Guan Eng Didakwa Lagi Di Mahkamah Hari Ini


Afiezy Azaman, Astro AwaniOgos 10, 2020 06:35
Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada pukul 10 pagi bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. -Gambar fail
GEORGE TOWN: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan didakwa di mahkamah berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang hari ini.

Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada pukul 10 pagi bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Setiausaha Agung DAP itu juga bakal dihadapkan ke mahkamah yang sama bagi kes yang berlainan dan akan dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, pada Selasa.

Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan media menyatakan Guan Eng didakwa atas tiga pertuduhan.

Dua daripadanya melibatkan kes terowong dasar laut dan satu kes berlainan.

Pada pertuduhan pertama Jumaat lepas, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan membabitkan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Guan Eng bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Beliau dibenarkan diikat jamin RM1 juta.

Guan Eng ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada jumlah keuntungan yang bakal diperoleh daripada Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, Pengarah Kanan Eksekutif Consortium Zenith Construction Sdn Bhd yang mendapat projek itu.

Guan Eng hadir ke ibu pejabat SPRM sebanyak tiga kali bagi memberi keterangan berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Beliau ditahan pada Khamis malam.

Beberapa saksi termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan exco negeri juga telah dipanggil SPRM untuk membantu siasatan.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai adalah termasuk di bawah pelan induk pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Dalam pada itu, isteri Guan Eng, Betty Chew yang ditahan SPRM pada Jumaat turut berdepan pendakwaan minggu ini.

Betty akan didakwa pada Selasa pagi di Mahkamah Butterworth berhubung penglibatannya dengan syarikat swasta Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

Siasatan dijalankan berkaitan perunding perundangan yang ditawarkan Betty kepada syarikat itu.

Kes disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/08/guan-eng-didakwa-lagi-di-mahkamah-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Butterworth Lim Guan Eng Isteri Didakwa Hari Ini

Butterworth Lim Guan Eng Isteri Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 479 hits
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan isterinya akan dihadapkan ke Mahkamah Pulau Pinang melibatkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini ni merupakan kali ketiga Ahli Parlimen Bagan itu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh s...
Guan Eng Akan Didakwa Di Mahkamah

Guan Eng Akan Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 370 hits
Diterbitkan Hari ini 9 39 pmSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan dikenakan tiga pertuduhan berbeza di mahkamah masing masing pada esok Isnin dan Selasa ini Hal itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melalui kenyataan media ma...
Guan Eng Didakwa Minta Rasuah 10 Peratus

Guan Eng Didakwa Minta Rasuah 10 Peratus

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang more Guan Eng 59 bagaimanapun menjawab tidak bersalah dan memoho...
Muhyiddin Belum Cukup Selamat Pru15 Setakat Guan Eng Di Heret Ke Mahkamah

Muhyiddin Belum Cukup Selamat Pru15 Setakat Guan Eng Di Heret Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 475 hits
Sekurang kurangnya Mahathir Mukhriz dan Maszlee wajar diheret sama dalam apa juga yang boleh dikaitkan Takkanlah mereka bertiga terutama Mukhriz dan Mahathir begitu punya bersih sedangkan sudah lama berjawatan Takkanlah Mukhriz di Kedah san...
Guan Eng Betty Dan Li Koon Didakwa Bagi Kes Baharu

Guan Eng Betty Dan Li Koon Didakwa Bagi Kes Baharu

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 287 hits
BUTTERWORTH Ramai masih lagi diselubungi teka teki apa sebenarnya pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng isterinya Betty Chew dan ahli perniagaan Phang Li Koon Ada juga membuat tekaan ia masih berkaitan dengan pro...
Video Guan Eng Ditahan Sprm Akan Didakwa Esok

Video Guan Eng Ditahan Sprm Akan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 300 hits
embedded content BEKAS Menteri Kewangan Lim Guan Eng kini b
Guan Eng Isteri Didakwa Salah Guna Kuasa Ubah Wang Berkait Projek Rm11 6 Juta

Guan Eng Isteri Didakwa Salah Guna Kuasa Ubah Wang Berkait Projek Rm11 6 Juta

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 472 hits
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama isterinya Betty Chew dan rakan perniagaannya Phang Li Koon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa serta pengubahan wang berhubung tawaran sebuah...
Takiyuddin Ingatkan Guan Eng Jangan Hina Mahkamah

Takiyuddin Ingatkan Guan Eng Jangan Hina Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 362 hits
KOTA BHARU Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan mengingatkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai menghina mahkamah Takiyuddin berkata berkait dengan kes beliau y...
Alliance Bank Lancar Filem Perniagaan Pertama Malaysia The Ultimate Elevator Pitch

Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Kalendar Islam 2026 Tarikh Penting Bulan Islam Jakim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


It S The Job Of The Media To Ask Tough Questions Not Just The Ones You Like Redzuan

Bukan Cikgu Saja Ibu Bapa Juga Wajib Prihatin Fasiliti Sekolah

Dari Birmingham Ke Shah Alam Pengalaman Melawat Kilang Cadbury Dairy Milk Malaysia Yang Amat Bermakna

Lirik Lagu Nanti Kita Seperti Ini Batas Senja Hannah Delisha

Petaka Gunung Gede Kisah Benar Di Sebalik Filem Seram 2025

Gerakan Solat Itu Terapi Badan