Gulai Lemak Air Tangan Ibu Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini
Cerita Fad Bocey, dulu di zaman bujangnya walau banyak mana makanan dibeli di Bazar Ramadan, tapi bila balik rumah, masakan ibunya juga yang dicari. Katanya biarapun masakan ibunya itu ringkas tetapi air tangan ibu tetap yang terbaik dan paling sedap.
Satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah Fad Bocey jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.
“Saya tak tau apa yang mak masuk dalam masakannya. Tapi apa je yang dimasaknya semua sedap dan saya tak pernah tolak. selain gulai lemak bihun goreng mak, takda pun mewah lauk pauk tapi sedapnya memang takda tandingannya, ” cerita Fad.
Selain lauk pauk, kuih muih juga antara menu wajib ada bagi Fad bila berbuka, adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.
“Saya sangat terharu dan seronok bila diundang oleh Chef Wan untuk bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bukan senang tau dapat masak satu dapur dengan chef popular ni. Saya seronok, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap, “ ujar Fad.
Anda yang ingin mencuba menu disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, berikut disediakan resipinya
GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam | dibersihkan½ biji nanas | hiris500ml santan pekat200ml air1/2 kecil parutan nanas3 helai daun limau purut1 genggan daun Basil Thai1 biji limau nipis | ambil jus sahaja2 sudu makan sos ikan1 sudu makan gula MelakaGaram secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
10 biji cili merah2batang serai3cm kunyit hidup1 1/2cm halia2cm lengkuas10 biji lada hitamCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KUIH CARA GULA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan santan200ml santan2 biji telur |kacau3 cawan tepung gandumSedikit garamGula secukupnya | untuk inti2 sudu makan marjerin | cairkan2 sudu makan minyak sapiCARA MEMASAK:
Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pada setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/05/gulai-lemak-air-tangan-ibu-isteri.html