Bayi Melintang Ibu Enggan Bedah Jalan Dah Buka 6cm Tangan Bayi Terjulur Akhirnya Emergency Czer


Seorang wanita hamil 38 minggu pergi ke hospital swasta. Dia telah dimaklumkan oleh hospital kerajaan bahawa dia perlu melalui kelahiran secara pembedahan, kerana bayi dalam kandungannya berkedudukan melintang.
Wanita tersebut tidak bersetuju, dan `lari’ ke hospital swasta dengan harapan doktor swasta akan membenarkan dia bersalin secara normal. Malangnya untuk wanita tersebut, doktor di hospital swasta juga menyarankan bersalin secara pembedahan. Hanya itu cara untuk mempastikan keselamatan ibu dan bayi, ujar doktor tersebut.
Komplikasi transverse lie Wanita itu masih enggan menerima hakikat pembedahan. Dia pulang ke rumah. Dua minggu kemudian, dia muncul di labour room hospital swasta, mengadu mengalami kontraksi dan air ketubannya telah pecah. Doktor memeriksa dirinya dan mendapati kedudukan bayi masih melintang, pintu rahimnya telah buka sebesar 6cm, dan tangan bayi telah terjulur keluar menerusi pintu rahim. Emergency!!!! Hand prolapse!!!!! Nasib baik tali pusat tidak terjulur keluar!
Wanita itu dibawa segera ke dewan bedah untuk pembedahan caesarean. Doktor bius memberi suntikan bius `spinal’ dan pembedahan dimulakan. Potongan dikulit dilakukan di bahagian bawah abdomen. Potongan di rahim juga dibuat di bahagian bawah rahim (low transverse incision). Potongan-potongan begini adalah kebiasaan untuk pembedahan caesarean.
Akan tetapi, disebabkan wanita itu sudah mengalami kontraksi kuat (yang menghimpit dan `mencengkam’ bayi), air ketuban sudah pun pecah, dan kedudukan bayi yang melintang, doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bayi daripada potongan transverse di rahim.
Hand prolapse Kaki bayi sudah ada dalam genggaman doktor. Tetapi walaupun di tarik, kaki sebelah lagi dan badan bayi tidak turun dek cengkaman kontraksi rahim. Kalau ditarik lebih kuat, nanti kaki patah pula. Doktor O&G meminta bantuan daripada doktor bius, `Boleh tak awak beri patient ubat untuk kurangkan kontraksi, supaya lebih mudah untuk saya keluarkan bayi?’ Doktor bius menjawab, `Tak boleh doktor. Kalau nak, saya terpaksa bagi patient bius penuh terdahulu. Tetapi patient ni baru sahaja makan 2 keping roti canai () sebelum datang hospital. Nanti dia mati tersedak kalau saya bagi dia bius penuh.’
Doktor O&G tiada pilihan lain. Dia melakukan potongan tambahan pada rahim wanita itu, untuk membesarkan ruang supaya bayi boleh ditarik keluar. Potongan tambahan ini diistilahkan `T-incision’ kerana rupanya seakan huruf T. Alhamdulillah bayi berjaya ditarik keluar, tanpa patah tulang kaki mahupun tangan. Potongan `T’ itu dijahit sebaik mungkin, dan alhamdulillah sekali lagi, tiada pertumpahan darah berlaku.
T-incision VS low transverse incision ********************************
`Transverse lie’ atau `bayi melintang’ kerap berlaku sebelum usia kandungan 37 minggu. Selepas 37 minggu kehamilan, kebanyakkan bayi melintang telah pun berpusing dan kepalanya menghala ke bawah. Hanya 0.3% daripada kehamilan akan terus melintang selepas 37 minggu. Bayi melintang mesti dilahirkan melalui pembedahan kerana secara fizikalnya, badan berukuran 30cm tidak akan dapat melalui pembukaan pintu rahim sebesar 10cm. Bayi melintang tidak sama dengan bayi songsang. Bayi songsang masih boleh bersalin secara normal kerana diameter punggung kurang daripada 10cm.
Selain dari itu, jika air ketuban pecah, risiko untuk `cord prolapse’ atau tali pusat terjulur keluar adalah sangat tinggi. Cord prolapse boleh menyebabkan kematian bayi dalam sekelip mata.
Akibat hand prolapse Wanita tersebut sangat bernasib baik kerana tidak mengalami komplikasi berikut:
1. Cord prolapse.
2. Bayi patah tangan atau kaki.
3. Bayi lemas atau mati.
4. Tumpah darah.
5. Pembedahan buang Rahim (Post partum hysterectomy)
6. Koyak pada pundi kencing (Bladder injury)
7. Aspiration pneumonia
Komplikasi yang beliau alami ialah `T-incision’ di mana beliau harus melalui kelahiran pembedahan untuk setiap kandungan yang akan datang. Jika beliau cuba bersalin biasa, risiko rahim pecah melebihi 5%.
Janganlah kerana anda takut atau tidak suka melalui pembedahan, anda sanggup menjejaskan nyawa anda sendiri dan nyawa bayi. Dengarlah nasihat doktor pakar.
PS. Sesedap mana roti canai, janganlah makan berat-berat sewaktu hendak bersalin.
Sumber: Dr Anna Liza Roslani
Pakar O&G
The post Bayi Melintang Ibu Enggan Bedah, Jalan Dah Buka 6cm, Tangan Bayi Terjulur, Akhirnya Emergency Czer appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-melintang-ibu-enggan-bedah-jalan-dah-buka-6cm-tangan-bayi-terjulur-akhirnya-emergency-czer/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Nasi Cuma Berlaukkan Garam Akhirnya Si Ibu Nekad Tebal Muka Minta Telur Ayam Jiran Untuk Anak Anak Alas Perut

Makan Nasi Cuma Berlaukkan Garam Akhirnya Si Ibu Nekad Tebal Muka Minta Telur Ayam Jiran Untuk Anak Anak Alas Perut

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 530 hits
Hari hari yang dilalui Marsyila Zakaria bersama tujuh anaknya sepanjang Ramadan ini tiada beza dengan hari yang lain sejak hampir setahun lalu Bagi wanita berusia 35 tahun itu dia dan anak anak tiada lagi perasaan teruja untuk menyambut bul...
Gaza Under Attack Bayi 14 Bulan Dan Ibu Sarat Mengandung Antara Yang Terbunuh

Gaza Under Attack Bayi 14 Bulan Dan Ibu Sarat Mengandung Antara Yang Terbunuh

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 519 hits
Sama seperti tahun tahun sebelum ini menjelang sahaja bulan ramadhan pasti rejim Israel akan mulakan serangan mereka ke atas bumi Gaza Ini dapat dilihat selepas seorang bayi Palestin yang baru berusia 14 bulan dan ibunya yang sarat mengandu...
Doa 5 Tahun Dr Say Shazril Isteri Akhirnya Makbul Lahirnya Bayi Lelaki Penyeri Rumahtangga

Doa 5 Tahun Dr Say Shazril Isteri Akhirnya Makbul Lahirnya Bayi Lelaki Penyeri Rumahtangga

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 507 hits
Doa instafamous Dr Say Shazril akhirnya dimakbulkan apabila dia dan isteri selamat menimang bayi lelaki pada 5 Mei 2019 Sebelum ini Dr Say pernah berkongsi mengenai usahanya untuk mendapatkan zuriat dengan mengurangkan pengambilan minuman b...
Tangan Ibu Penuh Barang Tak Dapat Pimpin Anak Kanak Kanak Nyaris Diculik Di Bazar Ramadan

Tangan Ibu Penuh Barang Tak Dapat Pimpin Anak Kanak Kanak Nyaris Diculik Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 589 hits
Kesesakan di lokasi yang sibuk menjadi kesempatan para penjenayah melakukan misi mereka Apa yang diceritakan lelaki ini perlu diambil serius ibu ayah mesti lebih berwaspada membawa anak ke kawasan yang sesak seperti bazar Ramadan Perkongsia...
Anak Istimewa Buat Apa Nak Sorok Tak Semua Orang Dapat Bayi Dilahirkan Jari Bercantum Ibu Tetap Positif

Anak Istimewa Buat Apa Nak Sorok Tak Semua Orang Dapat Bayi Dilahirkan Jari Bercantum Ibu Tetap Positif

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 655 hits
Diuji dengan kehadiran anak istimewa Puan Sofia sedikit pun tidak merasa lelah mahupun malu malah dia bersyukur kerana tidak semua orang dikurniakan anak istimewa yang Allah janjikan syurga buat anak ini Puan Sofia berkongsi detik detik men...
Ditumbuk Dan Dipulas Hingga Patah Bayi 3 Bulan Maut Di Tangan Ayah Sendiri

Ditumbuk Dan Dipulas Hingga Patah Bayi 3 Bulan Maut Di Tangan Ayah Sendiri

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 365 hits
JAKARTA Seorang ayah tergamak mendera bayinya sendiri hingga menemui ajal Ditumbuk Dan Dipulas Hingga Patah Bayi 3 Bulan Maut Di Tangan Ayah Sendiri
Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 838 hits
Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman Bukan itu sahaja tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi s...
Viral Rekaman Cctv Bayi Terlindas Truk Di Jalan Akibat Sang Ibu Asyik Bermain Hp

Viral Rekaman Cctv Bayi Terlindas Truk Di Jalan Akibat Sang Ibu Asyik Bermain Hp

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 296 hits
Video viral yang diambil dari CCTV memperlihatkan rekaman seorang bayi yang terlindas truk yang tengah melaju Dilansir oleh Mirror co uk seorang ibu bernama Wilawan Pitpan lalai memperhatikan anaknya yang berujung pada kematian Sabtu Anakny...
Tasha Manshahar Akui Trimester Ke 3 Sukar Latih Ibu Tak Terkejut Bila Bayi Lahir Nanti

Tasha Manshahar Akui Trimester Ke 3 Sukar Latih Ibu Tak Terkejut Bila Bayi Lahir Nanti

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 333 hits
Trimester ketiga bagi kebanyakan ibu adalah yang paling mencabar selain dari trimester pertama Yakinlah ia adalah latihan untuk ibu tidak terkejut apabila bayi lahir nanti Trimester ketiga memang selalunya penuh dengan ketidakselesaan kesak...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation