Guan Eng Tak Boleh Didakwa Semula Atas Kesalahan Sama Kata Pemimpin Dap


FMT ReportersRamkarpal Singh berkata, Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan
seorang individu tidak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kecuali sabitan
atau pembebasan itu dibatalkan dan perbicaraan semula diarahkan mahkamah
lebih tinggi. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP berkata, bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak boleh didakwa semula atas kesalahan sama berhubung pembelian banglonya pada 2015 kerana ia akan menjadi tidak berperlembagaan.
Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh berkata, Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang individu tidak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kecuali sabitan atau pembebasan itu dibatalkan dan perbicaraan semula diarahkan mahkamah lebih tinggi.
“Oleh itu, walaupun bukti baru muncul, Lim tidak boleh didakwa semula hasil daripada siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah “tidak masuk akal” untuk menyiasat kes itu lebih lanjut.
Beliau berkata demikian selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan hari ini dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas membuka semula siasatan kes pembelian banglo Lim, jika ada bukti baru.
Ramkarpal berkata, SPRM boleh menyiasat, tetapi ia dilarang daripada meneruskan pendakwaan terhadap Lim dalam kes banglo itu.
Pada 30 Jun 2016, Lim didakwa menggunakan kedudukan awamnya untuk mendapatkan suapan bagi diri dan isterinya, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian bagi tujuan perumahan dalam mesyuarat exco negeri pada 18 Julai 2014.
Beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli sebuah banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta, lebih rendah daripada harga pasaran sebanyak RM4.7 juta ketika itu.
Phang didakwa bersubahat dengan Lim.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi George Town melepas dan membebaskan mereka pada 3 Sept 2018, selepas peguam negara menggugurkan pertuduhan itu.
SPRM yang terkejut dengan keputusan mahkamah membebaskan Lim dan Phang, berkata cadangan itu dibuat Jabatan Peguam Negara, bukannya agensi anti-rasuah berkenaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/guan-eng-tak-boleh-didakwa-semula-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Sprm Boleh Buka Semula Kes Banglo Guan Eng

Menteri Sprm Boleh Buka Semula Kes Banglo Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 473 hits
Menteri SPRM boleh buka semula kes banglo Guan Eng jika ada bukti baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bebas untuk membuka semula siasatan berhubung pembelian banglo bekas menteri kewangan Lim Guan Eng jika ada bukti baru Dalam jawap...
Tuduhan Rasuah Rm3 300 000 Ke Atas Lim Guan Eng Apa Lim Kit Siang Mahu Kata Sekarang

Tuduhan Rasuah Rm3 300 000 Ke Atas Lim Guan Eng Apa Lim Kit Siang Mahu Kata Sekarang

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 628 hits
Oleh Dr Kamarul Yusoff Bila Lim Guan Eng didakwa atas tuduhan rasuah pada 7 Ogos lalu cepat cepat bapanya Lim Kit Siang mendakwa bahawa ia dilakukan semata mata untuk mematahkan semangat politiknya di mana ia dikatakan mungkin merupakan yan...
Dap Bersikap Suci Dakwa Kes Lim Guan Eng Berunsur Politik Rasis

Dap Bersikap Suci Dakwa Kes Lim Guan Eng Berunsur Politik Rasis

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 543 hits
Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menempelak sikap parti tamak haloba DAP yang seolah olah suci apabila pemimpinnya terpalit dengan tuduhan salah laku dan rasuah Beliau berkata tatkala bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdep...
Pertuduhan Rasmi Ke Atas Lim Guan Eng

Pertuduhan Rasmi Ke Atas Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 563 hits
Bahawa kamu pada bulan Mac 2011 berhampiran Hotel The Gardens Lingkaran Syed Putra Mid Valley City di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang telah secara rasuah meminta bagi pihak k...
Kes 10 Rasuah Terowong Strategi Dap Lim Guan Eng Seterusnya

Kes 10 Rasuah Terowong Strategi Dap Lim Guan Eng Seterusnya

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 574 hits
Tidak dapat dinafikan DAP cukup cekap dalam drama meraih simpati Kes belum pun bermula tetapi DAP dan portal portal sekutunya sudah giat menanam persepsi negatif ke dalam otak masyarakat Skrip mereka sama daripada dahulu iaitu kononnya mere...
Dap Lancar Tabung Untuk Guan Eng

Dap Lancar Tabung Untuk Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 388 hits
DAP lancar tabung solidariti RM10 seminggu untuk Guan Eng DAP melancarkan tabung RM10 seminggu untuk membayar wang ikat jamin yang dikenakan ke atas setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng oleh mahkamah semalam berkait pertuduhan rasuah yan...
Jadilah Anak Jantan Nak Serang Saya Suka Hati Anda Tapi Bukan Keluarga Kata Guan Eng

Jadilah Anak Jantan Nak Serang Saya Suka Hati Anda Tapi Bukan Keluarga Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 1034 hits
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan musuh politiknya supaya menjadi anak jantan dalam membuat serangan terhadapnya tanpa membabitkan keluarganya Kepada seteru politik jadilah anak jantan nak serang saya suka hati anda tapi jangan...
Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Makluman Pelaksanaan Rintis Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Pokok Cili Pelangi

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah