Ini adalah cara susunan bendera negeri rasmi oleh kerajaan Malaysia! Mengibarkan bendera adalah lambang kedaulatan dan kehormatan sesebuah negara atau negeri. Di Malaysia, protokol susunan bendera negeri rasmi harus mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bertujuan untuk mengekalkan tatasusila, menghormati kedudukan dan hierarki setiap negeri, serta memastikan pengibaran bendera dilakukan secara tertib, teratur, dan menghormati keutamaan negeri-negeri.
Cara Susunan Bendera Negeri Rasmi – Kredit Muslim Hadi
Berdasarkan rujukan perkongsian dari Muslim Hadi di Facebook, Bermula pada 31 Januari 2024, susunan keutamaan bendera negeri di Malaysia telah dikemaskini selaras dengan pelantikan KDYMM Tuanku Agong ke-17. Bendera negeri-negeri beraja disusun mengikut tarikh lantikan Sultan, manakala negeri-negeri tidak beraja disusun berdasarkan tarikh lantikan Yang di-Pertua Negeri (TYT).
Menurut Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, susunan keutamaan bendera di Malaysia diperuntukkan melalui Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994. Susunan ini menggambarkan hierarki negara dan negeri-negeri di Malaysia, dan ia digunakan dalam pelbagai acara rasmi serta tidak rasmi. Susunan ini tertakluk kepada perubahan selaras dengan Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan. Berikut adalah susunan keutamaan yang terkini:
Cara Susunan Bendera Negeri Rasmi – Kredit Muslim Hadi
Apabila bendera-bendera negeri dikibarkan di atas pentas, susunan yang betul haruslah dipatuhi untuk menghormati hierarki negeri-negeri. Bendera Malaysia hendaklah sentiasa berada di tempat yang paling tinggi atau di kedudukan tengah jika diletakkan bersama bendera negeri. Susunan negeri pula mengikut kedudukan yang telah ditetapkan berdasarkan tarikh lantikan Sultan atau Yang di-Pertua Negeri (TYT).
Cara Susunan Bendera Negeri Rasmi – Kredit Muslim Hadi
Di luar bangunan, cara susunan bendera negeri juga mengikut prinsip yang sama seperti di atas pentas, di mana Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan di tempat tertinggi atau di kedudukan paling kiri apabila dilihat dari hadapan bangunan. Bendera negeri pula disusun mengikut keutamaan yang ditetapkan, bermula dari negeri-negeri beraja diikuti dengan negeri-negeri tidak beraja.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |