Gopeng Saji Tempat Eco Pelancong Yang Sangat Ohsem


​Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Cuti sekolah dah mula, dah ada ke plan nak bawa anak jalan² ke mana? Tak kan hanya jalan² kat shopping mall kot, bosan lah korang ni


Malaysia ni banyak tempat yang sangat ohsem korang boleh pergi sama ada di bandar mahupun desa. Lagi² sempena tahun melawat Malaysia 2020

Kalau aku, aku suka  bercuti ke kawasan luar bandar dimana aku boleh nikmati keindahan alam semula jadi

Cakap pasal alam semula jadi, di semenanjung Malaysia terdapat banyak pilihan tempat yang korang boleh pergi. contohnya Gopeng, Perak

Baru² ni aku dijemput oleh Tourism Perak dengan Kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Utara untuk terokai hidden gem di Gopeng sempena Geopark Lembah Kinta Festival

Gopeng, Daerah yang terletak di Negeri Perak, ada apa kat situ? Itu yang nak bagi tahu ni, kat Gopeng macam² aktiviti korang boleh buat untuk yang sukakan suasana indah alam semula jadi

Disini aku senaraikan tempat yang bagi aku sangat ohsem yang korang boleh buat untuk rasai Eco Pelancongan di Gopeng

1. Gopeng Glamping Park dan Gua Kandu





Gopeng Glamping Park, satu tempat dimana korang boleh nikmati suasana berkhemah yang sangat seronok didalam suasana hutan dan berasa selesa seperti berada kat rumah



Kat sini korang akan rasa sangat tenang dari kesibukan kota, khemah yang disediakan sangat selesa dan uniq dimana korang akan rasa dekat dengan alam semula jadi

Korang yang berkeluarga besar tidak akan hadapi masalah sebab dalam satu khemah disediakan 2 unit tilam saiz queen dan yang best nya bilik air dan tandas dia luas





Kat sini jugak korang yang nak buat team building pun boleh. Dekelilingin hutan dan sungai yang sangat menyegarkan


Bab makanan kat sini dia punya makanan sangat terbaik, serius aku cakap korang tak kan kecewa sebab Pemilik tempat ni merangkap Chef disini berpengalaman sebagai chef di Hotel sebelum dia tubuhkan tempat ni, ohsem kan




Aktiviti yang korang boleh buat kat sini seperti Terokai Gua Kandu yang hanya berdekatan, korang akan dibawa menaiki lori untuk ke Gua Kandu dan bagi aku sangat seronok



Aktiviti caving di Gua Kandu makan masa hanya dalam 1jam45minit






Pada waktu malam korang akan dihiburkan dengan pertunjukan api oleh anak² tempatan yang sangat berbakat 




Pada yang suka santai, disediakan juga unggun api untuk korang lepak² borak², nyanyi² sambil bakar marshmallow (beli sendiri) hahaha. 




Satu benda yang aku perasan yang boleh pihak Gopeng Glamping Park usahakan ialah buat satu tempat untuk "stargazing" sebab kat sini pada waktu malam bintang kelihatan sangat cantik

Untuk tempahan dan maklumat lanjut korang boleh rujuk butiran berikut
Gopeng Glamping Park10846, Jalan Besar Kampung Chulek, 31600, Gopeng, Perak, MY.Email : [email protected]: +6013 204 8857

Instagram

Facebook

Web


2. Ulu River Lodge (White Water Rafting and Waterfall Abseiling by Riverbug Malaysia)




Terletak agak jauh dari pusat bandar, Ulu Kinta River Lodge menawarkan suasana penginapan yang sangat tenang sambil dihiburkan oleh bunyi aliran sungai yang menenangkan





Kat sini korang boleh pilih untuk bermalam didalam rumah ikut kapasiti jumlah bilangan korang, sama ada 4, 8 mahupun 10 orang, dan dalam setiap dorm@rumah disediakan katil dua tingkat dan juga bilik air

Aktiviti yang ditawarkan kat sini sangat² ohsem iaitu white water rafting dengan waterfall Abseiling

Dikendalikan oleh Riverbug Malaysia, semua kakitangan sangat mahir lakukan tugasan mereka



White Water Rafting
Untuk White water rafting, korang akan dibawa menaiki lori dari Ulu Kinta River lodge dan makan masa dalam 40min untuk ke destinasi, seusai  sampai korang akan diberikan kelengkapan seperti topi keledar keselamatan, lifd jacket, dan pendayung mengikut keselesaan masing²





Korang akan diberikan talimat keselamatan dan arahan²  bagi kelancaran aktiviti. Untuk memastikan aktiviti berjalan dengan selamat, demonstrasi aktiviti juga dilakukan, dan tentang perkara yang harus dilakukan ketika boat terbalik supaya semua peserta selamat



Setiap satu boat akan ada 5 orang termasuk 1 guide yang akan kawal dan jaga korang sepanjang aktiviti berlangsung

Korang akan bekerjasama memikul boat ke sungai, dan disitu korang akan diberi arahan dan cara² untuk sepanjang aktiviti berlangsung





Korang akan menyusuri sungai yang beraliran agak deras (tertakluk pada cuaca semasa) dan pada masa tu Alhamdulillah cuaca samgat baik

Akan ada checkpoint dimana korang diberikan masa untuk berehat, Guide akan sentiasa memberikan arahan untuk korang kemudi boat sama ada kedepan, kebelakang, lompat dan duduk




Aktiviti ni tak lengkap tanpa aksi boat terbaik, dan pada masa tu kami punya Guide sangat bersungguh untuk jatuhkan boat, setelah cubaan yang ke-empat akhirnya helah dia berjaya menterbalikkan boat

Aktiviti yang sangat seronok dan agak Ekstrem bagi aku, sesuai untuk yang ingin latih diri terhadap water confident, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar

Waterfall Abseiling
Pada sebelah petang korang akan dibawa untuk melakukan aktiviti waterfall abseiling, sama seperti water rafting korang akan dibawa menaiki lory dan makan masa lebih kurang 30 minit




Setiba sampai ditempat air terjun korang akan diberikan taklimat keselamatan dan arahan bagaimana untuk korang lakukan aktiviti waterfall abseiling ni






Setiap seoarang akan diberikan abah- abah keselamatan (safety harness) dan topi keledar keselamatan. 
Pastikan semuanya dipakai dengan baik, korang kena panjat dalam 5minit untuk ke puncak air terjun, dan disitu korang akan berjumpa petugas aktiviti dan akan siapkan korang untuk turun lakukan





Seusai lakukan waterfall abseiling korang boleh mandi manda, serius aku cakap air terjun dia sejuk.. awesome sangat





Keyakinan dan keberanian sangat diperlukan untuk lakukan aktiviti ni, bagi aku ianya sangat seronok dan mampu kuatkan keyakinan diri

Untuk Tempahan dan Maklumat Lanjut

Untuk kelancaran aktiviti korang disarankan tempah dalam masa 3 hari awal

PERAK  (Ulu River Lodge)Tel:  +6 012 313 1006 (24/7)
Kampar, Perak Office19-C, 1st FloorJalan Kg. Rawa31600 GopengPerak Darul Ridzuan
FOR FAST AND QUICK ASSISTANCE (PERAK SIDE)Call: +6 012 313 1006

Instagram 

Facebook

3. Taman Rekreasi Gunung Lang


Terletak berhampiran dengan bandar Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan satu tempat yang sesuai untuk korang bawa famili untuk santai² petang² sambil menikmati pamandangan indah Tasik dan Gunung Lang



Korang akan dibawa menaiki boat untuk ke Taman tersebut, disana korang boleh jalan² sambil rehat² nikmati suasana damai






Korang boleh juga bagi makan ikan yang terdapat kat Tasik, makanan ikan boleh dibeli sebelum menaiki boat.

Bagi aku Taman Rekreasi Gunung Lang ni boleh ditambah baik untuk lebih menarik pengunjung datang, seperti adakan paddle boat, basikal untuk kanak².

Walaubagaimanapun ia merupakan satu tempat yang cantik dan tenang, korang yang tak tau nak buat apa kat Ipoh tu boleh lah datang sini

Alamat : Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh, Perak, Malaysia.Nombor Telefon : 019-509 0196Waktu Operasi : 8.30amHarga Naik Boat : RM3




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://fareezvanfillers.blogspot.com/2019/11/gopeng-saji-tempat-eco-pelancong-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia Dan Sangat Pedas

Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia Dan Sangat Pedas

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 1208 hits
Hai guys dah lama rasanya tak update pasal makanan kat sini So kali ini ada tempat makan baru kat Bangi iaitu Kotak Ya Kotak Pelikkan macam dah takde nama lain kotak yang dorang pilih Tak sure kanapa cafe ini pilih nama kotak sebagai nama k...
Sedih Sangat Sebab Terbayang Kalau Ayah Kita Kat Tempat Pakcik Tu

Sedih Sangat Sebab Terbayang Kalau Ayah Kita Kat Tempat Pakcik Tu

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 406 hits
Hati mana yang tidak tersentuh tatkala melihat seorang lelaki berusia masih mengerah tenaga untuk mencari rezeki halal demi sesuap nasi Disaat kita alpa dengan kemewahan yang ada masih ada insan yang sedang berjuang untuk mencari rezeki di ...
Confirm Hamil Elak Kopi 12 Minggu Pertama Jangan Ikut Sangat Rasa Tekak Tu

Confirm Hamil Elak Kopi 12 Minggu Pertama Jangan Ikut Sangat Rasa Tekak Tu

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 385 hits
Tabiat minum kopi memang sesuatu yang sukar dielakkan terutamanya jika seseorang itu hantu kopi Rasa seperti tidak lengkap jika tidak menikmati minuman beraroma itu dalam sehari Apabila seseorang wanita hamil dan kebetulan pula dia penggema...
Di Kelantan Barang Dalam Kain Sangat Laku Di Musim Tengkujuh

Di Kelantan Barang Dalam Kain Sangat Laku Di Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 992 hits
Setiap kali tibanya musim tengkujuh masyarakat di negeri Kelantan tidak akan terlepas untuk mendapatkan barang dalam kain yang menjadi fenomena tahunan Barang dalam kain lazimnya muncul semasa musim tengkujuh kerana ia merupakan benda yang ...
Sayur Yang Paling Aku Suka Peria Pahit Tapi Sangat Berkhasiat

Sayur Yang Paling Aku Suka Peria Pahit Tapi Sangat Berkhasiat

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 389 hits
Rasa peria memang pahit menyebabkan tidak ramai yang menggemarinya Tetapi inilah sayur paling aku suka Kata orang tua pahit itu elok pahit itu ubat dan sememangnya peria banyak khasiatnya malah boleh dijadikan hidangan enak jika kena cara m...
Kerajaan Pahang Mahu Laksanakan Cukai Katil Untuk Pelancong Yang Menginap Di Hotel Mulai 2020

Kerajaan Pahang Mahu Laksanakan Cukai Katil Untuk Pelancong Yang Menginap Di Hotel Mulai 2020

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 531 hits
Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan parti Barisan Nasional dilaporkan akan mengenakan kutipan cukai kerajaan tempatan bagi perkhidmatan penginapan seperti bilik atau katil pada tahun hadapan Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Perladan...
Betul Ke Harga Vivo S1 Pro Sangat Murah Dan Berbaloi Untuk Dibeli

Betul Ke Harga Vivo S1 Pro Sangat Murah Dan Berbaloi Untuk Dibeli

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1520 hits
Apa yang menarik dengan Vivo S1 Pro Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan Vivo S1 Pro yang baru dilancarkan pada 3 Disember yang lepas Smartphone Vivo S1 Pro ini mempunyai kamera yang unik dan beber...
5 Lokasi Tumpuan Pelancong Di Tokyo Yang Menyediakan Ruang Solat

5 Lokasi Tumpuan Pelancong Di Tokyo Yang Menyediakan Ruang Solat

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 586 hits
Apabila kita sedang mengembara di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam antara kekangan yang sering dihadapi adalah mencari tempat untuk menunaikan solat Sememangnya agak sukar untuk kita menemui masjid masjid atau surau sur...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tangan Dan Kaki Kebas

Patong Bay Residence Phuket

Ular Sawa 100 Kilogram Ceroboh Asrama Perempuan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong