Grs Cipta Sejarah Himpun Semua Pimpinan Parti Dalam Satu Ceramah Perdana

KOTA KINABALU: Dua malam terakhir kempen pilihan raya negeri (PRN)  Sabah menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melakar sejarah apabila  buat pertama kali menghimpunkan kesemua pemimpin parti gabungan di bawah  satu bumbung pada ceramah perdana.
Bersama perdana menteri yang juga presiden PPBM Muhyiddin Yassin pada  ceramah perdana itu ialah Presiden MCA Wee Ka Siong; Presiden Parti  Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju  Sabah (SAPP) Yong Teck Lee, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah  Hajiji Noor dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur  Joseph Kurup.
Hadir sama Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid, Naib Presiden PAS  Senator Idris Ahmad; Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Setiausaha  Agung PPBM Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS)  Jahid Jahim dan calon (PN-Bersatu) DUN Petagas Arsit Sedi.
Bercakap di hadapan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas,  Jahid menjelaskan bahawa gabungan berkenaan dibentuk atas kesediaan  kesemua parti itu bergabung demi menyelamatkan Sabah.
     Katanya, ketika pertemuan pertama diadakan bersama Muhyiddin, kesemua  parti bersetuju supaya kerajaan alternatif ditawarkan kepada pengundi  sebagai sebuah kerajaan yang stabil berdasarkan prestasi ditunjukkan  pimpinan kerajaan pusat di bawah PN.
“Kami berkumpul di sini, kita bersatu hati untuk buat kesepakatan  untuk tawarkan khidmat terbaik untuk selamatkan Sabah. Itu sangat  penting dan saya melihat keseriusan pemimpin masa ini untuk kita sampai  ke arah ini,” katanya.
Sementara itu, Yong yang juga bekas ketua menteri Sabah pula mengakui  GRS adalah perkara terbaik yang pernah berlaku untuk rakyat Sabah.
“Ini ceramah pertama kali GRS… Konsep ini sudah wujud dulu, akhirnya  menjadi kenyataan. Saya bangga dengan kejayaan ini. Ini kerana ia  menggabungkan parti nasional dan parti tempatan,” katanya.
   Mengakui tidak pernah bermimpi untuk berada sebaris dengan Yong, Wee  pula mahu rakyat mengambil semangat ketua menteri Sabah pada 1996 itu  untuk bangkit semula demi melihat masa depan negeri itu yang lebih  cerah.
“Waktu saya masuk politik dahulu dia dah bersara, tetapi sekarang dia  bangkit semula. Kalau dia boleh bangkit semula bermakna orang Sabah pun  boleh bangkit semula,” katanya.
Wee yang juga menteri pengangkutan turut menyentuh bagaimana kerajaan  pusat di bawah pimpinan Muhyiddin, satu kerajaan yang stabil, responsif  dan sentiasa berusaha menjaga kebajikan masyarakat seluruh negara yang  semestinya akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri yang sehaluan  dengannya.
Jeffrey pula berkata, rakyat Sabah perlu menggunakan peluang kedua yang ada kini untuk membuat penilaian terbaik.
“Kerajaan ini yang kita telah cuba 2 tahun, kita nampak bukan sahaja  tiada pembangunan, tetapi mereka tak ada hala tuju dan perancangan.
“Jadi, kerajaan Warisan ini perlu diganti semula, kita tak mahu,  hanya ubah balik, tak mahu undur balik kita mahu maju ke hadapan.
“Maka rakyat mesti bersatu, bekerjasama dan pastikan kerajaan ada  sekarang digantikan kerajaan prihatin yang juga dipimpin Muhyiddin  Yassin,” katanya.
PRN pada Sabtu ini yang menawarkan 73 kerusi DUN ditandingi 447 calon  daripada 15 parti akan menyaksikan seramai 1,088,711 orang rakyat Sabah  layak mengundi.
#Sumber :  FMT   
MR :   Nampak serangan Anwar tak berjaya gugat GRS 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/09/grs-cipta-sejarah-himpun-semua-pimpinan.html