Pengalaman Pertama Guna Servis Penghantaran Zto Express
Pengalaman pertama guna servis penghantaran ZTO Express | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya tak ramai atau mungkin boleh jadi aku sahaja yang belum tahu mengenai servis penghantaran yang ditawarkan oleh ZTO Express ni. Kalau sebelum ini, kita lebih familiar dengan servis pos laju dan J&T. Dan baru-baru ini, aku ada beli barang, dan penghantar menggunakan servis ini dan ini adalah review jujur aku mengenai Pengalaman pertama guna servis penghantaran ZTO Express!
Baik! Sebelum itu, ZTO Express ini adalah courier yang berpusat di china. Bermula sejak 8 may 2002 dan syarikat ini menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan ekspres, logistik dan E-Dagang. Dan kalau kita tengok website ZTO express ni, Ya! Boleh dikatakan syarikat ini boleh tahan besar juga.
Namun di Malaysia, ianya pastinya baru dan tak semua orang tahu lagi mengenai syarikat ini. Aku sendiri pun, bila di beritahu penjual yang mereka menggunakan ZTO Express, jadi tertanya-tanya. Servis mana pula ni? Macam pelik je! Ha, itu reaksi pertama aku.
Aku sebenarnya tak kisah sangat dengan servis apa pun yang penjual guna asalkan barang yang aku beli tiba dengan selamat.
Nak dijadikan cerita, penjual dah hantar 2 barang kepada aku. Satu guna servis J&T dan satu lagi guna servis ZTO Express. Yang J&T tu barang salah (yang sepatutnya dihantar kepada orang lain) dan barang ini dihantar hari yang sama.
Dan kedua-dua barang ini di hantar pada tarikh 29 januari 2021. Hebatnya J&T ini adalah, barang yang dihantar penjual (daripada Kuala Lumpur ke Melaka) sampai ke tangan aku pada 30 januari 2021! Hari ini pos, esok sampai! Hebat betul. Namun yang tak menjadikan ianya tidak hebat adalah, ianya bukan barang aku.
Dan mengikut pada tracking ZTO Express pula, barang dah tiba di Melaka pada tarikh 30 januari 2021. Itu ada dalam tracking website. Namun lebih menyedihkan adalah sehingga ke hari ini, 3 February 2021, aku masih belum terima apa-apa bungkusan! Sedihnya!
Aku dah buat panggilan ke ZTO express cawangan krubong Melaka bertanyakan akan hal ini. Dan daripada maklumat yang aku terima, servis penghantaran mereka mengikut kawasan. Untuk semalam, mereka hanya buat penghantaran di kawasan masjid tanah sahaja. Dan untuk hari ini, mereka ada buat penghantaran ke alor gajah Melaka.
Dalam website mereka, ada makluman mengenai servis penghantaran yang sedikit lewat disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan. Boleh jadi juga, ini adalah syarikat baru dan boleh jadi juga, mereka tidak ramai pada bahagian penghantaran.
Namun sejujurnya, aku sedikit kecewa bila perlu menunggu 3 hari untuk terima barang yang aku beli. Kan lebih seronok kalau hari ini pos, esok terima barang. Sebab mana ada orang suka menunggu lama kan? Apa pun, aku masih belum terima barang dan selepas terima nanti, aku tulis lagi mengenai servis ini ya. Oraittt!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/02/pengalaman-pertama-guna-servis-zto-express.html