Golf Golongan Orang Lemah Fikiran
Masa sekolah dulu,Ada sorang cikgu tu selalu buat kelakar dan selalu ajar akronim akronim untuk mudahkan menghafal subjek dia ajar..
Ada sekali tu dia cakap..
Kalau nak main golf..
Eja guna huruf kecil..
Kalau huruf besar semua makna dia jadi lain..
Sampai sekarang teringat..
GOLF: Golongan Orang Lemah Fikiran..
Tapi.. hakikatnya.
Main golf ni bukannya hayun ikut suka je..
Kena ada skill..
Tapi MY langsung tak ada keinginan nak main golf..
Cukuplah berpanas kat site dan kat kebun..
Dah tak nak tambah rentung panas kat padang golf pulak
Cuma..kelmarin,Suami Mama Yan pergi main golf selepas 5 tahun tak main golf
Set golf yang lama pun dah let go.
So..kali ni.
Nak main kena beli baru la semua..
Mama Yan temankan la ke MST Golf Taman Pelangi..
Berdekatan dengan Istana Pasir Pelangi kedainya tu..
Antara aksesori yang dibeli kelmarin...bola, Tee, sunglasses, sarung tangan dan juga kasut
Ye..main golf kena pakai kasut khas untuk main golf..
Kalau pakai kasut running, memang kena halau dari padang nanti..
Baru belajar main semula tak boleh pakai bola mahal.
Cari yang biasa² dulu ye bang, dah terror macam Tiger Wood nanti baru beli yang mahal
Sementara suami memilih barang barang..
MY jalan jalan la dalam kedai ni..
Tengok tengok..
Kot kot terbuka hati nak main golf juga.
Tapi InsyaAllah tak minat..
Panas dan buang masa...hahaha
Ini untuk sarung dekat kepala kayu golf tu.
Pelbagai pilihan 'tee'...
Mahal murah semua ada...
Daripada beli set golf mahal mahal tu,
Baik beli emas betul tak.
Datang pandemik,
Boleh juga digadai emasnya.
Hahaha...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2020/06/golf-golongan-orang-lemah-fikiran.html