Gulai Daging Bersaiz Ketulan Besar Guna Rempah Terengganu Cap Bunga Rose Yang Sedappppp Sangattttttttttttt
Assalamualaikum sayanggggg... Ye betul, tak payah duk tenyeh-tenyeh mata, sayalah si IntaNBerliaN yang kembali update blog ni selepas 3 tahun lebih tak update. hahhahah. Tiba-tiba kekok pulak nak taip 'IntaNBerliaN'. Apa mimpi saya update blog harini? Saja nak lepaskan gian @ tunaikan hajat 'peminat' blog ni. gittewww.. Dalam tempoh saya tak update blog ni, ada yang wasap saya la, PM saya la tanya kenapa dah lama tak update blog. Bukan apa, sebenarnya pasal anak dah semakin ramai, takda masa dah nak mengadap blog. hahha.. Oh, anak saya dah 5 orang ye, 3 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Doakan next year keluar lagi sorang lelaki ye, bagi seimbang. muahahhhahah
Untuk pengetahuan, sebenarnya saya ada je menulis cerita-cerita kosong di FB saya. Tapi jika berkaitan personal, hanya 'friend' je la boleh tengok. Untuk tatapan public biasanya cerita pasal bisnes online saya ke, masakan saya ke. Oh, sebut pasal masakan, tujuan entry ni saya buat sebenarnya sebab nak share satu resepi yang saya buat minggu lepas. Jika saya rajin, lepas-lepas ni saya update lagi entry masakan campak-campak saya tu di sini ye. Bukan apa, lagi mudah, tak payah reply resepi dekat sorang-sorang yang PM saya. Bagi link senang, saya dah tulis dari A sampai Z.
Harini saya nak share resepi dari kawan baik saya zaman sekolah menengah, tak pasti apa nama resepi ni, tapi nama yang saya bagi seperti di tajuk entry la ye.. hahhahha.
Yang Paling UTAMA dalam rezepi ni adalah rakan-rakan perlu dapatkan REMPAH GULAI dan REMPAH MASAK seperti gambar di atas. Nak beli di mana? Untuk rakan-rakan yang di luar Terengganu, bolehla jenguk di Shopee ye, search je nama rempah tersebut, pasti ada.
CARA :
1) Potong daging kepada ketulan besar, agak-agak sebesar penumbuk anak usia setahun lebih tu okla
2) Rebus guna Pressure Cooker 45 minit
3) 2 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 4 sekawan = tumis hingga wangi
4) Masukkan 2 ulas bawang besar + halia yang dah siap dikisar
5) Naik bau, masukkan sedikit cili kisar
6) Lepas tu masukkan (rempah gulai + rempah masak + kunyit serbuk yang dah dicampur di dalam satu bekas) sukatan rempah tu, rakan-rakan agak-agak je la.. tapi lebih kurang 2 sudu besar rempah gulai, satu sudu besar rempah masak + satu sudu kecil kunyit serbuk
7) Masukkan air asam jawa, garam dan gula melaka. Kacau-kacau
8) Lepastu masukkan daging yang dah lembut tadi. Masak lebih kurang 10 minit, nak bagi daging tu serap segala rempah tu
9) Masukkan air rebusan daging + santan. Masak lebih kurang 30 minit sampai ianya pacah minyak & warna ia berubah menjadi lebih gelap. SIAP !!!
Makan pulak dengan nasi minyak, sambal belacan dan acar timun. Perghhhhhh... AllahuAkbar, terus rasa nak buat lagi. hahahhahhaha. Oh, sukatan tu sebenarnya rakan-arakan boleh agak sendiri ikut kuantiti daging. yang saya bagi ni, lebih kurang sekilo setengah daging. Saya kalau masak main campak-campak, tak reti nak agak banyak mana bahan. So, pandai-pandailah ye agak.. tak susah pun, kita masak kita makan, tak jadi, buat lagi kali kedua. Yang penting jangan berhenti belajar.
Gambar nasi dan lauk ni, saya ambik gambar yang rakan baik saya tu wasap saya. Dia goda saya dengan gambar-gambar ni, makanya saya goda rakan-rakan dengan gambar ni jugakla. hahahhahhaha. Apa-apa pun, selamat mencuba. Doakan saya rajin untuk update blog lagi ye. :)
# Blog dah berubah la pulak, dah terkial-kial cari pelbagai button. hahah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2021/02/gulai-daging-bersaiz-ketulan-besar-guna.html