Masak Lemak Telur Itik Bersama Pucuk Ubi Dan Belimbing Buluh
Juadah masakan beberapa hari lepas. Selera hubby la tu. Masak lemak cili api ni hari2 pun dia tak jemu. Setiap kali macam2 sayur dan lauk kampung nak di masak sekaligus. Kalau boleh semua benda tu nak dimasukkan sekali harung. Nasib baik bila dicampur2 tu menjadi dan sedappp..
Kali ni pucuk ubi dan belimbing buluh di gandingkan dengan telur itik. Rasanya.... perghhhh! Cili api aku bubuh dalam 25 biji. Tak pulak rasa pedas berlebihan. Rasa pedasnya sedang elok je kat tekak kami anak beranak. Rasanya boleh kot lain kali letak 30 biji pulak... hihi
Kat blog ni ... inilah resepi yang paling sinonim. Dah tu, inilah juadah masakan yang hari2 mau jer kat tekak seluruh keluarga.. especially hubby. Apa nak buat orang nismilan... masak lemak cili api tak dapat dipisahkan..... :)
Bahan2 :5 biji telur itik - di bersihkan dari kotoranSecekak pucuk ubi - ambil pucuk dan daun muda sahaja15 biji belimbing buluh - belah dua25 biji cili api - tumbuk1cm isi kunyit - tumbuk2 biji bawang merah - tumbuk1 keping asam keping2 cawan santan pekat.secawan airgaram dan gula secukup rasa.
Cara2 :
Pucuk ubi direbus sebentar. Buang airnya. Masukkan pucuk ubi yang telah direbus dan belimbing buluh yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, pecahkan telur itik perlahan2 ke dalam periuk.
Kacau bahagian atas gulai perlahan2 agar tidak terkena pecahan telur. Masukkan secawan lagi santan pekat. Masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula.
Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.
p/s : Biar lebih pedas... lebih ummpph.... Tapi yang tak nak pedas kurangkan jer la... hihi
The Tefal Warehouse Sale Is Back And It Will Bring Out The Domestic Goddess In You
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://annurbeauty.blogspot.com/2016/10/masak-lemak-telur-tik-bersama-pucuk-ubi.html