10 Cara Untuk Berjimat Sepanjang Bulan Ramadan Ini



Adakah anda antara mereka yang lazimnya berbelanja lebih di bulan Ramadan? Ramadan dinantikan seluruh umat Islam, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia

Ketika berpuasa, kita mengawal diri daripada nafsu, namun perbelanjaan pada bulan Ramadan kebiasaannya adalah lebih tinggi daripada bulan-bulan lain, ditambah lagi dengan perbelanjaan menjelang Hari Raya Aidilfitri

Ramadan ini, Abam Kie cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kos, dan dalam masa ini, Abam Kie turut mempelajari 10 cara untuk menjimat wang sepanjang Ramadan

1. Memasak sendiri di rumah

Penyediaan makanan bagi berbuka puasa dan sahur adalah antara perkara utama pada bulan Ramadan

Kadangkala, pada bulan Ramadan kita “teringin” untuk memakan juadah istimewa

Sejak akhir2 ini cuma sedikit bufet Ramadan kosnya kurang daripada RM100 seorang, manakala kebanyakannya lebih daripada itu

Untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan, isteri Abam Kie sering memasak sendiri juadah berbuka puasa atau sahur kerana semestinya ia akan dapat menjimatkan kos

Dengan kos RM100, anda mungkin boleh membeli bahan-bahan masakan untuk sekeluarga dalam 3 hari ke seminggu

Elakkan bufet Ramadan yang  mahal. Jika anda ingin juga berbuka di bufet Ramadan, boleh la pergi sekali je dalam bulan Ramadhan ni. Lainlah kalau ada orang nak belanja atau hotel tu jemput untuk buat food review! Makan free la tu! Hahaha.....

2. Perancangan awal

Apabila Abam Kie dan isteri memutuskan untuk memasak sendiri juadah buka puasa dan sahur, kami wajib membuat perancangan bagi juadah yang ingin kami masak terlebih dahulu. Pertamanya, kami dapatkan panduan resipi di Internet atau di laman sosial

Selain itu, yang paling pentingnya, kami juga membuat perancangan kewangan atau ‘bajet’ bagi bahan-bahan masakan yang diperlukan

Apabila merancang menu setiap minggu, kami memastikan bahan-bahan yang telah dibeli boleh digunakan dalam beberapa lauk, untuk mengelakkan pembaziran

Apabila membeli bahan masakan, ia juga penting untuk membuat perbandingan harga di beberapa kedai atau hypermarket

Hypermarket sering membuat promosi di bulan Ramadan, dan anda pasti boleh membuat penjimatan apabila anda membuat perbandingan harga

3. Pilih juadah yang sesuai

Sekiranya anda memilih untuk berbuka di luar, sebaiknya anda memilih tempat yang paling menjimatkan dan berpatutan

Abam Kie dan isteri tidaklah memasak setiap hari di bulan Ramadan ini, tetapi kami semestinya membuat penyelidikan dan perbandingan sebelum kami memilih sesebuah restoran

Pada masa ini, terdapat banyak restoran yang menyediakan hidangan berbuka puasa secara pakej atau kombo yang lebih murah berbanding pakej biasa

Ketika memilih pakej berkenaan, pastikan bahawa harga yang ditawarkan berpatutan dan setimpal dengan harga yang ditawarkan

Anda juga perlu mempertimbangkan tawaran tersebut berdasarkan jumlah makanan dan bilangan orang yang akan berbuka puasa dengan anda

4. Lebih banyak lebih bagus

Membeli makanan berbuka puasa di bazar Ramadan tidak lagi murah

Harga bagi makanan seperti murtabak, nasi ayam dan popiah semakin meningkat setiap tahun

Salah satu cara Abam Kie memaksimakan perbelanjaan di bazar Ramadan adalah dengan berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan

Ia adalah lebih menjimatkan daripada berbuka puasa bersendirian kerana hidangan bazar Ramadan kebanyakannya dijual dalam bahagian yang besar dan boleh dikongsi

Oleh itu, kos perbelanjaan makanan setiap seorang dapat dijimatkan kerana anda dapat berkongsi kos untuk beberapa juadah. Anda juga dapat mengelakkan pembaziran makanan

