Phahrolrazi Kekal Berkempen Sokong Calon Ph Walau Dipecat Amanah


 
Phahrolrazi Mohd Zawawi meminta penyokongnya membantu jentera PH demi memastikan kemenangan calon gabungan itu tanpa ada dendam kepada mana-mana pihak.PETALING JAYA: Bekas ketua Amanah Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi, yang dipecat pada 30 Okt kekal membantu kempen untuk Pakatan Harapan (PH), termasuk menyokong calon bekas partinya, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Phahrolrazi yang juga ADUN Alor Mengkudu, berkata beliau melakukan tindakan sedemikian atas kapasiti peribadi kerana mahu melihat gabungan itu menang, sekali gus mengangkat Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
“Saya kini tidak bergerak atas kapasiti mana-mana parti, sebaliknya bertindak secara peribadi. Saya yakin, masih memiliki kemampuan untuk membantu calon-calon PH menang di negeri ini.
“Impian saya mahu menyaksikan Anwar menjadi perdana menteri. Sebab itu, saya terus berkempen agar PH mencapai kemenangan di seluruh tanah air,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Menurut laporan itu, Phahrolrazi juga menyertai kempen calon PH di Alor Setar, Simon Ooi Tze Min sebelum ke Sik bagi membantu kempen calon PH di Parlimen itu, Latipah Md Yatim.
Pada 30 Okt, Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli mengumumkan pemecatan Phahrolrazi serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti, mengingkari keputusan parti dan melakukan perbuatan bertentangan dengan kepentingan parti.
Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Phahrolrazi mempertahankan keputusan sebulat suara Amanah negeri sebelum itu yang tidak bersetuju dengan langkah meletakkan calon DAP bertanding di Parlimen Jerai, pada PRU15.
Phahrolrazi ketika mengulas lanjut, berkata keputusan memboikot PRU15 dibuat sebulat suara oleh Amanah Kedah.
“Sekarang saya bukan lagi dalam Amanah, jadi saya terus bertindak atas kapasiti peribadi selaku penyokong PH,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini belum memikirkan sama ada mahu membuat rayuan kepada Amanah atau menyertai parti lain dalam komponen PH.
Katanya, berkata perkara itu hanya akan dipertimbang dan dibincangkan bersama para penyokongnya selepas PRU15.
“Ketika ini saya akan fokus membantu kemenangan calon PH. Penyokong saya juga diminta melakukan perkara sama iaitu memastikan kemenangan buat PH tanpa ada dendam kepada mana-mana pihak.
“Cumanya untuk mereka yang mengundi di Jerai, itu terpulanglah kepada budi bicara mereka untuk buat keputusan. Isu tersebut sensitif sikit tetapi di kawasan-kawasan lain, memang kami akan sokong PH termasuk dalam kalangan calon-calon Amanah,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/11/phahrolrazi-kekal-berkempen-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Jumlah Pengundi Baharu Mendadak Naik Calon Muda Amanah Harap Dapat Sokongan Besar

Ketika Jumlah Pengundi Baharu Mendadak Naik Calon Muda Amanah Harap Dapat Sokongan Besar

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 262 hits
Calon calon muda dalam AMANAH berharap pencalonan mereka akan membantu Pakatan Harapan mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum kali ini ekoran kenaikan mendadak jumlah pengundi baharu 8220 Dulu pengundi Behrang ni 22 000 sahaja...
Amanah Namakan 54 Calon Parlimen Adly Zahari Bertanding Di Alor Gajah

Amanah Namakan 54 Calon Parlimen Adly Zahari Bertanding Di Alor Gajah

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 289 hits
BORHAN AHMADPengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari akan bertanding di kerusi parlimen Alor Gajah Melaka kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh DAP dalam pilihan raya umum ke 15 ini Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon AMANAH Datuk S...
Ahli Pkr Seru Sokong Calon Bn Ada Ka Patit Atau Memang Kena Ajar Bagi Patut Sebab Kiblat Ke Atok Sangat Sangat

Ahli Pkr Seru Sokong Calon Bn Ada Ka Patit Atau Memang Kena Ajar Bagi Patut Sebab Kiblat Ke Atok Sangat Sangat

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 334 hits
Bukan ke mamat ni ada pegang jawatan dalam Keadilan Seru sokong calon Bn Siapa bangsat yang cadang dia pegang jawatan ni Berkempen agar pengundi sokong calon Bn dalam suasana perang PRU15 sekarang ini bukan satu kesalahan kecil Beliau wajib...
Letak Tepi Biarkan Dia Bertanding Kalau Dia Boleh Menang Lah Tak Leh Pakai Budak Ni Amanah Letak Calon Disitu

Letak Tepi Biarkan Dia Bertanding Kalau Dia Boleh Menang Lah Tak Leh Pakai Budak Ni Amanah Letak Calon Disitu

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 357 hits
Calon Muda dipersoal hantaran lama Twitter dedah sokong BNFMT Reporters October 30 2022 Hantaran Twitter Danial Abdul Majeed berserta gambarnya sebagai calon Muda untuk kerusi Parlimen Kepala Batas PETALING JAYA Pencalonan Danial Abdul Maje...
Pengerusi Amanah Kedah Dakwa Dipecat Selepas Enggan Serah Jerai Kepada Dap

Pengerusi Amanah Kedah Dakwa Dipecat Selepas Enggan Serah Jerai Kepada Dap

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 292 hits
Pengerusi Amanah Kedah dakwa dipecat selepas enggan serah Jerai kepada DAPDatuk Phahrolrazi Zawawi 85SharesBekas Pengerusi Amanah Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi mendakwa pemecatannya berpunca disebabkan keengganan menyerahkan kerusi Parlime...
Senarai Calon Pru15 Amanah Perak

Senarai Calon Pru15 Amanah Perak

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 256 hits
Mujahid kekal pertahan kerusi Ketua WARDA antara muka baharu dipertandingkan di Parlimen ParitSITI NUR ZAWANI MISCONParti Amanah Negara Perak selesai mengumumkan muka baharu dan senarai calon di semua 20 kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewa...
Saya Mahu Parti Yang Saya Sokong Menang Tapi Saya Tidak Mahu Calon Parti Lain Yang Berpotensi Hanyut Begitu Saja

Saya Mahu Parti Yang Saya Sokong Menang Tapi Saya Tidak Mahu Calon Parti Lain Yang Berpotensi Hanyut Begitu Saja

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 213 hits
Hari ini banyak pemimpin politik bercakap tentang politik matang Bagi saya politik tidak akan matang selagi kita tidak dapat melihatnya dalam pelbagai warna Buat masa ini masih banyak orang melihat politik sebagai hitam dan putih sokong ata...
Anwar Tak Timbul Konflik Pemimpin Amanah Jadi Calon Pkr

Anwar Tak Timbul Konflik Pemimpin Amanah Jadi Calon Pkr

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 283 hits
Mohamad FadliBANGI Tindakan memilih pemimpin Amanah bertanding atas kuota PKR pada pilihan raya umum ke 15 tidak menimbulkan konflik dalam Pakatan Harapan kata Pengerusi PH Anwar Ibrahim Beliau berkata pencalonan Nik Omar Nik Aziz dan Husam...
Pengerusi Amanah Kedah Dipecat

Pengerusi Amanah Kedah Dipecat

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 187 hits
freemalaysiatoday com October 30 2022 1 58 PMPhahrolrazi Zawawi dipecat Amanah didapati melanggar perlembagaan parti mengingkari keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti PETALING JAYA Pengerusi Aman...
Bomba Teruskan Operasi Padam Kebakaran Hutan Simpan Jalan Genting

Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Masak Ayam Paprik Tapi Rasa Macam Chef Thai Yang Buat Serius Padu

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Retaining Top Talent For Businesses

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Nilai Rm100 Kita Berbeza

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol