Gubal Undang2 Lompat Parti Bakal Kehilangan Status Wakil Rakyat


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong tidak menolak kemungkinan satu peruntukan undang-undang boleh digubal bagi menghalang wakil rakyat lompat dari parti asalnya, susulan penghijrahan beramai-ramai pemimpin Umno pada masa ini.

Liew bagaimanapun berkata, pihaknya perlu mendapatkan pandangan pihak berkaitan memandangkan ia akan menimbulkan konflik dari aspek hak kebebasan individu untuk menyertai mana-mana pertubuhan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mungkin sesuatu undang-undang boleh digubal di mana apabila seseorang wakil rakyat memutuskan untuk meninggalkan parti asalnya, maka secara automatik dia (wakil rakyat berkenaan) akan hilang kelayakannya sebagai wakil rakyat.

“Bagaimanapun kita kena lihat pada keseluruhannya sama ada cadangan ini akan menimbulkan konflik hak kebebasan mereka untuk menyertai mana-mana pertubuhan seperti ternyata dalam peruntukan perlembagaan,” katanya kepada FMT.

Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 10(1)(C) dalam kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan menyatakan semua warganegara Malaysia berhak untuk membentuk persatuan.

Semalam, Senator Datuk Lee Tian Sing menggesa kerajaan agar menggubal satu akta anti-lompat parti bagi memastikan kesetiaan dan integriti wakil rakyat kepada pengundi mereka.

Menurutnya, ia penting kerana ramai wakil rakyat mengambil tindakan melompat parti dan ini amat mengecewakan rakyat yang mengundi mereka.

Mengulas lanjut, Liew berkata setakat ini Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan kepada warganegara untuk menyertai mana-mana parti politik berdasarkan pilihan mereka, namun tindakan pemimpin yang lompat dari parti asalnya sudah tentu akan mengecewakan pengundi di kawasan masing-masing.

“Sememangnya rakyat terutamanya pengundi terkedu apabila seseorang wakil yang mereka undi pada pilihan raya lalu membuat keputusan untuk berpindah dan melompat dari parti asal ke parti lain. Keputusan sedemikian sudah tentu mengecewakan para pengundi yang memilih atas dasar prinsip dan dasar.

“Maka, cara yang terbaik untuk menentukan sama ada pengundi masih lagi menyokong keputusan mereka yang berhijrah ke parti lain, maka wajarlah mereka meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Inilah tindakan sewajarnya bagi mereka kerana dari segi moral, pengundi sudah hilang kepercayaan kepada mereka,” katanya.

Semalam, 6 ahli Parlimen Umno keluar dari parti itu.
Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut); Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Terdahulu, 9 Adun, 4 ahli Parlimen, 2 senator dan 21 ketua bahagian Umno Sabah beramai-ramai keluar parti itu.

Mereka ialah Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor; Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akin (Usukan), Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Matbali Musah (Lumadan), Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/gubal-undang2-lompat-parti-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wakil Rakyat Lompat Parti Kelirukan Rakyat Bung Moktar

Wakil Rakyat Lompat Parti Kelirukan Rakyat Bung Moktar

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka kata anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin Justeru beliau berkata undang undang anti lompat parti perlu diwujudkan bagi mengekal...
Pelompat Parti Lebih Hina Daripada Pelacur Jalanan Sudah Tiba Masanya Undang2 Anti Lompat Parti Perlu Dikuatkuasakan

Pelompat Parti Lebih Hina Daripada Pelacur Jalanan Sudah Tiba Masanya Undang2 Anti Lompat Parti Perlu Dikuatkuasakan

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 432 hits
Episod keluar parti secara berkumpulan melibatkan pemimpin UMNO kebelakangan ini dan dijangka akan terus berlaku lagi adalah perbuatan yang paling hina lagi menjijikkan Ini kerana mereka keluar parti bukan kerana berbeza perjuangan disisihk...
Selagi Ada Parti Wakil Rakyat Boleh Dicari

Selagi Ada Parti Wakil Rakyat Boleh Dicari

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 429 hits
Kelmarin ramai orang keliru dengan apa yang berlaku di Sabah Banyak media mengatakan dengan keluarnya sekian ramai pemimpin UMNO negeri itu bermaksud parti berkenaan telah lumpuh Yang mereka lupa kekuatan parti politik tak ikut berapa ramai...
Wakil Rakyat Umno Sabah Keluar Parti Sokong Dr M

Wakil Rakyat Umno Sabah Keluar Parti Sokong Dr M

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 456 hits
Sekumpulan besar Anggota Parlimen Umno Sabah dan anggota Dewan Undangan Negeri keluar parti dan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Mereka termasuk Anggota Parlimen Beluran Ronald Kiandee Anggota Parlimen Kudat...
Ruu Lompat Parti Perlu Diperkenalkan Elak Rakyat Teraniaya

Ruu Lompat Parti Perlu Diperkenalkan Elak Rakyat Teraniaya

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 378 hits
KUANTAN Isu lompat parti yang menjadi bualan selama ini dilihat semakin menjadi jadi sejak Pakatan Harapan mengambilalih tampuk kekuasaan kerajaan usat dari Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu Berbagai alasan dan dakwaan yang...
Umno Sabah Lumpuh 13 Wakil Rakyat Pemimpin Kanan Keluar Parti

Umno Sabah Lumpuh 13 Wakil Rakyat Pemimpin Kanan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 678 hits
December 12 2018 2 27 PMHajiji Md Noor bercakap kepada media sambil ditemani Adun Karanaan Masidi Manjun dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee KOTA KINABALU Umno Sabah kini lumpuh apabila Pengerusinya Datuk Hajiji Mohd Noor bersama sekum...
Kerajaan Perlu Segera Gubal Akta Lompat Parti

Kerajaan Perlu Segera Gubal Akta Lompat Parti

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 292 hits
KOTA BHARU Pas berpandangan sudah tiba masanya kerajaan menggubal akta menyekat daripada berlakunya budaya lompat parti di negara ini Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata budaya tersebut perlu dikekang daripada wujud da...
Bn Yakin Pengundi Cameron Highlands Bijak Pilih Wakil Rakyat

Bn Yakin Pengundi Cameron Highlands Bijak Pilih Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 263 hits
LIPIS Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin pengundi di Parlimen Cameron Highlands bijak untuk memilih wakil rakyat yang terbaik untuk mewakili mereka pada pilihan raya kecil pada 26 Jan nanti Wan Rosdy berkata selepas ...
Tiada Jaminan Wakil Rakyat Umno Kekal Selepas Zahid Serah Tugas Presiden Kata Bung Moktar

Tiada Jaminan Wakil Rakyat Umno Kekal Selepas Zahid Serah Tugas Presiden Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 329 hits
PETALING JAYA Tiada jaminan ahli Parlimen Umno akan kekal bersama parti itu walaupun selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata demikian ...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Happy Beday Sweetie


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kembali Ke Sekolah Program Jualan Rahmah Madani 2025

Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik