Grand Coalition Dibantutkan Oleh Mahathir




Ketidakpastian berhubung Dr Mahathir Mohamad mungkin akan menangguhkan perbincangan dalam kalangan pembangkang mengenai penubuhan sebuah gabungan besar untuk mengambil alih kuasa selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata seorang penganalisis.
Sumber dalaman politik berkata, pemimpin parti Pejuang yang diketuai Mahathir, berserta Amanah, DAP, Warisan dan Muda, kini menimbangkan pro dan kontra sebuah gabungan baru.
DAP masih tidak pasti sama ada ia mahu dikaitkan dengan Pejuang yang dipimpin oleh Mahathir atau kekal dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Gabungan DAP dengan Mahathir mungkin meminggirkan ramai pengundi Cina, kata sumber dalaman DAP.

“Mereka yang berusia 60 tahun ke atas mungkin masih memilih DAP, tetapi pengundi berusia 50 tahun ke bawah mungkin tidak menyokong langkah itu,” katanya kepada FMT.
“Sekiranya mereka kekal bersama PKR di bawah Anwar, orang Cina akan memberi sokongan kerana mereka tidak mempunyai masalah dengan parti itu,” katanya.
Beliau berkata, orang muda kecewa dengan tindakan Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020, dan ramai yang percaya undi mereka tidak dihormati.
Beliau berkata, bagi Amanah pula, parti itu masih berpecah dengan beberapa pemimpin menyokong Mahathir dan selebihnya menyokong Anwar.
“Sekiranya Amanah membenarkan Pejuang menggunakan logo mereka, parti itu tahu bahawa ia hanya akan berjaya sekiranya parti lain turut menyertai gabungan tersebut.”
Pejuang, yang mempunyai empat Ahli Parlimen dan gagal didaftarkan sebagai parti politik baru-baru ini berkata, pihaknya mungkin akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan menggunakan logo Amanah.
Timbalan presiden protem Pejuang, Marzuki Yahya mengesahkan perkara itu.
Pemimpin Amanah juga mengesahkan idea itu dikemukakan, tetapi belum ada perbincangan rasmi mengenai perkara tersebut.
Sumber itu berkata, Warisan akan mengikut Mahathir.
“Mereka akan menyokong Mahathir dalam PRU15 dan bagi Muda, mereka menggesanya,” katanya kerana Muda dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dianggap sebagai “anak emas” Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Gabungan besar sepatutnya terdiri daripada PKR, Umno, DAP, GPS
Penganalisis politik Awang Azman Pawi berkata, empat parti politik dengan penyokong akar umbi terkuat adalah PKR, Umno, DAP, dan GPS.
“Mereka mempunyai pengalaman dan sokongan akar umbi. Mereka juga tahu bagaimana untuk mengendalikan akar umbi mereka,” tambahnya.
Beliau berkata, sekiranya keempat-empat parti itu membentuk sebuah gabungan besar, mereka dapat menawan Putrajaya dengan mudah, dan parti “lebih kecil atau parti nyamuk” akan terkubur.
Awang Azman juga berkata, selain Mahathir, tiada jaminan Pejuang akan memenangi sebarang kerusi pada PRU akan datang kerana parti itu masih baharu.
Bagi DAP, sebilangan ahlinya yang berterima kasih kepada Mahathir kerana memberikan jawatan Kabinet mungkin akan terus menyokongnya, tetapi parti itu mungkin tidak mendapat sokongan pengundi Cina. v Berhubung penggunaan logo Amanah, beliau berkata, strategi itu mungkin gagal kerana parti itu masih kekurangan ahli akar umbi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/grand-coalition-dibantutkan-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Grand Coalition Sebenar Cuba Dibantutkan Dengan Grand Collusion Oleh Ot95

Grand Coalition Sebenar Cuba Dibantutkan Dengan Grand Collusion Oleh Ot95

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 236 hits
1 PERCUBAAN menghalang Grand COALITION Sebenar antara UMNO PKR DAP ini telah saya sebut sejak November Disember 2020 Saya menulis lagi mengenainya pada 24 Disember 2020 2 Sebelum itu berkali kali saya tulis bahawa K3 PANDAP hanya membawa su...
Dap Pkr Umno Grand Coalition Only After Ge15 Says Guan Eng

Dap Pkr Umno Grand Coalition Only After Ge15 Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 263 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng said it would be better for a grand coalition to be forged after the next general election due to the current political uncertainty The situation is very fluid In such times it is better to first look at t...
Kabur Soal Calon Pm Rencatkan Grand Coalition

Kabur Soal Calon Pm Rencatkan Grand Coalition

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 154 hits
MOHD ARIF JUHANISehingga enam negeri dikenakan semula Perintah Kawalan Pergerakan bermula 13 hingga 26 Januari manakala darurat pula telah diperkenan untuk dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan Pakatan Harapan masih juga belum berjaya mematahk...
Ingatkan Mahathir Yang Dapat Anwar No 26 Dunia

Ingatkan Mahathir Yang Dapat Anwar No 26 Dunia

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 199 hits
RINA HAMZAHIngatkan madeylah yang dapattttt Al maklumlah madeykan pernah kata DSAI ni liberal Dia tahu tak maksud liberal tu Anak anak DSAI Tak ada pula berniaga meniaga arak macam anak kutty betul tak Aurat anak anak perempuan tutup isteri...
Mahathir Manusia Yang Tak Boleh Dibuat Kawan

Mahathir Manusia Yang Tak Boleh Dibuat Kawan

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 170 hits
Rasanya tidak perlu ditulis lebih lanjut lagi tentang pelbagai pendedahan mengejutkan oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas berkenaan Tun Mahathir Mohamad dalam bukunya yang baru diterbitkan Justice In The Wilderness Daripada tindakan melet...
Tommy Thomas Says Nurul Izzah Expressed Family S Distrust Of Dr Mahathir In 2016

Tommy Thomas Says Nurul Izzah Expressed Family S Distrust Of Dr Mahathir In 2016

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 394 hits
Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar had related to Tan Sri Tommy Thomas in a 2016 meeting that her family no longer trusted Tun Dr Mahathir Mohamad according to a reported excerpt from the former attorney general s new book The report by Th...
Selepas Dipukul Semua Dan Terbaru Dipukul Thomas Mahathir Sudah Tidak Relevan

Selepas Dipukul Semua Dan Terbaru Dipukul Thomas Mahathir Sudah Tidak Relevan

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 262 hits
Anwar dan Najib sepatutnya tidak punya APA halangan lagi untuk lepas BEBAS dan menjadi PM Lakukan segera sebelum Mahathir dapat peluang bangkit semula
Bagaimana Dengan Keputusan Mendakwa Musuh Politik Mahathir Kenapa Tak Tulis Soal Najib Kepada Tommy Thomas

Bagaimana Dengan Keputusan Mendakwa Musuh Politik Mahathir Kenapa Tak Tulis Soal Najib Kepada Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 374 hits
Najib Razak mempersoalkan adakah Dr Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam urusan Peguam Negara dan perundangan Najib berkata demikian selepas pendedahan bekas peguam negara Tommy Thomas dalam bukunya My Story Justice in the Wilderness ...
Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah

Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 284 hits
Dr Mahathir pernah berkata wanita juga mampu menjadi Perdana Menteri di negara ini suatu hari nanti Malah penuntut wanita adalah bilangan terbesar di universiti dan mereka juga mengambil bahagian dalam setiap kegiatan di sana malah ada yang...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned