musim, penuh yang luruh dan busuk di bawah pokok. Serai dan kunyit pun ada di tanam di tepi dapur






Itulah indahnya tinggal di kampung. Di bandar, semuanya kena dibeli. Dari sekecil-kecil ramuan masakan dan apatah lagi yang besar. Sekarang dah tak dapat harga kupang-kupang dah. Semuanya dah bernilai ringgit dah. Itulah nilai duit sekarang, makin kecil dan barang-barang masakan mahal belaka. Nak bercucuk tanam macam di kampung kena tunggu rancangan buat rumah menjadi nyata.... huhu!

Marilah kita lihat resepi gulai ikan lampam dari Negeri Perak yang indah permai. Resepi macam masak lemak cili api juga tapi di kurangkan kepedasannya. Al maklum, buat di Perak kenalah ikut cara sana.. Nanti orang Perak tak lalu nak makan pulak... Pedehhhh... hihi!

Gulai Lemak Ikan Lampam Bersama Belimbing Buluh Sajian Tengahari Raya Ke Empat Di Kampung HalamankuBahan-bahan:
1 ekor ikan lampam bersaiz besar12 biji belimbing buluh12 biji cili api (cabai burung)1/2 inci kunyit hidup2 biji bawang merah1 batang serai1 biji kelapa Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Ikan lampam di bersihkan dan di potong-potong. Belimbig buluh di belah dua. Cili api, kunyit hidup dan bawang merah di tumbuk lumat. Serai di titik saja. Kelapa di parut di campur air dan diambil santannya iaitu 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair. Agak-agak lah yer..

Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santam cair. Didihkan dan masukkan belimbing buluh dan serai. Bila dah mendidih masukkan ikan lampam. Apabila ikan lampan dah nak masak, masukkan santan pekat. 
Selepas memdidih sekali lagi, bolehlah di angkat. pastikan jangan pecah minyak yer. Waktu memasak tu kena selalu kacau. tapi kacau perlahan-lahan je biar ikan tak pecah berkecai. Selepas tu bolehlah di hidangkan besama hidangan tengahari. Nak makan tu jaga-jaga yer... ikan lampam ni banyak tulang takut tercekik pulak

Okeylah... itu saja cerita masak memasak di kampung waktu hari raya ari tu. Sedap jangan ceritalah, hingga menjilat jari. Lebih-lebih lagi makan di iringi suasana kampung yang nyaman dan di sisi emak ayah yang di kasihi

Nak tengok berbagai masakan di blog ini lihat di SINI
p/s: Rindunya nak balik kampung lagi... haihh



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://annurbeauty.blogspot.com/2019/08/gulai-lemak-ikan-lampam-bersama-belimbing-buluh-sajian-tengahari-raya-ke-empat-di-kampung-halaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Lemak Telur Itik Bersama Pucuk Ubi Dan Belimbing Buluh

Masak Lemak Telur Itik Bersama Pucuk Ubi Dan Belimbing Buluh

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 511 hits
Juadah masakan beberapa hari lepas Selera hubby la tu Masak lemak cili api ni hari2 pun dia tak jemu Setiap kali macam2 sayur dan lauk kampung nak di masak sekaligus Kalau boleh semua benda tu nak dimasukkan sekali harung Nasib baik bila di...
Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 799 hits
Saya percaya Allah menduga sesuatu yang boleh kita tanggung Ujian satu per satu yang mendatang adalah kerana Allah kasih dan Allah mahu kita mengingati dan sentiasa memohon rahmatNya Saya merasakan diri diuji supaya saya tidak lupa diri dan...
Lemak Pedas Daun Maman Ikan Tenggiri

Lemak Pedas Daun Maman Ikan Tenggiri

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 727 hits
BahanIkan tenggiriDaun maman segarSantanCili apiKunyit hidupAsam kepingGaram serbuk perasa bersihkan daun maman rebus daun maman bersama asam keping dan sedikit garam tapis daun dan rasa sedikit daun untuk memastikan tahap pahit daun yang s...
Jalan Raya Guna Buluh Dan Plastik Kitar Semula

Jalan Raya Guna Buluh Dan Plastik Kitar Semula

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 359 hits
Sebatang jalan berasaskan buluh sepanjang satu kilometer akan dibina di Temonyong Langkawi sebagai satu projek perintis ke arah teknologi hijau Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi Dr Hezri Adnan berkata ia juga akan turut m...
Makan Tengahari Di Kampung Bakau Tua Penaga

Makan Tengahari Di Kampung Bakau Tua Penaga

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 739 hits
kedai makan tengahari Kampung Bakau Tua PenagaSaja nak bagitau ada restoran makan tengahari yang korang boleh singgah kalau ke Penaga Pulau Pinang Kedai makan ni terletak di Kampung Bakau Tua laluan kalau nak ke Kuala Muda yang ada pasar bi...
Gulai Tempoyak Ikan Keli Dan Nenas

Gulai Tempoyak Ikan Keli Dan Nenas

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 309 hits
Resepi kali ni gulai tempoyak ikan keli dan nenas sedap wa cakap lu Tak toleh kiri kanan dah Aku dan anak anak makan dengan penuh berselera Habis terbarai segala diet yang ada Tak apa untuk satu hari sahaja Lepas ni jaga pemakanan balik Gul...
Ikan Hari Tu Buat Gulai Ke Disindir Dato Vida Tidak Pandai Jaga Ikan Aliff Syukri Naik Angin

Ikan Hari Tu Buat Gulai Ke Disindir Dato Vida Tidak Pandai Jaga Ikan Aliff Syukri Naik Angin

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 853 hits
Gara gara ikan kelah yang dibela oleh usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri mati hampir 500 ekor tempoh hari ramai yang memberi kecaman terhadapnya dan rata rata mengatakan dia tidak pandai membela ikan BACA Malah Aliff Syukri dihentam teruk...
Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 740 hits
Pagi pagi jika sampai awal ke KL kami singgah di gerai makan bersebelahan dengan Balai Polis Bukit Aman atau sebelah tempat meletak kereta yang berhadapan dengan Taman Rama Rama Kebetulan sampai awal kerana ramai orang masih bercuti raya da...
Polisi Buru Empat Kkb Yang Melarikan Diri Usai Baku Tembak Di Wamena

Polisi Buru Empat Kkb Yang Melarikan Diri Usai Baku Tembak Di Wamena

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 159 hits
Polisi Buru Empat KKB yang Melarikan Diri Usai Baku Tembak di Wamena Saat itu KKB melawan hingga terjadi baku tembak Satu diantaranya tewas Sedangkan empat lainnya melarikan diri
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense