Gula Pasir Khasiat Harga Kawalan Cara Penghasilan
Gula pasir merupakan sejenis gula yang boleh dikatakan hampir setiap isi rumah di Malaysia menggunakannya sama ada dalam makanan mereka ataupun minuman. Hal ini juga menjadikan gula antara barangan yang berada di bawah barang kawalan kerajaan.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang gula jenis ini, seperti kebaikan dan khasiatnya, harga terkini dan cara penghasilannya, pastikan anda terus bersama artikel ini sehingga ke penghujung.
Apakah itu Gula?
Gula merupakan sejenis karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Gula ini boleh diperoleh dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian, secara semula jadi.
Gula pasir pula merupakan buatan manusia yang bewarna putih dan butir-butir gula ini agak kasar berbanding jenis gula yang lain. Gula ini sangat sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman, membuat kuih-muih dan digunakan dalam makanan harian kita.
Antara hidangan rakyat Malaysia yang menggunakan gula jenis ini ialah:
Kuih Lapis
Lepat Pisang
Sambal Ikan Bilis
Sambal Belacan
Donat
Khasiat Gula Pasir
Walaupun sering dikaitkan sebagai punca berlakunya penyakit-penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit buah pinggang, obesiti dan sebagainya. Gula pasir ini juga mempunyai khasiatnya jika diambil dalam kuantiti yang betul.
Pada tahun 2003, WHO telah menyarankan pengambilan gula jenis ini tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
Berikut merupakan antara khasiat gula pasir ini pada tubuh kita:
Memberikan tenaga kepada tubuh
Menjaga Fungsi Otak
Mengatasi Tekanan Darah Rendah
Memperbaiki Mood atau Emosi
Harga Kawalan Gula
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, gula merupakan bahan ruji yang digunakan oleh hampir semua rakyat di Malaysia dan juga di dunia, tidak kira dalam masakan atau dalam minuman mereka.
Oleh itu tidak hairanlah, jika gula pasir ini juga merupakan antara barang yang dikawal oleh kerajaan. Hal ini bagi memastikan, harga gula di pasaran tidak melebihi had yang ditentukan dan dapat dibeli oleh semua golongan pendapatan.
Berikut merupakan harga gula pasir yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia bagi tahun 2024:
Gula Putih BertapisHarga yang ditetapkan oleh Kerajaan (RM)Kasar / 1kg2.85Halus / 1kg2.95Sumber : Laman web KPDN
Manakala bagi gula premium / gula putih bertapis jernih, harganya tidak dikawal oleh Kerajaan sebaliknya ditentukan oleh pasaran.
Baca juga:
Harga Beras Malaysia Terkini 1kg, 5kg, 10kg & Saluran Aduan
SST: Kadar Cukai dan Senarai Barang Dikenakan Cukai
Cara Penghasilan Gula Pasir
Gula pasir merupakan sejenis gula yang dihasilkan secara komersil menggunakan tebu. Tumbuhan ini digunakan kerana ia mempunyai kandungan gula didalamnya yang sangat mudah untuk diekstrak dan dijadikan gula pasir.
Cara penghasilan gula daripada tebu ini dilakukan dengan cara berikut:
Tebu akan dijus menggunakan pemproses makanan.
Jus yang terhasil akan direbus untuk menyejat air dan membentuk kristal.
Kristal dipisahkan daripada cecair dalam emparan. Cecair yang dikeluarkan dipanggil molase.
Kristal gula mentah kemudiannya dikeringkan dengan udara panas.
Gula mentah ditapis lagi untuk menghilangkan warna dan kekotoran. Proses ini termasuk:
Mencairkan gula
Memproses untuk menghilangkan warna dan kekotoran
Pengemparan untuk mengeluarkan cecair
Mengisar kristal kepada saiz yang berbeza
Gula dijalankan melalui sistem penapisan karbon semula jadi untuk menghilangkan kekotoran dan memutihkan butiran gula.
Sebelum pembungkusan, gula diayak melalui jaringan dawai untuk memisahkan kristal kepada jenis yang berbeza, seperti halus, sangat halus dan kasar.
Sumber: Michigan State University
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/gula-pasir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gula-pasir