Selain itu, sekiranya anda berbuka puasa di luar, terdapat banyak restoran dan hotel yang menawarkan diskaun bagi orang yang datang secara berkumpulan. 
5. Berbelanja dengan berhemat di bazar Ramadan

Bazar Ramadan dan bulan puasa memang tidak boleh dipisahkan, terutamanya bagi orang yang bekerja dan tidak mempunyai masa untuk memasak

Oleh itu, pastikan anda berbelanja dengan berhemat setiap kali mengunjungi bazar Ramadan

Sebaik-baiknya, buatlah perancangan mengenai juadah yang ingin anda beli pada hari itu dan juga kuantitinya

Anda juga perlu menetapkan amaun maksimum yang anda boleh belanjakan di bazar Ramadan

Anda juga perlu berwaspada dengan harga makanan yang ditawarkan kerana ada penjual yang akan menjual makanan kombo dengan lebih ‘murah’ seperti RM10 bagi 3 pek nasi yang berharga RM4/sepek

Dalam situasi ini, tanya diri anda: Adakah anda memerlukan makanan sebanyak itu

6. Elakkan perjalanan yang jauh

Pasti anda pernah dengar tentang pau cendawan di bazar Ramadan di Putrajaya. Sudah pasti lazat di makan

Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak bazar Ramadan yang mempunyai juadah istimewa yang berlainan seumpama ini, dan ada dalam kalangan kita yang suka mengunjungi bazar Ramadan berbeza-beza

Sekiranya bazar Ramadan yang ingin anda kunjungi itu terletak jauh daripada kawasan rumah atau pejabat, ia mungkin akan menambahkan perbelanjaan pengangkutan

Oleh itu, sebaik-baiknya elakkan mengunjungi bazar Ramadan yang jauh

Sekiranya anda teringin untuk menikmati juadah yang tidak ada dijual di tempat lain, mungkin anda boleh ”carpool” bersama kawan-kawan atau ahli keluarga untuk berkongsi kos pengangkutan

7. Dapatkan diskaun berbuka puasa

Sekiranya anda gemar akan bufet berbuka puasa, anda boleh mendapatkan harga promosi yang 30% ke 40% lebih murah daripada harga sebenar dengan menggunakan kupon diskaun “early bird” ataupun diskaun “online” daripada laman diskaun

Abam Kie membuat perancangan untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan sebelum Ramadan kerana pembelian voucher bufet Ramadan di kebanyakan hotel atau restoran adalah lebih murah sebelum bulan Ramadan

Kita perlu juga peka kepada hotel dan restoran yang memberikan diskaun istimewa kepada pemegang kad kredit atau kad debit

8. Bergotong royong di kawasan perumahan/pejabat

Pada bulan Ramadan, suatu amalan yang sering dilakukan di kawasan kampung atau kawasan perumahan ialah amalan bergotong-royong untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan moreh, terutamanya sekali bubur lambuk

Kebiasaannya, juadah yang disediakan akan diagih-agihkan kepada jemaah masjid yang turut serta dalam gotong-royong tersebut. Aktiviti ini dapat mengurangkan kos penyediaan juadah berbuka puasa

Namun, jangan lupa untuk memberikan sedikit sumbangan ikhlas kepada kariah masjid sebagai sedekah

9. Berbuka puasa dan moreh di surau atau masjid

Anda juga boleh berbuka puasa dan moreh secara percuma di masjid dan surau

Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah ia akan dapat merapatkan silaturahim anda dengan ahli kariah

Selain itu, berbuka puasa di masjid akan memudahkan anda untuk menjalankan solat wajib Maghrib dan Isyak serta solat sunat tarawih tanpa perlu terkejar-kejar

10. Berkongsi dan bertukar-tukar juadah

Akhir sekali, anda boleh mengadakan perkongsian juadah secara ‘potluck’ ataupun pertukaran juadah sesama rakan atau jiran

Amalan ini sangat menyeronokkan kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah kita juga dapat menjamu pelbagai juadah setiap hari di samping mengeratkan ukhwah dan silaturahim

Bulan Ramadan ini dianggap mulia oleh umat Islam

Sehubungan dengan itu, kita hendaklah menjauhkan diri daripada pembaziran

Kita juga harus mengawal perbelanjaan pada bulan Ramadan sebagai persediaan menghadapi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Itu dia 10 tip berguna bagi mengurangkan kos pada bulan Ramadan. Semoga ianya bermanfaat. Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog Abam Kie.

Sumber: www.imoney.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2019/05/10-cara-untuk-berjimat-sepanjang-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Larang Umat Islam Di Xinjiang Berpuasa Di Sepanjang Bulan Ramadan

China Larang Umat Islam Di Xinjiang Berpuasa Di Sepanjang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 515 hits
The ReporterKerajaan China mengeluarkan arahan untuk melarang penjawat awam pelajar dan guru beragama Islam di Xinjiang dari berpuasa di sepanjang bulan ramadan dan mengarahkan restoran dibuka seperti biasa China yang diperintah oleh parti ...
Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadan

Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 889 hits
Cara Menetapkan Anak Bulan RamadanKewajipan puasa ke atas umat Islam bermula pada tahun 2 Hijrah Nabi Muhammad SAW melakukannya ibadah puasa di bulan Ramadan sebanyak 9 kali sebelum wafat pada tahun ke 11 Hijrah iaitu 11 Rabiulawal Cara men...
Adik Kena Puasa Nanti Tak Dapat Duit Raya 6 Cara Latih Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Adik Kena Puasa Nanti Tak Dapat Duit Raya 6 Cara Latih Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 667 hits
Sedangkan kita yang telah dewasa ini pun bertarung dengan nafsu makan rasa letih sepanjang hari mengantuk dan mudah marah apa lagi kanak kanak yang baru belajar berpuasa kan Untuk anda yang nak melatih anak berpuasa tu bolehlah ikut tip ni
10 Cara Jimat Di Bulan Ramadan

10 Cara Jimat Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 531 hits
Salam 2 Ramadan korang semua Dah 2 hari kita berpuasa Ini bermakna dah 2 hari kita berjimat betul tak Ke terbelanja lebih dari hari biasa Tapi tahukah korang yang bulan puasa ni juga merupakan bulan untuk kita menabung atau melatih kita unt...
Bicara Kes Najib Dipadatkan Di Bulan Ramadan

Bicara Kes Najib Dipadatkan Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 333 hits
foto sumber internetPerbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Tun Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta akan berlangsung dari 9 pagi hingga 3 30 petang sepanjang bulan Ramadan yang akan bermula minggu depan Ha...
5 Tips Untuk Anda Berjaya Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan

5 Tips Untuk Anda Berjaya Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 1248 hits
Dahulu selalu saya mengimpikan akan berjaya khatam Al Quran pada bulan Ramadan namun tidak berkesampaian Sehinggalah saya sedar bahawa setiap impian perlu spesifik dan ditulis Maka saya mengaplikasikan cara ini dalam bab amal ibadah saya Se...
Hijrah Dari Hati Di Bulan Ramadan Lewat Dream Camp

Hijrah Dari Hati Di Bulan Ramadan Lewat Dream Camp

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 262 hits
Lewat event Dream Camp yang digelar laman gaya hidup Muslim Dream co id mengajak sejumlah komunitas hijab dan muslim untuk membuka wawasan dan berbagai kajian Islami
Bumil Masih Galau Puasa Atau Nggak Di Bulan Ramadan Biar Nggak Salah Langkah Baca Dulu Nih

Bumil Masih Galau Puasa Atau Nggak Di Bulan Ramadan Biar Nggak Salah Langkah Baca Dulu Nih

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 320 hits
Masigh ragu dan bimbang berpuasa atau nggak saat hamil Hmm simak dulu deh pertimbangannya di sini
Informasi Ramadan Bulan Al Quran Presiden Pas

Informasi Ramadan Bulan Al Quran Presiden Pas

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 295 hits
RAMADAN sebagai bulan pilihan yang diwajibkan berpuasa adalah sangat bermakna dan berhikmah Pada bulan ini juga Allah memilih diturunkan Al Quran daripada Luh Mahfuz ke langit dunia sebelum diwahyukan secara sedikit demi sedikit mengikut be...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation