Gombak Sentimen Terhadap Katak Mengaburi Kualiti Calon


 
Azmin Ali dan Amirudin Shari berdepan saingan lima penjuru dengan Megat Zulkarnain Omardin (BN), Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Putra) dan Zulkifli Ahmad (bebas) di Parlimen Gombak.PETALING JAYA: Baik Azmin Ali mahupun Amirudin Shari mungkin perlu ambil berat bahawa kualiti peribadi masing-masing sebagai ahli politik mungkin tidak besar maknanya bagi sesetengah pengundi Gombak, berdasarkan temubual dengan beberapa penduduk.
Beberapa pengundi akui tidak berpuas hati dengan Azmin kerana bertukar parti, selepas memenangi Parlimen Gombak sebagai calon PKR. Beliau kini bertanding atas tiket Perikatan Nasional.
Dalam masa sama, mereka akui tidak begitu kenal Amirudin, jaguh pilihan PH untuk merampas kerusi itu daripada Azmin, yang mempertahankan Gombak pada PRU 2008 (majoriti 6,867 undi), 2013 (4,734), dan 2018 (48,721 undi). Amirudin juga menteri besar Selangor.
PRU15 merupakan penampilan pertama Amirudin dalam perebutan kerusi Parlimen. Di Gombak, Amirudin jaguh di DUN Sungai Tua (dahulu dikenali sebagai DUN Batu Caves), dan mempertahankan kerusi itu pada PRU 2008 (3,639), 2013 (3,261), dan 2018 (11,374).
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“Sungguhpun saya tidak begitu kenal dia (Amirudin), tapi saya tengok imejnya lebih peramah dan mesra. Apa yang boleh saya kata, saya pasti tak akan mengundi Azmin lagi,” kata seorang pengundi, Teh Bee Woon, 75.
“Saya akan pertimbang undi PH, sungguhpun kurang tahu tentang calon parti itu, Amirudin. Saya pilih ini sebab saya percaya dengan pimpinan PH,” kata seorang peniaga, Yap Wei Xuan, 20.
Seorang peniaga berketurunan Melayu, yang hanya mahu dikenali sebagai Hozo, 21, masih belum buat keputusan antara Azmin atau Amirudin.
“Masih ragu-ragu lagi nak mengundi ke tidak. Saya pernah jumpa Azmin. Dia baik tapi selepas jadi menteri terus macam tak nampak. Sebelum ni dia dengar isu rakyat.”
Di atas kertas, Azmin dilihat mempunyai kelebihan berbanding Amirudin memandangkan beliau disokong akar umbi PAS yang kemungkinan besar akan terus menyokong pada PRU15.
Namun, Ketua Kampung Laksamana, Roszaidi Ishak, 50, memberitahu FMT sambutan kepada acara PN di Sungai Tua tidak sehangat diharapkan, meskipun majoriti penduduk di situ dikatakan penyokong PAS.
“Kempen-kempen PN yang diadakan di kawasan itu dilihat kurang sambutan.”
Penganalisis politik, Salawati Mat Basir daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, percaya kemenangan Azmin pada PRU lepas bukan kerana personaliti terhadap parti yang diwakilinya.
Persepsi dan maklumat daripada media sosial akan mendorong pilihan pengundi, tambahnya.
“Apabila kita (pengundi) mengundi calon tersebut (adalah) kerana kita mahu dia daripada parti yang kita percaya boleh membawa kemakmuran dan juga memberi yang terbaik kepada Malaysia. Jadi bila dia mengkhianati, ramai akan beranggapan ianya satu penipuan.
“Anak-anak muda sekarang juga tak mahu ‘katak politik’. Mereka mahu orang yang komited serta mampu membawa pembaharuan kepada negara,” katanya.
Turut perlu diperhatikan sama ada keputusan kerajaan Selangor meluluskan penyahwartaan 536.7 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara tahun lalu untuk pembangunan akan mempengaruhi pengundi Orang Asli, biarpun pelan pembangunan telah dihentikan dan kawasan itu diwartakan semula.
Azmin dan Amirudin berdepan saingan lima penjuru dengan Megat Zulkarnain Omardin (Barisan Nasional), Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Putra), dan Zulkifli Ahmad (bebas).
Pengundi di Parlimen Gombak mencecah 206,000 pengundi, berbanding 140,000 orang empat tahun lepas, dengan tambahan hampir 70,000 pengundi baharu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/11/gombak-sentimen-terhadap-katak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Obsesi Terhadap Budaya Kuantiti Sebagai Kualiti Yang Merosakkan Gaya Hidup

Obsesi Terhadap Budaya Kuantiti Sebagai Kualiti Yang Merosakkan Gaya Hidup

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 233 hits
Soalan pertama yang orang akan tanya apabila anda berniaga adalah berapa sales Atau apa saja soalan yang lebih kurang sama makna dengannya Berapa ramai pekerja berapa keuntungan berapa cawangan besar mana perniagaan Rumah kat mana berapa be...
Yang Penting Khidmat Calon Ph Bidas Sentimen Anak Tempatan Di Bagan Datuk

Yang Penting Khidmat Calon Ph Bidas Sentimen Anak Tempatan Di Bagan Datuk

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 263 hits
freemalaysiatoday com November 8 2022 6 24 PMShamsul Iskandar Md Akin berkata Ahmad Zahid Hamidi perlu membuka ruang kepada golongan muda untuk menerajui Bagan Datuk dan beliau perlu fokus kepada kes mahkamah dihadapinya BAGAN DATUK Calon P...
Kami Tak Kenal Calon Tapi Tetap Akan Pangkah Ph Kata Pengundi Gombak

Kami Tak Kenal Calon Tapi Tetap Akan Pangkah Ph Kata Pengundi Gombak

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 306 hits
Pengundi Gombak berbeza pandangan sama ada mahu mengekalkan Azmin Ali yang kini bersama PN sebagai Ahli Parlimen atau terus memilih PH GOMBAK Segelintir pengundi Parlimen Gombak mahu terus memberikan undi kepada Pakatan Harapan yang mencalo...
Azwan Ali Beri Sokongan Pada Calon Ph Selepas Umum Tarik Diri Bertanding Di Gombak

Azwan Ali Beri Sokongan Pada Calon Ph Selepas Umum Tarik Diri Bertanding Di Gombak

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 253 hits
AYHAN FERHATAzwan Ali adik Azmin Ali menyatakan sokongan kepada Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Amirudin Shari selepas beliau mengumumkan menarik diri bertanding di Gombak pagi ini Pengacara sensasi itu menarik diri daripada bertanding mer...
Calon Gugur 3

Calon Gugur 3

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 153 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Negara bermasalah kerana dasar Cash is King Najib 2 Jika diampun Najib akan pimpin UMNO dan jadi Perdana Menteri 3 Sebuah Malaysia akan ditadbir oleh bekas bekas perasuah pencuri penyalah guna kuasa 4 Fikirlah ...
Phahrolrazi Kekal Berkempen Sokong Calon Ph Walau Dipecat Amanah

Phahrolrazi Kekal Berkempen Sokong Calon Ph Walau Dipecat Amanah

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 164 hits
Phahrolrazi Mohd Zawawi meminta penyokongnya membantu jentera PH demi memastikan kemenangan calon gabungan itu tanpa ada dendam kepada mana mana pihak PETALING JAYA Bekas ketua Amanah Kedah Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dipecat pada 30 Okt k...
Calon Mp Tepis Menepis Macam Kartunlah Korang Ni

Calon Mp Tepis Menepis Macam Kartunlah Korang Ni

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 101 hits
Hari kelima kempen pilihan raya umum ke 15 menyaksikan pertembungan dua calon dari dua parti bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus ketika berkempen di Pasar Malam Serdang Kuala Terengganu sebentar tadi Calon Pakatan Harapan Shuhaimi H...
Universitas Gadjah Mada Kemukakan Bukti Calon Bn Pengkalan Chepa Sah Belum Lulus Pengajian Ijazah Palsu

Universitas Gadjah Mada Kemukakan Bukti Calon Bn Pengkalan Chepa Sah Belum Lulus Pengajian Ijazah Palsu

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 219 hits
NASUHA RAHMANUniversitas Gadjah Mada telah mengemukakan bukti bahawa calon BN Pengkalan Chepa Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin belum lulus pengajian dalam bidang perubatan kedoktoran dan sijil ijazah yang dimiliki beliau adalah palsu Renteta...
Calon Gugur 2

Calon Gugur 2

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 307 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Zahid berhadapan dengan didapati salah 2 Sebelum itu ia harap PRU 15 akan diadakan 3 Dan ia harap akan menang besar seperti yang dijelas oleh Zahid 4 Jika menang besar dan dia jadi PM maka kesnya akan digugur b...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank