Grand Coalition Sebenar Cuba Dibantutkan Dengan Grand Collusion Oleh Ot95


 






1) PERCUBAAN menghalang "Grand COALITION" Sebenar (GSC) antara UMNO-PKR-DAP ini telah saya sebut sejak November - Disember 2020. Saya menulis lagi mengenainya pada 24 Disember 2020.

2) Sebelum itu berkali-kali saya tulis bahawa #K3 PANDAP hanya membawa suara OT95 a.k.a AtukSAKATua untuk hijack PH melalui "Grand COLLUSION" sebuah pakatan JAHAT dan CURANG..!!

3) GCS ini sebenarnya lebih awal pernah disebut sebagai kerjasama PH+UMNO oleh Sdr. Shahbudin Husin seawal 15 OKTOBER 2020..!!. Sila browse Youtube tonton PVC TV Program "Apa Kata Dahlan" (AKD) bertajuk 𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝑹𝑬𝑨𝑳𝑰𝑻𝑰 - AKD EP01. Lihat pada minit ke 25:00. Link : https://www.youtube.com/watch?v=SNosrWUKO3E&t=2180s

4) Oleh itu, bila membaca artikel di bawah with all due respect to the penganalisis politik Awang Azman Pawi, dia sebenarnya dah ketinggalan LRT. Saya sudah menulis tentang ini sejak tahun lepas dan menulis lagi pada 24 December 2020 seperti di bawah. Tak apa lah.."Better late than Never"...mungkin dia sibuk menganalisa dan mengkaji sehingga terlewat sebulan utk sedar. Husnuzdon....

5) JIKA kita masih ingat, pada awal Januari 2021 DS Dr. Mujahid Yusof Rawa juga mula bercakap pasal kerjasama ini. Beliau mahukan Penyokong PH dan UMNO faham betul-betul apa yg beliau cuba sampaikan. Takkan kita nak kata Sdr Shahbudin Husin dan DrMYR jugak lapaqkan UMNO?

6) Puak #K3 PANDAP yg acah2 berprinsip memang awal2 tolak kerjasama "Kluster Mahkamah UMNO". Tapi dalam satu program Jom Channel, Lid kata Amanah bersedia berbincang dgn UMNO jika diperlukan. Yg heran tu sampai ke hari ni UMNO tak perlu pun nak berbincang dgn Amanah. Musykil dan kesian.

7) Ironinya...bila saya membawa cerita benar "Grand Coalition" UMNO-PKR-DAP, ada di kalangan penyokong PH sendiri yg mengejek-ngejek, memperlekehkan, maki hamun saya malah mengKEPALA BAPAKkan apa yg saya sampaikan. Saya dicerca dan dituduh lapaq UMNO....Saya turut dituduh menjaja "Fake News" dan "Naratif Palsu"......Walhal saya hanya menyokong agenda, usaha mengubah LANSKAP POLITIK MALAYSIA demi menyelamatkan Rakyat serta Negara daripada terus tenggelam dgn politik benci, permusuhan, perseteruan yg tajam, caca merba serta tidak stabil. Lagipun saya melihat PA$ dan DAP yg dilihat mustahil akan bekerjasama pernah disatukan dlm satu koalisi oleh DSAI. So, apa yg mustahil??

8) Usaha Politik KONSOLIDASI ini dikatakan telah dimulakan sejak Ramadhan tahun lepas yg ramai tidak tahu. Meskipun saya sendiri skeptikal pada awalnya tapi saya bersetuju supaya PKR dan DAP "explore" wilayah yg belum diterokai. Ini pernah disebut oleh YB Ronnie Liu dalam kes pembentukan Kerajaan Negeri Perak.

9) Jika kita memahami semangat dan kekuatan REFORM, kita harus faham bahawa KITA MUNGKIN akan tiba pada satu persimpangan di mana kita harus korbankan perasan dan kehendak hati demi matlamat yg lebih besar buat rakyat dan negara. Maksudnya walau secara peribadi kita tidak suka, tapi ia perlu disokong demi KEMASLAHAN rakyat dan negara.

10) Skrg ni penganalisis politik pun berkata begitu dan bercakap mengenainya, mungkin baru pakat nak percaya kot? JUJURnya saya tidak pasti Politik Konsolidasi ini mampu menghasilkan kerjasama itu atau tidak, tetapi pada saya, "IT WORTH A TRY" atau Rakyat dan Negara ini akan terperangkap dgn KERAT yg "KleptoCRAZY" dan "CuriTokrasi".

10) KINI...Rakyat terus dibebani dgn Darurat, PKP, kos sara hidup, hilang pendapatan, ekonomi pandemik dan ancaman nyawa oleh COVID-19. Doakan ada sinar buat Rakyat Malaysia.

Wallahualam.

- Zus Din

30 Januari 2021

***************************************

Mahathir bantut rancangan ‘gabungan besar’ pembangkang.

Minderjeet Kaur

January 29, 2021

Pemimpin DAP dilaporkan tidak pasti sama ada akan menyokong Dr Mahathir Mohamad atau kekal dengan Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Ketidakpastian berhubung Dr Mahathir Mohamad mungkin akan menangguhkan perbincangan dalam kalangan pembangkang mengenai penubuhan sebuah gabungan besar untuk mengambil alih kuasa selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata seorang penganalisis.

Sumber dalaman politik berkata, pemimpin parti Pejuang yang diketuai Mahathir, berserta Amanah, DAP, Warisan dan Muda, kini menimbangkan pro dan kontra sebuah gabungan baru.

DAP masih tidak pasti sama ada ia mahu dikaitkan dengan Pejuang yang dipimpin oleh Mahathir atau kekal dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Gabungan DAP dengan Mahathir mungkin meminggirkan ramai pengundi Cina, kata sumber dalaman DAP.

“Mereka yang berusia 60 tahun ke atas mungkin masih memilih DAP, tetapi pengundi berusia 50 tahun ke bawah mungkin tidak menyokong langkah itu,” katanya kepada FMT.

“Sekiranya mereka kekal bersama PKR di bawah Anwar, orang Cina akan memberi sokongan kerana mereka tidak mempunyai masalah dengan parti itu,” katanya.

Beliau berkata, orang muda kecewa dengan tindakan Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020, dan ramai yang percaya undi mereka tidak dihormati.

Beliau berkata, bagi Amanah pula, parti itu masih berpecah dengan beberapa pemimpin menyokong Mahathir dan selebihnya menyokong Anwar.

“Sekiranya Amanah membenarkan Pejuang menggunakan logo mereka, parti itu tahu bahawa ia hanya akan berjaya sekiranya parti lain turut menyertai gabungan tersebut.”

Pejuang, yang mempunyai empat Ahli Parlimen dan gagal didaftarkan sebagai parti politik baru-baru ini berkata, pihaknya mungkin akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan menggunakan logo Amanah.

Timbalan presiden protem Pejuang, Marzuki Yahya mengesahkan perkara itu.

Pemimpin Amanah juga mengesahkan idea itu dikemukakan, tetapi belum ada perbincangan rasmi mengenai perkara tersebut.

Sumber itu berkata, Warisan akan mengikut Mahathir.

“Mereka akan menyokong Mahathir dalam PRU15 dan bagi Muda, mereka menggesanya,” katanya kerana Muda dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dianggap sebagai “anak emas” Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Gabungan besar sepatutnya terdiri daripada PKR, Umno, DAP, GPS

Penganalisis politik Awang Azman Pawi berkata, empat parti politik dengan penyokong akar umbi terkuat adalah PKR, Umno, DAP, dan GPS.

“Mereka mempunyai pengalaman dan sokongan akar umbi. Mereka juga tahu bagaimana untuk mengendalikan akar umbi mereka,” tambahnya.

Beliau berkata, sekiranya keempat-empat parti itu membentuk sebuah gabungan besar, mereka dapat menawan Putrajaya dengan mudah, dan parti “lebih kecil atau parti nyamuk” akan terkubur.

Awang Azman juga berkata, selain Mahathir, tiada jaminan Pejuang akan memenangi sebarang kerusi pada PRU akan datang kerana parti itu masih baharu.

Bagi DAP, sebilangan ahlinya yang berterima kasih kepada Mahathir kerana memberikan jawatan Kabinet mungkin akan terus menyokongnya, tetapi parti itu mungkin tidak mendapat sokongan pengundi Cina.

Berhubung penggunaan logo Amanah, beliau berkata, strategi itu mungkin gagal kerana parti itu masih kekurangan ahli akar umbi.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/grand-coalition-sebenar-gsc-cuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Grand Coalition Dibantutkan Oleh Mahathir

Grand Coalition Dibantutkan Oleh Mahathir

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 251 hits
Ketidakpastian berhubung Dr Mahathir Mohamad mungkin akan menangguhkan perbincangan dalam kalangan pembangkang mengenai penubuhan sebuah gabungan besar untuk mengambil alih kuasa selepas pilihan raya umum akan datang kata seorang penganalis...
Dap Pkr Umno Grand Coalition Only After Ge15 Says Guan Eng

Dap Pkr Umno Grand Coalition Only After Ge15 Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 241 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng said it would be better for a grand coalition to be forged after the next general election due to the current political uncertainty The situation is very fluid In such times it is better to first look at t...
Kabur Soal Calon Pm Rencatkan Grand Coalition

Kabur Soal Calon Pm Rencatkan Grand Coalition

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 139 hits
MOHD ARIF JUHANISehingga enam negeri dikenakan semula Perintah Kawalan Pergerakan bermula 13 hingga 26 Januari manakala darurat pula telah diperkenan untuk dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan Pakatan Harapan masih juga belum berjaya mematahk...
Kenaikkan Harga Kerajaan Akan Menyiasat Wujud Elemen Pencatutan Oleh Penjual Peranti Elektronik Atau Tidak

Kenaikkan Harga Kerajaan Akan Menyiasat Wujud Elemen Pencatutan Oleh Penjual Peranti Elektronik Atau Tidak

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 197 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kini mengatakan mereka akan menyiasat sama ada wujud elemen pencatutan atau tidak oleh penjual peranti elektronik Hal ini adalah berikutan kenaikan harga barangan elektronik pada m...
Keluarga Angkat Akur Jenazah Mangsa Dera Dituntut Oleh Keluarga Kandung Ibunya

Keluarga Angkat Akur Jenazah Mangsa Dera Dituntut Oleh Keluarga Kandung Ibunya

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 287 hits
Keluarga angkat akur jenazah mangsa dera dituntut oleh keluarga kandung ibunyaJenazah kanak kanak yang maut dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya pada Jumaat lalu akan dituntut oleh keluarga ibu kandungny...
Buku Agama Dirampas Dan Dibakar Oleh Komunis China Penganut Pula Dihukum Penjara

Buku Agama Dirampas Dan Dibakar Oleh Komunis China Penganut Pula Dihukum Penjara

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 202 hits
Bertahun tahun yang lalu kengerian pembunuhan secara beramai ramai telah membuka jalan bagi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Namun hak asasi kita untuk bebas mengamalkan agama atau kepercayaan masih diinjak injak oleh rejim totalitarian ...
4 Perkara Di Sebalik Pendedahan Penuh Kontroversi Kontrak Messi Oleh El Mundo

4 Perkara Di Sebalik Pendedahan Penuh Kontroversi Kontrak Messi Oleh El Mundo

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 234 hits
Barcelona semalam berkata akan mengambil tindakan undang undang terhadap akhbar Sepanyol El Mundo selepas penerbitan syarikat itu mendedahkan butiran kontrak Lionel Messi bersama kelab itu pada Ahad lalu Akhbar tersebut mendakwa butiran ter...
12 Cara Didik Anak Perkongsian Oleh Pakar Motivasi

12 Cara Didik Anak Perkongsian Oleh Pakar Motivasi

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 318 hits
Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak Tiada istilah cara kau salah cara aku betul Kerana setiap anak mempunyai peel dan sifat
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage