Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat




Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk Maka Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan dari Surah Ar Rahman. Apa lagi yang tak cukup? Seolah itulah pertanyaannya. Allah mula dengan kalimah Ar Rahman yang bermaksud pengasih dan penyayang. 

Allah bersifat Pemurah Ar Rahman kasih sayang Allah pada semua makhluk termasuk orang kafir tapi Ar Rahim pula adalah kasih sayang Allah khusus pada yang Islam sahaja. 
Sepanjang dalam hidup kita, biar ada paling minimum, satu amalan yang kita amalkan sehingga akhir hayat secara istiqomah. 
Contoh dalam bulan Ramadhan, perbanyakkan solat sunat kerana solat sunat di upgrade sama pahala dengan solat fardhu. Solat fardhu pula ditingkat kepada 10 kali hingga 700 kali ganda. 
Jadi apa amalan amalan sunat yang boleh kita jadikan amalan sepanjang hayat. Antaranya ialah:Siapa yang ambil wudhu dengan sempurna tak kira samada yang wajib sahaja atau termasuk yang sunat. Lepas ambil wudhu baca doa selepas wudhu. Amalkan membaca doa setiap kali selepas ambil atau perbaharui wudhu. Allah buka 8 pintu syurga. Boleh masuk mana pintu yang dia suka. Tak semesti sewaktu hendak solat. Sambil berjalan pun boleh baca doa ini. Amalan sunat juga boleh bawa kita ke syurga yang merupakan amalan bonus kita. Membaca doa selepas adzan. Siapa dengar azan dan baca doa, maka dia akan dapat syafaat Rasulullah. Syafaat ialah pertolongan. Apa asbab yang Rasulullah tolong kita. Amalan ini adalah lesen besar untuk dapat syafaat. Penghulu istighfar. Siapa yang baca penghulu istighfar pada waktu pagi (subuh) dan meninggal sebelum petang dia masuk syurga. Siapa yang membaca waktu petang (asar atau maghrib) dan meninggal sebelum pagi, dia akan masuk syurga. Amalan ini adalah satu jalan  pintas untuk masuk syurga Allah. Nikmat apa lagi yang kita dustakan. Hadis riwayat Bukhari Muslim, fadilat menyebut Aameen dalam solat berjemaah. Apabila iman sebut aameen hendaklah kamu ikut sebut aameen. Siapa yang sebut aamen serentak dengan aameen malaikat, akan diampunkan dosa dosa yang lepas. Mudah tak Allah untuk ampunkan dosa kita. Sangat mudah. Amalan sunat yang ganjaran sangat besar. Apa lagi nikmat Allah yang hendak kita dustakan. Fadhilat solat Subuh dan Isyak berjemaah samada di rumah atau di masjid. Solat Isyak berjemaah seolah olah beribadah separuh malam. Dari Maghrib hingga pukul 3 pagi. Solat Subuh berjemaah, seolah beribadah sepanjang malam dari Maghrib hingga azan Subuh. 
Allah dah bagi macam macam opsyen untuk kita masuk syurga Allah. Allah sebenarnya seboleh mungkin mahu kita ada harapan masuk syurga. Begitu lah Pengasihnya Allah. Insya Allah amalkan satu pun dah cukup, jika tak boleh amalkan kesemuanya. Amalkan dari sekarang sehingga akhir hayat. 
Siapa dapat satu ilmu dalam majlis ilmu, dapat pahala seperti solat sunat 100 rakaat. Balik amal dan ajar pula, kita akan dapat pula pahala lebih baik dari 1000 rakaat. Tugas kita hanya menyampaikan tak kira samada mereka amalkan atau tidak. Semoga bermanafaat. Jom share. 

Saya Hari ini saya ingin kongsikan resepi gulai kari ikan kering tumis darat bersama nenas dan terung. Saya memang suka makan ikan kering samada dimasak gulai lemak atau digoreng. Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Gulai Kari Ikan Kering Tumis DaratOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Ikan kering1/2 kg santan 1 pek 24 gram serbuk kari ikan kering1 keping asam kepingSayuran - terung atau nenasGaramGula
Bahan Tumis:1 sudu besar halba campur - atau guna biji sawi5-6 biji bawang merah3 ulas bawang putih1/2 inci halia1 pelepah daun kari
Cara cara:Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.  Nota: ikan kering direndam seketika. 


Setelah mendidih, masukkan santan dan terung. Masak sehingga mendidih sekali lagi. 

Masukkan asam keping dan sedikit gula. Rasakan dulu sebelum dimasukkan garam kerana ikan kering telah masin. Kecilkan api dan biarkan merenih. 
Sementara itu dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga agak garing dan naik bau dengan api perlahan.
Tuang tumisan bawang dengan minyak ketika panas panas semua sekali  dalam periuk. Tutup periuk dengan tudung periuk bagi memerangkap aroma tumisan dan tutup api. 



Biarkan beberapa minit sebelum dibuka penutup periuk dan kacau rata.  api. 

Nota:Jika kuah pekat, boleh tanbah air panas. Bila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/05/gulai-kari-ikan-kering-tumis-darat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Orang Kampung Gulai Lemak Ikan Baung

Menu Orang Kampung Gulai Lemak Ikan Baung

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 1052 hits
Besan mak ana Pak Ya dan anak sulungnya selalu menahan bubu di sungai Perak ni untuk menangkap udang dan ikan sungai Kalau ana balik kampung setakad makan udang galah tu rezeki kami lah bila adik ipar ana bawa dari rumah mak ayahnya Pak Ya ...
Gulai Ikan Merah Padang

Gulai Ikan Merah Padang

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 1056 hits
Tazkirah Zohor oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di Auditorium tempat saya bekerja hari ini menyentuh bab kehebatan ibadah puasa yang merupakan satu hal yang cukup luar biasa Puasa sifatnya tinggal Tingga...
Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Nenas Dan Terung

Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Nenas Dan Terung

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 1200 hits
Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Nenas Dan Terung Sejak berkahwin dengan orang Pantai Timur ni secara tak langsung daku dah mula kena masak resepi ikan tongkol Kenapa Sebabnya orang pantai timur memang suka kari ikan tongkol Kat sin...
Kari Kepala Ikan Sedap

Kari Kepala Ikan Sedap

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 304 hits
Dah lama x update blog tetiba rajin sbb nak tukar gambar background blog my new baby oppa hahaha alang2 letak ker resepin skali terkial2 nak update blog cara pun dah lupa
Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 763 hits
Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah Teringin nak makan Gulai Kuning Ikan Kembong Cara buatnya mudah jerk sebenarnya cuma bila penyakit M tu selalu sangat menyerang tu yang tak terbuat tu Kali ni aku gagahkan diri jugak untuk memasak m...
Sedapnya Kari Kepala Ikan Jenahak Air Tangan Datin Azreen

Sedapnya Kari Kepala Ikan Jenahak Air Tangan Datin Azreen

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 763 hits
Bila Datin Azreen Abu Noh penerajuk Wood Steel Wangsa Maju dan Damasara sudi berkongsi beberapa resipi kegemaran keluarganya dengan RASA min memang berbesar hati pula untuk share dengan semua geng RASA semua untuk cuba pulak Tak sangka sung...
Masak Lemak Ikan Bawal Mas Dengan Belimbing

Masak Lemak Ikan Bawal Mas Dengan Belimbing

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 551 hits
Pertama kali ana try masak kan ikan bawal mas ni dengan menu masak lemak Biasanya ana kukus sahaja ikan bawal mas ni sebab rasanya yang lemak manis tu tambahkan asam boi dalam kukusan memang sedap Tapi kali ini ana nak cuba bermain dengan r...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai