Umno Akan Menang Besar Jika Rancangan Anwar Tercapai Kata Sumber Ph Penganalisis


Minderjeet Kaurfreemalaysiatoday.com
-September 24, 2020 2:37 PM
Dua belas ke 15 ahli Parlimen Umno dikatakan menyokong rancangan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru.
PETALING JAYA: Umno bakal menjadi pemenang terbesar jika ketua pembangkang Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan baru, kata sumber dalaman Pakatan Harapan (PH) dan penganalisis.

Mereka berkata, sebilangan ahli Parlimen Umno menyokong Anwar dengan harapan langkah itu akan membuka jalan kepada pilihan raya baru yang akan dimanfaatkan oleh parti itu.

Menurut seorang pemimpin PH, setakat ini antara 12 ke 15 ahli Parlimen Umno merakamkan sokongan kepada Anwar, sementara individu dari Sabah dan Sarawak menunggu beliau diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Ahli Parlimen Umno menyokong Anwar dengan harapan ia akan membuka jalan kepad pilihan raya baru secepat mungkin dan mereka menyasarkan untuk menguasai kerajaan dengan mandat lebih besar.

“Ini adalah ahli Parlimen yang tidak mahu PPBM mengetuai gabungan kerajaan,” katanya yang enggan dikenali kepada FMT.

Beliau berkata, “persefahaman semasa” yang ada ialah melantik Anwar sebagai perdana menteri, sementara seorang ahli Parlimen Umno sebagai timbalan beliau.

“Ini juga bergantung pada bilangan ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang akan menyertai gabungan baru itu.”Awang Azman Pawi.Seorang lagi pemimpin PH berkata, pada masa ini Anwar mendapat sokongan 36 ahli Parlimen PKR, 42 dari DAP, 11 Amanah dan 9 dari Warisan, tidak termasuk ahli Parlimen Umno serta Sabah dan Sarawak yang dijangka menyertai beliau.

“PPBM perlu mencari jalan untuk kekal relevan sewaktu tolak-menolak ini berlaku sekiranya ia tidak mahu kecundang,” katanya.

Penganalisis politik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, tempoh beberapa minggu ini penting sewaktu negara menunggu pengumuman baru Anwar selepas beliau menghadap Agong.

Awang Azman bagaimanapun berharap walau apapun gabungan baru yang terbentuk ia tidak akan menatijahkan pilihan raya kilat kerana negara masih terdedah kepada bahaya wabak Covid-19.

“Pilihan raya umum berikutnya hanya perlu diadakan pada 2023. Mari kita tunggu sehingga tarikh itu dan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan bilangan kes baru, selain memulihkan ekonomi,” katanya
James ChinJames Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, Anwar belum mendedahkan bilangan ahli Parlimen yang menyokong beliau.

“Mereka yang menyokongnya sekarang pun boleh beralih sokongan pada saat akhir,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, dengan andaian majoriti ahli Parlimen menyokong Anwar, maka beliau dan Umno akan menjadi pemenang terbesar sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.

“Kebanyakan orang mengetepikan beliau selepas beberapa percubaannya untuk menjadi perdana menteri. Sekarang, jika beliau ada sokongan, maka Anwar akan kembali,” katanya.

Pada sidang media semalam Anwar mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

“Sokongan yang saya terima adalah konklusif. Saya tidak bercakap tentang 4, 5 atau 6 (ahli Parlimen yang menyokong). Saya bercakap tentang jumlah lebih besar daripada itu,” katanya.

Istana Negara mengesahkan Agong bersetuju untuk menerima Anwar menghadap semalam, tetapi ditangguhkan kerana Sultan Abdullah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/umno-akan-menang-besar-jika-rancangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemaraan Anwar Sebagai Pm Tidak Membantu Pkr Menang Besar Di Sabah

Kemaraan Anwar Sebagai Pm Tidak Membantu Pkr Menang Besar Di Sabah

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 308 hits
Abah lebih popular dari bang Non Pegurusan politik yang bijak Azmin Ali dan Hamzah menggambarkan Muhyiddin sukar digugat oleh sesiapa pun lebih lebih lagi jika Tun dan Anwar tidak sekapal Selepas PRN Sabah nama Shafie sebagai calon PM agak ...
Anwar Akan Buat Pengumuman Penting Sumber Kata Ada Majoriti

Anwar Akan Buat Pengumuman Penting Sumber Kata Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 288 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim dijadual akan mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari ini untuk membuat satu pengumuman penting Terdapat spekulasi bahawa anggota parlimen Port Dickson itu berjaya mengumpulkan sokongan Ahli Parlimen untuk...
Dap Amanah Tolak Rancangan Anwar Jika Babitkan Mp Umno Bermasalah

Dap Amanah Tolak Rancangan Anwar Jika Babitkan Mp Umno Bermasalah

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 283 hits
AHMAD LUTFI OTHMAN Mutakhir ini saya hampir terputus dengan sumber Pakatan Harapan disebabkan keuzuran Jadi tanggapan saya terhadap perkembangan politik lebih bergantung kepada imiginasi dan agakan serta sifir politik sendiri juga didorong ...
Zahid Betul Bila Kata Ada Mp Umno Sokong Anwar Kata Nur Jazlan

Zahid Betul Bila Kata Ada Mp Umno Sokong Anwar Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 300 hits
Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah betul apabila menyatakan Umno tidak boleh menghalang mana mana ahli Parlimennya daripada menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Timbalan Pengerusi Umno Johor Datuk Nur Jazlan...
Dr M Kata Sudah Ingatkan Muhyiddin Boleh Diugut Umno Jika Terima Kerjasama

Dr M Kata Sudah Ingatkan Muhyiddin Boleh Diugut Umno Jika Terima Kerjasama

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 224 hits
583 total views 583 views today Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah mengingatkan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin bahawa beliau boleh diugut Umno sekiranya terima kerjasama secara en bloc dengan parti itu Bekas pengerusi PPBM itu menjela...
Marah Bersatu Mp Umno Ramai Pilih Anwar Muafakat Atau Mu Kena Sakat

Marah Bersatu Mp Umno Ramai Pilih Anwar Muafakat Atau Mu Kena Sakat

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 207 hits
Pemimpin Umno Johor Nur Jazlan Mohamed mempertahankan kenyataan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan Umno tidak boleh menghalang mana mana anggota parlimennya daripada menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Jazlan ...
Zahid Umno Will Not Stop Its Mps From Supporting Anwar For Pm

Zahid Umno Will Not Stop Its Mps From Supporting Anwar For Pm

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 443 hits
Umno will not stop its MPs from backing PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister says Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi The Umno president said he was informed that some Umno and Barisan Nasional MPs had expressed their support ...
Ahmad Zahid Umno Bn Tak Dapat Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

Ahmad Zahid Umno Bn Tak Dapat Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 271 hits
AHMAD ZAHID UMNO BN TAK DAPAT HALANG AHLI PARLIMEN SOKONG ANWAR KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menghalang mana mana Ahli Parlimen yang mahu menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahma...
Bekerjasama Dengan Anwar Adalah Lebih Baik Demi Servival Pilitik Umno Sendiri

Bekerjasama Dengan Anwar Adalah Lebih Baik Demi Servival Pilitik Umno Sendiri

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 183 hits
Bukanlah suatu rahsia lagi bahawa apabila Anwar Ibrahim tampil mengadakan sidang media tergemparnya semalam memaklumkan beliau telah mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru sebahagian yang menyokongnya itu mestilah daripad...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally