Guan Eng Didakwa Minta Rasuah 10 Peratus


 

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
<!--more-->Guan Eng, 59, bagaimanapun menjawab "tidak bersalah" dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi, kira-kira jam 9.49 pagi.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP itu, hadir ke mahkamah ditemani bapanya, Lim Kit Siang, kelihatan tenang dan hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Guan Eng ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.
Suapan itu balasan sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, menawarkan jaminan RM2 juta dengan dua penjamin terhadap tertuduh, berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan tidak menganggu saksi pendakwaan dalam kes ini.
"Jika terdapat usaha menganggu saksi, maka pendakwaan memohon jaminan dibatalkan terhadap tertuduh.
"Dalam kes ini mahkamah perlu mengambil kira status tertuduh di dalam masyarakat," katanya.
Wan Shaharuddin, turut berhujah bahawa mengikut pertuduhan, Guan Eng sebagai Ketua Menteri sudah melanggar kepercayaan penduduk Pulau Pinang yang diberikan kepadanya.
"Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Butterworth pada Isnin ini. Sehubungan itu sekiranya ikat jamin tinggi diberikan hari ini, pihak pendakwaan tidak akan meminta lagi jaminan di Butterworth dan akan mengguna pakai jumlah jaminan di mahkamah hari ini," katanya.
Pihak pendakwaan turut memohon perintah daripada mahkamah supaya tertuduh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan subjudis membabitkan kes itu.
Bagaimanapun, Guan Eng dalam rayuannya menerusi peguam Gobind Singh Deo, membantah jaminan RM2 juta yang ditawarkan oleh pendakwaan dengan alasan sudah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan, walaupun diminta hadir oleh SPRM pada jam 10 malam.
"Pembelaan memohon jaminan RM500,000 diberikan tanpa sebarang syarat tambahan, memandangan jumlah ikat jamin adalah sangat besar, selain tertuduh tidak berisiko melarikan diri memandangkan beliau adalah Ahli Parlimen Bagan dan perlu menjalankan tanggungjawabnya kepada penduduk kawasan itu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin, pasport antarabangsa dan diplomatik diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah turut membenarkan permohonan pendakwaan supaya tertuduh tidak membuat sebarang komen subjudis membabitkan kes itu dan menetapkan 9 September ini untuk sebutan semula kes lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/08/guan-eng-didakwa-minta-rasuah-10-peratus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Guan Eng Ditahan Sprm Akan Didakwa Esok

Video Guan Eng Ditahan Sprm Akan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 293 hits
embedded content BEKAS Menteri Kewangan Lim Guan Eng kini b
Guan Eng Akan Didakwa Di Mahkamah

Guan Eng Akan Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 362 hits
Diterbitkan Hari ini 9 39 pmSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan dikenakan tiga pertuduhan berbeza di mahkamah masing masing pada esok Isnin dan Selasa ini Hal itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melalui kenyataan media ma...
Guan Eng Didakwa Lagi Di Mahkamah Hari Ini

Guan Eng Didakwa Lagi Di Mahkamah Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 349 hits
Astro AwaniOgos 10 2020 06 35Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada pukul 10 pagi bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 Gambar failGEORGE TOWN Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan didakwa di mahkamah berh...
Terima Rasuah Rm3 3 Juta Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah

Terima Rasuah Rm3 3 Juta Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 397 hits
BUTTERWORTH 10 Ogos Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3 3 juta bagi membantu sebuah syarikat dilantik ...
Guan Eng Tak Boleh Didakwa Semula Atas Kesalahan Sama Kata Pemimpin Dap

Guan Eng Tak Boleh Didakwa Semula Atas Kesalahan Sama Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 397 hits
Ramkarpal Singh berkata Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang individu tidak boleh didakwa semula atas kesalahan sama kecuali sabitan atau pembebasan itu dibatalkan dan perbicaraan semula diarahkan mahkamah lebih tinggi PETA...
Tak Berasas Kata Guan Eng Berhubung Tuduhan Rasuah Ke 2

Tak Berasas Kata Guan Eng Berhubung Tuduhan Rasuah Ke 2

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 286 hits
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menolak tuduhan rasuah RM3 3 juta ke atas beliau dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan bermotif politik Katanya beliau tidak pernah menerima wang itu maupun mempunyai wang sed...
Guan Eng Isteri Didakwa Salah Guna Kuasa Ubah Wang Berkait Projek Rm11 6 Juta

Guan Eng Isteri Didakwa Salah Guna Kuasa Ubah Wang Berkait Projek Rm11 6 Juta

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 464 hits
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama isterinya Betty Chew dan rakan perniagaannya Phang Li Koon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa serta pengubahan wang berhubung tawaran sebuah...
Butterworth Lim Guan Eng Isteri Didakwa Hari Ini

Butterworth Lim Guan Eng Isteri Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 471 hits
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan isterinya akan dihadapkan ke Mahkamah Pulau Pinang melibatkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini ni merupakan kali ketiga Ahli Parlimen Bagan itu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh s...
Siapa Zarul Ahmad Individu Utama Kes Rasuah Guan Eng

Siapa Zarul Ahmad Individu Utama Kes Rasuah Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 463 hits
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini dikenakan tuduhan rasuah kedua Selain Lim satu lagi nama yang sering dikaitkan dengan kes ini ialah Zarul Ahmad Mohd Zulkifli Zarul mendapat perhatian selepas menjadi wajah umum kepada ...
What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

Tahlil Misteri Di Surau Rnr

Lirik Lagu Dalam Sujudku Amira Othman

Impose Retirement Age On Politicians Too

Penutupan Laluan Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025 Di Kuala Lumpur

Seriously Ds Azalina Please Let Them Rest


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalkan Bacaan Doa Selepas Azan Doa Akan Dikabulkan

Lirik Lagu Seni Berdamai Dengan Takdir Naim Daniel Ustaz Adnin Roslan

Tindakan Drastik Exco Terengganu Isu 72 Unit Mykiosk Masih Kosong

Hazama Aku Bukan Narsisis Chord

Juyaya Mati Lisin Maya Gawai Chord

Pm Pertahan Keputusan Sambung Kontrak Azam Baki