Guan Eng Komplain Tidak Dapat Layanan Vvip Dari Sprm



(Malaysia Gazette) – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memuat naik status tidak berpuashati kerana telah diperlakukan dengan ‘tidak adil’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas Ketua Menteri Kewangan berkata dirinya cukup pilu dan pedih kerana isterinya juga telah ditahan oleh SPRM walaupun Betty Chew didakwanya tidak berkaitan dengan skandal terowong dasar laut Pulau Pinang mahupun perkara berkaitan kerajaan.
“Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak SPRM walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan,” tulisnya dalam laman Facebook malam ini.
Beliau turut memuat naik gambar beliau dengan Betty  berpelukan dalam keadaan penuh emosi.
Sambung Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu, dirinya cukup lega kerana Betty telah dilepaskan dan tidak perlu ‘mengharungi’ kesusahan dilalui olehnya dalam lokap ‘sempit’ SPRM malam tadi.
“Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam.
“Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam) dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya (Datuk Seri Najib Razak) yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun di dalam lokap.
“Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya,” katanya.
Tambah Guan Eng lagi, dirinya sebenarnya telah menjadi mangsa kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menekannya tanpa tuduhan berasas.
“Saya tidak hairan PN cuba menekan saya dengan tuduhan tidak berasas. Ini kerana kerajaan yang tidak dipilih rakyat ini perlu mengukuhkan majoriti tipis mereka di Parlimen.
“Tetapi untuk mereka menjadikan isteri saya sebagai sasaran, yang walaupun seorang peguam namun tidak pernah hidup dengan mewah, membuktikan bahawa mereka sanggup menyeksa jiwa tanpa perasaan belas kasihan,” tegasnya.
Bagaimanapun kenyataan Guan Eng itu menimbulkan tanda tanya kerana sebentar tadi Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pula mengatakan sebaliknya.
Bercakap dengan salah sebuah portal berita di sini, Azam berkata, Guan Eng bukanlah ahli politik terkemuka pertama yang ditangkap serta ditahan semalaman oleh agensi tersebut.
Sebaliknya kata Azam Baki, sebelum ini Datuk Seri Najib, Datuk Seri Rosmah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan beberapa lagi ditahan pihaknya sebelum dituduh di mahkamah keesokan harinya.
Kata beliau lagi, dalam kes Guan Eng, pihaknya telah memanggil beliau sekitar jam 3 petang namun kerana menghormati sidang Parlimen, pihaknya memberi kelonggaran kepada Ahli Parlimen Bagan.
“Beliau janji akan sampai selepas sesi Parlimen. Jika ada yang tidak puas hati, silalah tampil buat aduan atau bawa ianya ke mahkamah,” tegasnya.
Guan Eng yang ditahan sekitar 9.30 malam Khamis kemudian di bawa ke Mahkamah Seksyen di sini untuk didakwa atas kesalahan meminta suapan 10 peratus dari projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Guan Eng mengaku tidak bersalah dan memohon di bicarakan selain di perintahkan membayar wang jaminan RM1 juta dengan dua penjamin selain menyerahkan pasportnya ke mahkamah.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/08/guan-eng-komplain-tidak-dapat-layanan-vvip-dari-sprm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Siasat Uda Holdings Dan Projek Pulau Jerejak Berkaitan Lim Guan Eng

Sprm Siasat Uda Holdings Dan Projek Pulau Jerejak Berkaitan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 494 hits
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng belum berakhir dengan beberapa pendakwaan Jumaat lepas dan hari ini SuaraTV difahamkan SPRM telah ...
Video Guan Eng Ditahan Sprm Akan Didakwa Esok

Video Guan Eng Ditahan Sprm Akan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 275 hits
embedded content BEKAS Menteri Kewangan Lim Guan Eng kini b
Apa Ingat Ibu Pejabat Sprm Hotel Selesa Najib Perli Guan Eng

Apa Ingat Ibu Pejabat Sprm Hotel Selesa Najib Perli Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 279 hits
Najib Razak mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa bekas perdana menteri itu diberi layanan yang lebih baik ketika ditahan semalaman di ibu pejabat SPRM di Putrajaya Najib menegaskan beliau ditahan bukan sekali tetapi dua kali dan SP...
Guan Eng Mengada Jer Lebih Saman Jer Sprm Kalau Berani

Guan Eng Mengada Jer Lebih Saman Jer Sprm Kalau Berani

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 482 hits
Mengada jer lebihGuan Eng boleh saman kata SPRMAGENSI antirasuah menangkis dakwaan Lim Guan Eng bahawa badan itu bertindak pilih kasih ketika menahan bekas menteri kewangan tersebut untuk siasatan kes rasuah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pe...
Hati Saya Pilu Isteri Ditahan Sprm Guan Eng

Hati Saya Pilu Isteri Ditahan Sprm Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 398 hits
Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa apa hal kerajaan Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan ...
Menteri Sprm Boleh Buka Semula Kes Banglo Guan Eng

Menteri Sprm Boleh Buka Semula Kes Banglo Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 370 hits
Menteri SPRM boleh buka semula kes banglo Guan Eng jika ada bukti baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bebas untuk membuka semula siasatan berhubung pembelian banglo bekas menteri kewangan Lim Guan Eng jika ada bukti baru Dalam jawap...
Isteri Guan Eng Dan Phang Li Koon Ditahan Sprm

Isteri Guan Eng Dan Phang Li Koon Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 420 hits
PETALING JAYA Betty Chew isteri bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan Phang Li Koon ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kata sumber Menurut sumber Chew baru sahaja ditahan manakala Phang ditaha...
Guan Eng Keluar Dari Sprm Lepas 7 Jam Disoal Siasat

Guan Eng Keluar Dari Sprm Lepas 7 Jam Disoal Siasat

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 291 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng meninggalkan ibu pejabat SPRM selepas lebih tujuh jam tiba disoal siasat mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang Lim ditemani oleh peguam RSN Rayer ketika dia berjalan keluar dari bangunan menuju...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet