Golongan Terlarang Daripada Telaga Nabi Muhammad Saw



Salah satu perkara penting dalam akidah Islam mengikut neraca Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) ialah beriman dengan telaga yang dianugerahkan khusus kepada Nabi Muhammad SAW. Telaga ini merupakan jisim yang khusus, yang besar dan luas.
Umat Nabi Muhammad SAW akan mendatanginya setelah melalui titian sirat dalam keadaan haus. Menurut sebahagian ulama, mereka akan mendatanginya setelah keluar dari kubur.
Menurut riwayat dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Telagaku seluas perjalanan satu bulan. Kedua sisinya sama. Airnya lebih putih dari susu, baunya lebih wangi dari misik dan gayungnya lebih banyak dari bintang di langit. Barang siapa minum darinya seteguk sahaja, dia tidak akan lagi merasa haus selama-lamanya.
Salah seorang ulama sunnah bermazhab al-Syafie yang terkenal, Imam Abu Bakr Ahmad bin al-Husayn al-Bayhaqi (w. 458H) menafsirkan ayat al-Quran: Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) telaga bernama al-Kauthar. (al-Kauthar: 1) sebagai telaga yang dimaksudkan ini di dalam kitab akidah beliau berjudul al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabil al-Rashad (m/s: 273).
Namun, ada hadis sahih lainnya menjelaskan bahawa terdapat umat Nabi Muhammad SAW yang tidak akan dapat menikmati telaga ini.
Hadis itu adalah: Diperlihatkan di depanku beberapa orang dalam kalangan sahabatku. Namun ketika aku hendak mengambil air untuk mereka, mereka dijauhkan daripadaku. Maka aku bertanya:
‘Wahai Tuhan, mereka itu sahabatku.’ Lalu dikatakan kepadaku: ‘Engkau tidak tahu apakah yang mereka lakukan selepas engkau (meninggalkan mereka).
Menurut riwayat lain ada tambahan: Celakalah! Celakalah bagi orang yang mengganti (ajaranku) sesudahku. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Melalui redaksi hadis ini atau seumpamanya, datanglah anggapan bahawa orang yang tidak mengikuti hadis Rasulullah SAW (secara literal) dianggap tidak akan dapat menikmati telaga Rasulullah SAW.
Maka sebahagian mereka menuduh ulama-ulama yang bermazhab hari ini tidak cukup ‘murni’ mengikuti Rasulullah SAW. Sebabnya, mereka hanya mengikuti ulama mazhab bukan sunnah baginda SAW.
Kelompok yang suka menuduh ini sering dikenal sebagai kelompok al-Lamazhabi atau kelompok tidak bermazhab. Dalam kefahaman mereka hanya al-Quran dan hadis Rasulullah SAW sahih sahaja yang berhak diikuti. Bukan pendapat ulama mazhab seperti Hanafiah, Malikiah, Syafieiah dan Hanabilah.
Maka akhirnya menuduh orang yang beramal mengikut panduan bermazhab dalam kitab-kitab fikah bermazhab dianggap taklid buta, jumud bahkan ada yang menuduh sebagai ahli bidaah kerana masih berpegang dengan mazhab.
Hakikatnya, fitnah ini sangat keji. Jika dirujuk terperinci dalam uraian pendapat-pendapat ulama tentang hadis ini, mereka sebenarnya telah menjelaskan dengan mendalam.
Seorang ulama besar dalam ilmu hadis yang bermazhab Syafie; Imam al-Nawawi (w. 676H/1277M) pengarang Riyad al-Salihin terkenal menjelaskan ada perbezaan pendapat ulama maksud golongan yang tidak mendapatkan telaga ini:
1) Kaum munafik dan orang yang murtad, maka mereka mungkin sahaja datang dengan wajah bercahaya sebab pernah berwuduk.
Akan tetapi ketika akan diberi telaga tidak mendapatkannya kerana mereka telah menganti (ajarannya) setelah kewafatan baginda SAW, iaitu mereka tidak mati atas apa yang terzahir dari keislaman mereka.
2) Orang yang hidup di zaman Nabi SAW lalu murtad setelah kewafatan Nabi SAW.
Maka di akhirat Nabi SAW memanggil mereka walaupun tidak ada tanda wuduk berdasarkan apa yang baginda SAW tahu keislaman mereka ketika baginda masih hidup. Lalu dikhabarkan bahawa mereka telah murtad.
3) Kelompok yang melakukan maksiat dan dosa-dosa besar yang meninggal atas ketauhidan (Islam) dan kelompok ahli bidaah yang tidak keluar dari Islam oleh sebab kebidaahan mereka.
Kelompok ini menurut sepertimana yang dipegang oleh ASWJ.
Mereka masih Islam hanya sahaja mungkin diazab oleh Allah SWT lalu dimasukkan ke dalam syurga. Imam al-Nawawi menukilkan dari al-Hafiz Ibn Abd al-Barr (w. 463H/1071M) bahawa yang dimaksud dari ahli bidaah ini adalah kaum Khawarij, Syiah Rawafid dan sesama dengannya. (Sharh Muslim: 3/136-137)
Apabila ulama-ulama agung menyebutkan istilah ahli bidaah di dalam kitab-kitab mereka, bukanlah ia bermaksud umat Islam yang bermazhab atau beramal dengan amalan yang ada dasar di dalam kitab-kitab fikah yang muktabar berdasarkan hujah-hujah usul fikah seperti bacaan yasin dan tahlil.
Akan tetapi, ulama besar mazhab al-Syafie, Sultan al-Ulama’ Shaykh Izz al-Din bin Abd al-Salam (w. 660H/1262M) menjelaskan, maksud ahli bidaah adalah kelompok sesat seperti Qadariyyah, Muktazilah, Murji’ah dan Mujassimah (orang yang menjisimkan Allah SWT). (Qawaid: 2/172-174)
Maka jelas ahli bidaah bukanlah umat Islam yang bermazhab dengan mazhab muktabar. Ini kerana bermazhab itu juga mengikut perintah Allah SWT.
Kesimpulannya, apabila ulama sebut tentang ahli bidaah, maka ia bermaksud kelompok yang menyeleweng dari segi usul akidah, bukan kelompok yang beramal dari segi furuk dengan mazhab fikah yang muktabar.
Semoga kita menjadi umat yang tidak mudah membidaahkan ulama agung Islam dan majoriti umat Islam kerana mereka majoritinya bermazhab tanpa terkeluar daripada fahaman ASWJ.
Semoga kita tidak mudah menuduh bidaah amalan-amalan umat Islam yang sudah berzaman ini. Wallahu a’lam!
Dr. Ayman al-Akiti, Pensyarah Jabatan Usul al-Din dan Perbandingan Agama, UIAM dan Felo Kehormat IKIM Golongan terlarang daripada telaga Nabi Muhammad SAW
Baca Artikel Menarik :
Kerajaan Melaka tumbang, 3 exco letak jawatan, tarik sokongan – Idris Projek HSR versi PN merugikan negara, Najib suarakan kebimbangan pada Kerajaan Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan dikanggar lori Bila PM pula tanya pengacara, terkejut mereka (video) Bagaimana Daim, orang kaya Malaysia guna Singapura simpan duit di luar negara Raja Ilya kena kecam kerana terlalu ‘mendedah’ Tony Fernandes a father again at 57 Total war UMNO-Bersatu pasti berlaku dalam PRU-15 Nanti ustaz marah ‘feeling’ lebih – Neelofa Kenyataan rasis : Pemimpin Bersatu letak jawatan Azmin ketuai parti baru? Layari Laman Facebook MYKMU
Dai’ Syed Ditegur Kongsi Hadis Palsu Tentang Islamkan Orang Wajib Masuk Syurga

The post Golongan terlarang daripada telaga Nabi Muhammad SAW appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/05/golongan-terlarang-daripada-telaga-nabi-muhammad-saw/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lars Vilks Pelukis Kartun Nabi Muhammad Mati Dilanggar Lori

Lars Vilks Pelukis Kartun Nabi Muhammad Mati Dilanggar Lori

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 495 hits
Kartunis Sweden Lars Vilks yang berada di bawah perlindungan polis negara itu selepas penerbitan gambaran lukisan Nabi Muhammad pada 2007 sehingga menerima ancaman bunuh meninggal dunia pada Ahad dalam sebuah kemalangan kereta Polis Sweden ...
Kartunis Hina Nabi Muhammad Maut Kemalangan Jalan Raya

Kartunis Hina Nabi Muhammad Maut Kemalangan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 311 hits
Kartunis Sweden Lars Vilks yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi kartun yang menghina Nabi Muhammad maut dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Kartunis Sweden Lars Vilks yang pernah mencetu...
Individu Lukis Gambar Nabi Dilapor Terbunuh Dalam Kemalangan Ngeri Jalan Raya

Individu Lukis Gambar Nabi Dilapor Terbunuh Dalam Kemalangan Ngeri Jalan Raya

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 347 hits
STOCKHOLM Kartunis Sweden yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila melukis gambar Nabi Muhammad SAW maut dalam kemalangan ngeri jalan raya Daily Mail melaporkan Lars Vilks 75 terbunuh ketika kereta polis yang dinaikinya...
Dilaporkan Maut Terbakar Dalam Kemalangan Kereta Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Kematian Kartunis Hina Nabi

Dilaporkan Maut Terbakar Dalam Kemalangan Kereta Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Kematian Kartunis Hina Nabi

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 596 hits
STOCKHOLM Pihak polis menolak sebarang unsur jenayah mahupun penglibatan pihak lain berhubung kemalangan ngeri jalan raya melibatkan kartunis Sweden Lars Vilks 75 Vilks yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila melukis g...
Ilmu Dan Peristiwa Maulid Nabi

Ilmu Dan Peristiwa Maulid Nabi

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 453 hits
hanya Iblis yang tidak senang dengan peringatan Maulid
Wanita Mengaku Nabi Dihukum Mati

Wanita Mengaku Nabi Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 225 hits
AgensiLahore Seorang wanita di Pakistan dihukum mati selepas didapati bersalah atas dakwaan menghina agama kerana mengaku dirinya sebagai nabi Tertuduh Salma Tanveer yang juga pengetua sekolah itu turut dikenakan denda 50 000 Rupee Pakistan...
Ringkasan Perbedaan Nabi Dan Rasul Dalam Islam

Ringkasan Perbedaan Nabi Dan Rasul Dalam Islam

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 233 hits
Rasul dan Nabi di dalam Islam memiliki perbedan yang perlu untuk diketahui Sebagaimana rukun iman yang keempat percaya kepada Rasul Rasul Semua orang beriman harus memegang teguh terhadap rukun Islam dan rukun iman Oleh karena itu mari paha...
3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasullullah Saw Paling Benci

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasullullah Saw Paling Benci

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 273 hits
3 JENIS KAKI SEMBANG YANG RASULLULLAH SAW PALING BENCI 1 Thartharun iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela jela yang tidak berfaedah Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear