Guan Eng Isteri Didakwa Salah Guna Kuasa Ubah Wang Berkait Projek Rm11 6 Juta


Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama isterinya, Betty Chew dan rakan perniagaannya, Phang Li Koon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa serta pengubahan wang berhubung tawaran sebuah projek asrama pekerja asing RM11.6 juta kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan Phang.
Mereka didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Lim didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan pengerusi lembaga tender Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Beliau didakwa memberi rasuah bernilai RM372,009 kepada Chew melalui Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd, dengan memastikan Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan sebuah projek asrama pekerja asing di Juru serta Batu Kawan.
Projek untuk asrama itu yang bernilai RM11.61 juta, terletak di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan di Seberang Perai Selatan.
Lim didakwa melakukan kesalahan itu antara 19 Ogos 2013 hingga 3 Mac 2016.
Phang pula didakwa bersubahat dengan Lim di bawah Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009, manakala Chew didakwa atas pertuduhan pengubahan wang bernilai RM372,009 daripada sebuah akaun Public Bank yang berdaftar di cawangan Taman Melaka Raya antara 7 Okt 2013 dan 3 Mac 2016.
Chew didakwa menerima wang itu 3 kali, iaitu RM87,009 antara 7 Ogos 2013 dan 4 Ogos 2014, RM180,000 antara 3 Sept 2014 dan 11 Ogos 2015 serta RM105,000 antara 4 Sept 2015 dan 3 Mac 2016.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Roslan Mat Nor, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan Francine Cheryl Rajendram.
Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.
Sebutan kes ditetapkan 16 Okt ini. FMT
The post Guan Eng, isteri didakwa salah guna kuasa, ubah wang berkait projek RM11.6 juta appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/11/guan-eng-isteri-didakwa-salah-guna-kuasa-ubah-wang-berkait-projek-rm11-6-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Guna Kuasa Dan Lim Guan Eng

Salah Guna Kuasa Dan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 292 hits
Semalam Lim Guan Eng telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pendakwaan diberitakan bermula hari ini terkait dengan isu terowong dasar laut Pulau Pinang Dalam Islam definisi asas rasuah dan salah guna kuasa pemerintahan bol...
Butterworth Lim Guan Eng Isteri Didakwa Hari Ini

Butterworth Lim Guan Eng Isteri Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 400 hits
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan isterinya akan dihadapkan ke Mahkamah Pulau Pinang melibatkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini ni merupakan kali ketiga Ahli Parlimen Bagan itu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh s...
Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan Rm3 3 Juta Projek Terowong Dasar Laut

Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan Rm3 3 Juta Projek Terowong Dasar Laut

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 337 hits
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3 3 juta bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan P...
Guan Eng Diperintah Bayar Rm1 Juta Wang Jamin

Guan Eng Diperintah Bayar Rm1 Juta Wang Jamin

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 209 hits
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Mahkamah Seksyen KL hari ini membenarka...
Lim Guan Eng Tidak Mengaku Salah Rasuah Projek Terowong Pulau Pinang

Lim Guan Eng Tidak Mengaku Salah Rasuah Projek Terowong Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 532 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang Lim ...
Isteri Lim Guan Eng Turut Hadapi 3 Pertuduhan Melibatkan Rasuah Pengubahan Wang Haram

Isteri Lim Guan Eng Turut Hadapi 3 Pertuduhan Melibatkan Rasuah Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 476 hits
Sebentar tadi Mahkamah Sesyen Butterworth telah membacakan satu lagi pertuduhan baru yang melibatkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew Gek Cheng Kali ini Lim Guan Eng dituduh bersama isterinya melibatkan pertuduha...
Isteri Guan Eng Betty Chew Akan Didakwa Pertuduhan Amla Selasa Ini

Isteri Guan Eng Betty Chew Akan Didakwa Pertuduhan Amla Selasa Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 405 hits
Isteri bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng Betty Chew yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini untuk membantu siasatan berhubung kaitannya dengan sebuah syarikat swasta akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth Selasa ...
Guan Eng Akan Didakwa Di Mahkamah

Guan Eng Akan Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 293 hits
Diterbitkan Hari ini 9 39 pmSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan dikenakan tiga pertuduhan berbeza di mahkamah masing masing pada esok Isnin dan Selasa ini Hal itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melalui kenyataan media ma...
Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Cara Ikhtiar Halang Penyakit Ain

918kiss 7 2567 918kiss 918kiss Top 61 By Autumn 918kissauto Io

Sbdj Siri 197 Rahsia 4 Peti Hitam

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan