Alhamdulillah, dapat masuk bilik kira-kira pukul 2.30 petang. Inilah bilik penginapan kami untuk satu malam. Luas dan nampak bersih. Tapi semasa masuk bilik, saya terbau macam hapak. Mungkin disebabkan bau karpet dan perabot usang. Tilam & bantalnya pula empuk, selesa tidur
Bilik airnya pula agak kurang selesa bagi saya. Selain disebabkan sudah usang - mangkuk tandas dengan tompok kekuningan, ruangan ini nampak macam tak dibersihkan dengan baik - masih ‘berdaki’ di tempat tertentu
Kemudahan yang terdapat di bilik
Terasa ‘zaman dulu’ sungguh bila jumpa suis & tombol di meja begini 😁. Alat pendingin hawa cuma boleh dilaras - Off/Lo/Mid/Hi dengan cara menekan tombol hitam. Tak ada plug di tepi katil, cuma ada satu di meja panjang serba guna. Tak jadi masalah bagi saya sebab sentiasa bawa 3-way multi-adaptor Cosway sewaktu bermusafir, boleh guna 3 plug dalam satu masa
Pemandangan dari jendela bilik kami di aras 6. Ada kolam renang besar dan kecil (tak kelihatan di foto)
Baca brosur hotel, barulah tahu bahawa surau hotel mereka merupakan surau hotel pertama di Malaysia yang mendapat kebenaran untuk solat Jumaat oleh pihak berkuasa. Bukan mudah ya sebuah surau di hotel nak dapat kebenaran begini, ada kriteria tertentu
Di dalam lif, terpapar info aktiviti & program sepanjang bulan Ramadan. Alhamdulillah…memang terbaik! Agak sayang juga pada malam kami menginap di sini, kami tak berkesempatan ikut berjemaah solat tarawih di surau hotel. Encik suami balik kerja lewat, jadinya sekitar pukul 8 lebih barulah kami sempat keluar makan dengan berjalan kaki di kedai makan berhampiran.
Pinggan hidangan sahur saya.Pakej penginapan kami termasuk makan sahur. Sahur bermula pukul 2 pagi sehingga 5 pagi. Dah biasa di rumah bangun sahur sekitar pukul 5.10 pagi, jadinya memang berat mata sungguh bila nak kena bangun pukul 3.30 pagi untuk bersiap turun bersahur. Nak sahur dekat pukul 5 pagi, bimbang habis pula makanan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |