Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia


GSK LANCAR SHINGRIX, VAKSIN KAYAP UNTUK RAKYAT MALAYSIA | Assalammualaikum semua. Berita gembira buat rakyat Malaysia yang risau tentang Kayap, kini kita sudah ada penawar penyakit Kayap. GSK telah melancarkan Vaksin kayap iaitu SHINGRIX, merupakan vaksin pencegahan herpes zoster (HZ) dalam erti kata lain adalah kayap pada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas, mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas yang sedang atau akan menghadapi peningkatan risiko HZ disebabkan kekurangan imun atau imunosupresi yang disebabkan oleh penyakit atau terapi yang diketahui.

(dari kiri ke kanan) Dr Alap Gandhi, Country Medical Director of GSK Malaysia & Brunei; Ruxandra Nastasa, Vice President & General Manager of GSK Malaysia & Brunei; dan Dr Peter Ch’ng, Consultant Dermatologist from Gleneagles Hospital Kuala Lumpur & Honorary Secretary of Dermatological Society of Malaysia semasa di pelancaran Vaksin Kayap GSK


GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) hari ini mengumumkan pelancaran vaksin Herpes Zoster, Shingrix (MAL24056002ARZ), juga dikenali sebagai Vaksin Zoster Rekombinan, Adjuvanted (RZV) di Malaysia untuk pencegahan kayap (herpes zoster, HZ) dan neuralgia pasca-herpetik (PHN) bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas. RZV ialah vaksin adjuvanted subunit rekombinan bukan hidup yang diberikan secara intramuskular dalam dua dos.

RZV pada peringkat awal akan tersedia di Malaysia kepada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi terhadap HZ.

Kayap disebabkan oleh pengaktifan semula virus varicella zoster (VZV), iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air.ii Berikutan peningkatan usia, sel-sel sistem imun akan hilang keupayaan untuk memberi tindak balas yang kuat dan berkesan terhadap jangkitan, sekali gus meningkatkan risiko untuk menghidap kayap. herpetik (PHN), iaitu sakit saraf yang berpanjangan selepas kayap

Vaksin Zoster Rekombinan, Adjuvanted (RZV)

RZV ialah vaksin yang direka khusus untuk mencegah kayap bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas dan 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi di negara-negara di mana penunjuk untuk populasi ini telah diluluskan. RZV juga diluluskan untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi terhadap HZ.i Individu yang mengalami imunokompromi lebih berisiko untuk menghidap kayap dan komplikasi yang berkaitan, dan RZV ialah vaksin kayap yang diluluskan untuk populasi pesakit yang berisiko ini.

Dalam analisis tinjauan berhubung dengan kajian keberkesanan penting, ZOE-50, RZV menunjukkan keberkesanan vaksin sehingga 97%i dalam kalangan orang dewasa berumur 50 tahun dan ke atas, sepanjang tempoh susulan kira-kira tiga tahun. Data interim terkini menunjukkan keberkesanan vaksin keseluruhan RZV lebih 80% sepanjang tempoh susulan utama kira-kira enam hingga 10 tahun selepas vaksinasi awal bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas

Ruxandra Nastasa, Vice President & General Manager of GSK Malaysia & Brunei, ketika menyampaikan ucapan di pelancaran Vaksin Kayap GSK

Dr. Peter Ch'ng, Consultant Dermatologist at Gleneagles Hospital Kuala Lumpur and Honorary Secretary of the Dermatological Society of Malaysia, berkongsi informasi berkenaan kayap

Dr. Alap Gandhi, Country Medical Director of GSK Malaysia & Brunei, perkongsian tentang vaksin kayap yang baru dilancarkan

Dr Alap Gandhi, Pengarah Perubatan Negara GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) Malaysia berkata: “Kayap ialah penyakit yang boleh menyebabkan kesakitan yang melampau dan penyakit ini disebabkan oleh pengaktifan semula virus varicella zoster. RZV telah direka khusus untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap virus bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas atau bagi mereka yang mengalami keadaan imunokompromi."

Beliau merumuskan, "Kami berasa gembira bahawa rakyat di Malaysia kini akan mempunyai akses kepada vaksin RZV untuk membantu mengurangkan beban penyakit yang menyakitkan ini."

(dari kiri ke kanan) Dr. Alap Gandhi, Country Medical Director of GSK Malaysia & Brunei dan Dr. Peter Ch'ng, Consultant Dermatologist at Gleneagles Hospital Kuala Lumpur & Honorary Secretary of the Dermatological Society of Malaysia semasa perbincangan panel tentang Kayap dan Vaksin Kayap GSK semasa pelancaran Vaksin Kayap GSK


RZV ialah vaksin kayap diluluskan yang menggabungkan antigen bukan hidup dengan adjuvan GSK dan mungkin membantu mengatasi penurunan imuniti semula jadi yang berkaitan dengan usia yang menyumbang kepada cabaran untuk melindungi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas daripada penyakit ini.

RZV telah menghasilkan cadangan vaksinasi yang positif. Di Malaysia, RZV disyorkan oleh Garis Panduan Imunisasi Dewasa oleh Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia untuk individu berumur 50 tahun ke atas dan untuk pesakit yang mengalami imunokompromi berumur 18 tahun ke atas.

Dengan pelancaran RZV di Malaysia, GSK berharap dapat terus memainkan peranan dalam usaha mempertingkatan kesihatan awam di Malaysia.

PM-MY-SGX-COCO-240003 Tarikh Kelulusan: 16 Ogos 2024
KKLIU 2560 / EXP 29.01.2025
Tanda dagangan dimiliki oleh atau dilesenkan oleh GSK.

APA ITU KAYAP?Kayap disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV), iaitu virus sama yang menyebabkan cacar air. Orang dewasa berumur 50 tahun ke atas mungkin mempunyai VZV tidak aktif dalam sistem saraf mereka, yang mungkin diaktifkan semula seiring dengan peningkatan usia.viiiApabila usia meningkat, sel-sel dalam sistem imun kehilangan keupayaan untuk memberikan tindak balas yang kuat dan berkesan terhadap jangkitan, sekali gus meningkatkan risiko menghidap kayap.

Kayap lazimnya muncul sebagai ruam, dengan lepuhan yang menyakitkan di dada, perut atau muka. Kesakitan sering digambarkan sebagai sakit yang menyengat, terbakar, menikam atau seperti kejutan elektrik. Selepas ruam, seseorang juga boleh mengalami neuralgia pasca-herpetic (PHN), kesakitan yang berlarutan sekurang-kurangnya tiga bulan hingga beberapa tahun. PHN ialah komplikasi kayap yang paling lazim, yang berlaku sehingga 5-25 peratus daripada semua kes kayap bergantung pada umur mereka.

GSK SHINGRIXShingrix [Vaksin Herpes Zoster (rekombinan, adjuvanted AS01)] ialah vaksin subunit rekombinan bukan hidup yang ditunjukkan untuk pencegahan kayap (herpes zoster) dan, di beberapa pasaran, untuk neuralgia pasca-herpetik (PHN), bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas.

Kelulusan RZV mengikuti program ujian klinikal Fasa III komprehensif yang menilai keberkesanan, keselamatan dan imunogenisiti dalam lebih 30,000 orang. Kesan sampingan tempatan yang paling lazim dilaporkan dalam ujian klinikal ialah kesakitan, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan. Majoritinya adalah ringan hingga sederhana dalam intensiti dan bersifat sementara, lazimnya berlangsung kurang daripada tiga hari. 
Indikasi RZV juga termasuk pencegahan HZ pada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang sedang atau akan menghadapi peningkatan risiko herpes zoster akibat kekurangan imun atau imunosupresi yang disebabkan oleh penyakit atau terapi yang diketahui.

RZV, diberikan secara intramuskular dalam dua dos, direka khusus untuk meningkatkan tindak balas imun bagi sistem imun yang menurun atau terkompromi.

MAKLUMAT KESELAMATAN PENTINGYang berikut ditulis berdasarkan Maklumat Preskripsi Malaysia untuk Vaksin Zoster Rekombinan (RZV). Sila rujuk Maklumat Preskripsi penuh untuk semua maklumat keselamatan berlabel. RZV dikontraindikasikan pada sesiapa yang hipersensitif kepada bahan aktif atau kepada mana-mana eksipien RZV.

Seperti semua vaksin yang boleh disuntik, rawatan dan penyeliaan perubatan yang sesuai hendaklah sentiasa tersedia sekiranya berlaku kejadian anafilaksis selepas pemberian vaksin. RZV harus diberikan dengan berhati-hati kepada individu yang mengalami trombositopenia atau sebarang gangguan pembekuan (coagulation disorder) kerana pendarahan mungkin berlaku selepas pemberian intramuskular kepada subjek ini

Dalam kajian pemerhatian pasca pemasaran, peningkatan risiko sindrom Guillain-Barré diperhatikan dalam tempoh 42 hari selepas vaksinasi dengan RZV. Syncope (pengsan) boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin, termasuk RZV. Prosedur harus disediakan untuk mengelakkan kecederaan akibat jatuh

Bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas, reaksi buruk yang paling kerap dilaporkan ialah kesakitan di tempat suntikan, mialgia, keletihan dan sakit kepala. Kebanyakan tindak balas ini tidak berpanjangan. Bagi orang dewasa ≥ 18 tahun yang mengalami imunodefisiensi atau imunosupresi akibat penyakit atau terapi, profil keselamatan adalah konsisten dengan yang diperhatikan pada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas

Tiada data keselamatan, imunogenisiti atau keberkesanan untuk menyokong penggantian dos RZV dengan dos vaksin HZ yang lain. Terdapat data terhad untuk menyokong penggunaan RZV pada individu yang mempunyai sejarah HZ. Oleh itu, profesional penjagaan kesihatan perlu mempertimbangkan manfaat dan risiko vaksinasi HZ secara individu.

Tiada data daripada penggunaan RZV pada wanita hamil. Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaan RZV semasa kehamilan. Kesan ke atas bayi yang diberi susu ibu pemberian Shingrix kepada ibu mereka belum dikaji. Tidak diketahui sama ada RZV diekskresikan dalam susu manusia. Seperti mana-mana vaksin, tindak balas imun pelindung mungkin tidak dapat dicapai dalam semua penerima vaksin

GSK ialah syarikat biopharma global dengan cita-cita dan tujuan untuk menyatukan sains, teknologi dan bakat untuk bekerjasama dalam usaha mengatasi penyakit. Kami menetapkan sasaran untuk memberikan impak yang positif kepada kesihatan 2.5 bilion penduduk dalam tempoh 10 tahun akan datang. Cita-cita kami yang tinggi untuk pesakit dicerminkan dalam komitmen baharu terhadap pertumbuhan dan peningkatan yang ketara dalam prestasi. 
Kami telah beroperasi di Malaysia selama lebih 65 tahun, sejak memulakan operasi pertama kami pada bulan Oktober 1958. Dalam tempoh enam dekad yang lalu, GSK Malaysia telah berkembang dengan ketara baik dalam infrastruktur, operasi perniagaan mahupun asas bakat. Kini beroperasi dengan lebih 400 pekerja yang ditempatkan di dua entiti perniagaan kami – Farmaseutikal & Vaksin dan Pusat Perkhidmatan Perniagaan. 
SHINGLES SURVIVOR
Pada tahun 2006, Ruby masih ingat lagi ketika itu Ruby di zaman universiti. Satu semester Ruby cuti. Ya, Ruby kena kayap pada ketika itu. Tanda awal pada ketika itu adalah sakit gigi geraham. Ruby fikir ia adalah tanda ingin tumbuh gigi kekal.  Apabila sakit gigi, kita akan pegang pipi untuk mengurangkan kesakitan. 
Keesokan pagi, pipi Ruby kemerah-merahan dan ada bintik-bintik macam cacar air. Ketika itu mak Ruby cakap chickenpox. Kami pun hanya buat rawatan tradisional dengan menggunakan daun semambu dan bedak sejuk. Mandi pun dengan daun semambu. Bahagian muka yang ada cacar tu Ruby layurkan dengan air melalui daun semambu

Namun, ia semakin merebak setempat dikawasan wajah bahagian kanan sahaja. Kenapa tiada cacar air di tempat lain? Pelik betul. Ramai kata kalau cacar air tumbuh di bahagian muka atau kepala, ia akan turun ke kaki. Kami sekeluarga jadi pelik. Habis Ruby kena interview dengan mak dan ayah, kamu ada kemana-mana ke? Mandi lah lepas balik dari kelas. Siap cakap ada pergi tempat semut Charlie ke? Aneh-aneh soalan mak ayah. Ruby memang tiada kemana-mana. Percutian kampus pun dah berlalu lama, itu pun kami ke Port Dickson, bukan kawasan sawah padi. 
Dalam masa seminggu itu, memang Ruby risau sangat. Bahagian muka semakin luas kawasan cacar air dan rasa panas yang menyakitkan. Ruby nangis bersendirian sahaja. Malah asingkan diri apabila cacar itu ada bermata hitam di dalamnya! Takut sangat! Mak tengok Ruby kemurungan macam tu, terus kami bergegas ke klinik pakar kulit yang disarankan oleh kawan-kawan mak. 
Doktor tidak dapat mengesan penyakit apa, namun memberi ubat sapu dan pil tahan sakit. Pada ketika itu, kami tinggal di Damansara. Mak sanggup memandu ke klinik pakar kulit di Subang Jaya dan klinik keluarga di kawasan rumah. Ruby melalui fasa memakai ubat krim dalam bekas bulat kecil dari klinik yang hanya tulis tarikh dan sapu berapa kali sehari. Semakin hari semakin merebak cacar air bemata di kawasan pipi, hidung, mata, dahi dan mula bergerak ke bahagian mata sebelah kiri. Pada tahun 2006 begini, informasi berkenaan penyakit sangat limited akses. Kami tidak pergi ke hospital kerana fikir ia hanya cacar air biasa. Hari-hari Ruby menahan sakit. Tidur tidak lena dan takut nak mandi. Takut semakin merebak. 
Ruby akan berasa bahang panas dan kulit wajah semakin berminyak. Ruby di kuarantin ke dalam bilik khas dengan kipas dan penghawa dingin. Setiap hari mak perlu basuh cadar dan sarung bantal. Setiap dua jam mesti ada rasa mencengkam. Cucuk-cucuk dan sakit! Panas! Tapi tak boleh pegang, kopek atau buat apa-apa. Menangis menahan kesakitan

Inisiatif seterusnya mak mendapatkan bantuan perubatan kampung. Tarikh janji temu telah kami pilih dan perjalanan dari Damansara ke Bidor, Perak pun bermula. Ruby hanya memakai hoodie dan payung untuk melindungi wajah. Mak berhenti di hentian rehat pun Ruby tidak mahu keluar dari kereta. Tidak selesa jika diperhatikan oleh orang. 
Semasa tiba di Bidor, kami berjumpa dengan Opah yang boleh merawat kayap. Opah tu cakap boleh dirawat ni. Ambil masa sikit. Sesi rawatan dimulakan dengan membaca selawat dan surah-surah ayat suci Al-Quran dan Opah mengunyah putik nangka muda dan garam. Kemudian sembur dekat muka Ruby yang ada kayap. Selepas itu, Opah sapu bedak sejuk. Memang putih melepak wajah Ruby. Selepas selesai, kami pun pulang ke Damansara. 
Hari demi hari berlalu, Ruby hanya sambung pakai bedak sejuk agar kayap kering dan luruh kudis-kudisnya. Kemudian, mak bawa ke klinik pakar kulit untuk tahu apa sebenarnya yang Ruby alami oleh Ruby. Doktor ketiga ini baru bagi tahu Ruby bahawa Ruby kena Shingles atau lebih dikenali sebagai kayap. Masa tu masih tak faham, sehinggalah doktor menerangkan ini penyakit yang hanya muncul apabila imun rendah. Oleh kerana Ruby semakin pulih, doktor beri ubat untuk parut sahaja. Malah berpesan jangan kopek walaupun dah nampak kering seperti kudis, sebenarnya ia masih basah di permukaan bawah. Nanti lagi lambat sembuh

2006, pada usia 19 tahun. Setiap kali ambil gambar, Ruby akan elak sisi kanan. 
2007, pada usia 20 tahun. parut kayap masih jelas ada

2014, parut kayap semakin pudar warna

Ruby semasa menghadiri majlis pelancaran GSK SHINGIX pada 10 September 2024. 

Tahun 2006, Ruby hanya ada gambar di myspace. Ruby cari gambar semasa kena kayap di telefon lama, tetapi tidak ada dah. Nanti kalau ada gambar semasa kena kayap dan proses rawatan. Ruby kongsikan ya

Beruntungnya hari ini rakyat Malaysia mempunyai vaksin kayap dari GSK. Kayap ni sakit sangat, tidak dapat dibayangkan apabila mak ayah atau atok opah kita yang kena. Semoga kita manfaatkan hasil penyelidikan bertahun dari saintis untuk kehidupan orang yang kita sayangi

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web rasmi GSK atau anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Vaksin Kayap GSK SHINGRIX telah berada di klinik dan hospital Malaysia bermula 10 September 2024


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/09/gsk-lancar-shingrix-vaksin-kayap-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Kayap Gsk Kini Tersedia Di Malaysia

Vaksin Kayap Gsk Kini Tersedia Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 231 hits
Hi Korang Apa itu Kayap Kayap disebabkan oleh virus varicella zoster iaitu virus sama yang menyebabkan cacar air Orang dewasa berumur 50 tahun ke atas mungkin mempunyai VZV tidak aktif dalam sistem saraf mereka yang mungkin diaktifkan semul...
Banyak Duit Rakyat Malaysia Ni

Banyak Duit Rakyat Malaysia Ni

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 155 hits
Desa HM Syukur di bawah Kerajaan Madani rakyat ada kuasa beli Buktinya 3 hari highway2 dlm negara jem melekat PLUS selatan ke utara bermula 14 15 dan 16 beratus ribu kenderaan bersesak2 menuju CIQ Bukit Kayu Hitam Durian Burung Pdg Besar da...
Punca Rakyat Malaysia Serbu Selatan Thailand Musim Cuti

Punca Rakyat Malaysia Serbu Selatan Thailand Musim Cuti

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 105 hits
bharian com myOleh Suasana kesesakan di Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam Kedah semalam yang menyaksikan ribuan pelancong Malaysia memasuki Thailand sejak Khamis sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia Foto...
Mengaku Rakyat Malaysia Tapi Musuh Dalam Selimut

Mengaku Rakyat Malaysia Tapi Musuh Dalam Selimut

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 141 hits
harakahdaily netSeptember 16 2024Afnan mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia ke 61 pada hari ini 16 September 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia KUALA LUMPUR Sepanjang tempoh 61 tahun negara berdepan dengan beberapa isu negara yang s...
Video Wakil Rakyat Perlu Bijak Suarakan Isu Malaysia Tribune 11 09 2024

Video Wakil Rakyat Perlu Bijak Suarakan Isu Malaysia Tribune 11 09 2024

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 139 hits
KUALA LUMPUR Wakil rakyat perlu bijak dan teliti jika ingin menyuarakan sesuatu isu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim Johan berkata mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang kenyataan kontroversi yang boleh menggangu gugat ...
16092024 Sambutan Maulidul Rasul Hari Malaysia Majlis Perasmian Persatuan Penduduk Aatv Rakyat News 16 09 2024

16092024 Sambutan Maulidul Rasul Hari Malaysia Majlis Perasmian Persatuan Penduduk Aatv Rakyat News 16 09 2024

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 153 hits
16 September 2024 Sambutan Maulidul Rasul Hari Malaysia serta Majlis Perasmian Persatuan Penduduk Taman Koperasi Cuepacs Fasa 2 Kajang Sumber AATV Rakyat News16092024 SAMBUTAN MAULIDUL RASUL HARI MALAYSIA MAJLIS PERASMIAN PERSATUAN PENDUDUK
Visa Pantas Untuk Rakyat Malaysia Lawat Pakistan

Visa Pantas Untuk Rakyat Malaysia Lawat Pakistan

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 129 hits
Pakistan memansuhkan bayaran visa untuk warganegara Malaysia yang melawat negara itu termasuk sebagai pelancong atau untuk tujuan keagamaan Hanya pasport dan VPA diperlukan untuk tujuan imigresen Tiada bayaran dikenakan termasuk yuran pempr...
Malaysia Akan Terima Vaksin Mpox Untuk Golongan Sasar

Malaysia Akan Terima Vaksin Mpox Untuk Golongan Sasar

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 176 hits
Malaysia Akan Terima Vaksin Mpox untuk Golongan Sasar Malaysia Akan Terima Vaksin Mpox untuk Golongan Sasar Wabak mpox atau cacar monyet telah menjadi satu ancaman kesihatan global yang semakin membimbangkan dengan banyak negara kini berusa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa