Grs Ibarat Bom Jangka Kata Penganalisis




KOTA KINABALU: Penganalisis politik meramalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan sukar mengekalkan kesatuannya selepas kemenangan pada pilihan raya Sabah minggu lalu.
Mereka melihat potensi pergaduhan dalaman, persaingan sesama sendiri, dan personaliti yang kuat dalam gabungan yang longgar itu seperti pemicu yang akan memecahkan GRS.
Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak menarik perhatian kepada perkembangan pada Selasa lepas, antara Ketua Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin, dan Ketua Menteri Hajiji Noor.
“Nampaknya ini permulaan yang sukar bagi GRS…ini bukanlah langkah pertama yang bagus untuk sebuah kerajaan baharu,” katanya kepada FMT.
Arnold Puyok.“Kalau mereka boleh bertahan selama kira-kira 6 bulan lagi, kita boleh anggap itu sebagai suatu kejayaan. Mari kita tengok apakah mereka boleh atasi perbezaan antara mereka dalam 6 bulan pertama ini.”
Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah, Hajiji mengumumkan penukaran portfolio Bung (perumahan dan kerajaan tempatan) dengan portfolio Timbalan Ketua PPBM Sabah, Masidi Manjun (kerja raya).
Ditanya apakah ada perbincangan awal mengenai pembahagian jawatan Kabinet Sabah antara parti komponen, Hajiji mengesahkan tetapi pertukaran itu dibuat ekoran perkembangan terbaharu.
Sumber memaklumkan Bung tidak berpuas hati dengan jawatan yang diberikan kepada BN, yang membantu GRS menawan 38 kerusi pada PRN.
Mereka mendakwa Bung segera meninggalkan Istana Negeri selepas ketua menteri dan 3 timbalannya, termasuk beliau, mengangkat sumpah jawatan.
Bridget Welsh.Bridget Welsh dari University of Nottingham (Malaysia) mengingatkan GRS sebuah gabungan baharu dan oleh itu parti-parti komponennya harus belajar bekerjasama.
“Ada personaliti yang kuat, serta gaya dan jangkaan yang berbeza. Majoriti cukup tapi tak kukuh kerana GRS akan goyah jika satu pihak meninggalkannya.
“Ketidakstabilan dalam politik persekutuan akan membayangi Sabah dan itu cabaran utamanya – iaitu pertalian antara ketaktentuan politik di peringkat persekutuan dan negeri,” katanya kepada FMT.
Penganalisis sosio-politik, Awang Azman Awang Pawi, dari Universiti Malaya percaya perkembangan pada Selasa itu hanya sebahagian kecil daripadanya.
Awang Azman Pawi.Beliau percaya perselisihan akan berpanjangan dan akan ternampak pada perebutan jawatan di peringkat negeri hingga ke akar umbi.
“Ini akan berlaku dalam pembahagian jawatan di pihak berkuasa tempatan dan daerah, malah apabila melibatkan pembahagian projek daripada yang besar-besar sehinggalah sekecil-kecil kerja seperti potong rumput dan baik pulih longkang.
“GRS akan lagi goyah dan rapuh apabila sampai masanya untuk membahagian kerusi Parlimen, memandangkan kita menuju pilihan raya umum,” katanya.
Daripada 38 kerusi yang dimenangi oleh GRS, 17 diperoleh PN, 14 oleh BN dan 7 oleh PBS.
Warisan Plus menang 29 kerusi sementara sekutunya PKR menang 2 dan Upko 1. Tiga kerusi lain milik calon Bebas.
#Sumber :  FMT  

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/grs-ibarat-bom-jangka-kata-penganalisis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Grs Akan Ikat Umno Pn Kata Penganalisis

Grs Akan Ikat Umno Pn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 272 hits
KOTA KINABALU Seorang penganalisis politik percaya Umno dan Perikatan Nasional di Sabah boleh menunjukkan bagaimana mereka dapat bekerjasama di peringkat nasional Walaupun berlaku ketegangan antara Umno dan PN lebih khusus lagi PPBM Romzi A...
Kemenangan Grs Bakal Jadi Momentum Untuk Pru Awal Kata Penganalisis

Kemenangan Grs Bakal Jadi Momentum Untuk Pru Awal Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 270 hits
Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah pada pilihan raya negeri Sabah bakal jadi momentum dan pembakar semangat kepada parti parti dalam Perikatan Nasional dan sekutunya kata penganalisis politik Justeru itu tidak menghairankan apabila perdana me...
Warisan Plus Dahului Grs Menjelang Hari Mengundi Kata Ilham Centre

Warisan Plus Dahului Grs Menjelang Hari Mengundi Kata Ilham Centre

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 415 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Badan Penyelidik Ilham Centre menjangkakan Warisan Plus bakal mendahului Gabungan Rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri yang berlangsung esok Hasil kajian lapangan yang diperolehi dari panel penyelidik mendapati Waris...
Muafakat Kunci Kemenangan Grs Kata Tok Mat

Muafakat Kunci Kemenangan Grs Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 316 hits
PETALING JAYA Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan berkata kesepakatan dalam kalangan parti gabungan menjadi kunci kepada kemenangan Gabungan Rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Sabah malam ini Mohamad yang juga Timbalan Pre...
Risiko Bom Jangka Covid 19 Di Sabah Jika Mata Sengaja Dibutakan

Risiko Bom Jangka Covid 19 Di Sabah Jika Mata Sengaja Dibutakan

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 274 hits
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA JIKA mata sengaja dibutakan telinga sengaja dipekakkan hanya untuk mencapai matlamat kempen berpolitik semasa Pilihan Raya Negeri Sabah pastinya Covid 19 yang kini dianggap ibarat bom jangka akan meletus pada bila bi...
Kemaskini Gabungan Parti Sarawak Pbs King Maker Jika Dakwaan Anwar Benar Kata Penganalisis

Kemaskini Gabungan Parti Sarawak Pbs King Maker Jika Dakwaan Anwar Benar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 314 hits
Willie Jude October 7 2020 Seorang penganalisis tidak nampak kegunaan Anwar Ibrahim dalam usaha Umno untuk kembali menjadi parti dominan KOTA KINABALU Gabungan Sarawak dan sebuah parti Sabah sekali lagi bakal jadi penentu atau king maker se...
Umno Akan Menang Besar Jika Rancangan Anwar Tercapai Kata Sumber Ph Penganalisis

Umno Akan Menang Besar Jika Rancangan Anwar Tercapai Kata Sumber Ph Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 293 hits
freemalaysiatoday com September 24 2020 2 37 PMDua belas ke 15 ahli Parlimen Umno dikatakan menyokong rancangan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru PETALING JAYA Umno bakal menjadi pemenang terbesar jika ketua pembangkang Anwar Ibrahim ber...
Bahaya Besar Menanti Dap Amanah Sekiranya Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Kata Penganalisis

Bahaya Besar Menanti Dap Amanah Sekiranya Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 448 hits
Robin Augustin Mohd Izani Mohd Zain and Kamarul Zaman Yusoff PETALING JAYA Amanah dan DAP akan terkesan teruk sekiranya Presiden PKR Anwar Ibrahim membentuk kerajaan dengan sokongan ahli Parlimen Umno menurut penganalisis Mohd Izani Mohd Za...
Musa Ke Majlis Pm Jadi Pembakar Semangat Kata Penganalisis

Musa Ke Majlis Pm Jadi Pembakar Semangat Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 254 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik melihat kemunculan Musa Aman dalam sebuah acara yang dihadiri Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam sebagai pembakar semangat buat pembangkang Sabah Ini menghilangkan kepercayaan Musa mungkin me...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas Netizen Naik Risau Bawa Wang Berjuta Dalam Luggage