Pantri Makanan Ayam Brand Bantu Golongan Susah
Seronok rasanya bila dengar banyak bantuan diberikan kepada golongan susah dan kurang berkemampuan terutama pada musim covid melanda dan PKPB sedang berkuatkuasa. Pasti banyak golongan yang terjejas apabila pelbagai sektor terpaksa mengurangkan waktu operasi mereka bagi mengekang masalah penularan Covid-19. Meskipun tidak dapat turut serta, namun saya harap usaha murni seperti ini mendapat sambutan dan berterusan pada masa akan datang
Terbaharu, saya dapat khabar bahawa inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand dan tiga belas buah rumah kebajikan di seluruh negara sedang giat menyokong dan memperkasakan pertubuhan amal bagi membolehkan mereka membantu komuniti setempat yang susah dan memerlukan amatlah dihargai
Pantri Makanan #AyamWithYou Oleh Ayam Brand
Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al Hijrah di Taman Alam Perdana Binjai sebagai contoh, merupakan antara badan pertubuhan amal yang meneraju usaha membantu komuniti setempat sekitar Kemaman dengan menguruskan pantri #AyamWithYou. Pendekatan memasang pantri kalis cuaca di hadapan rumah kebajikan tersebut adalah sebagai usaha menghulurkan bantuan kepada golongan susah dan memerlukan namun pada masa yang sama masih mematuhi jarak sosial selamat buat semua individu
Dibuka selama 24 jam sehari untuk kegunaan umum, inisiatif ini mendapat reaksi menggalakkan daripada penduduk setempat. Khidmat pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook digunakan untuk membuat hebahan maklumat kepada penduduk sekitar mengenai pemberian percuma tersebut. Penduduk yang berminat untuk menyumbang juga boleh melakukannya secara langsung dengan sumbangan berupa makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan yang lain adalah lebih diutamakan
Anak-anak Al Hijrah diberi tugasan untuk menambah produk Ayam Brand di pantri makanan setiap hari untuk memastikan bekalan sentiasa penuh. Tugasan ini disambut baik oleh anak-anak Al Hijrah sekaligus dapat mendidik rasa tanggungjawab di kalangan mereka untuk menguruskan pantri makanan dengan jujur serta berpeluang mengamalkan sikap budi pekerti mulia dan murah hati
Inisiatif ini juga mendapat respon yang menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand seperti tuna, kacang panjang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa amat laku di kalangan penduduk. Menurut Encik Zaki selaku Pengurus Rumah Kebajikan Anak Yatim Al Hijrah, pantri makanan juga menerima sumbangan yang tidak disangka-sangka seperti sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin serta biskut raya hasil sumbangan penduduk sekitar.
Keakraban #KitaJagaKita boleh dirasai dalam projek pantri makanan #AyamWithYou dalam menjadikan Ramadhan dan Hari Raya AidilFitri ini amat istimewa dengan membina ikatan persaudaraan berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu membantu sesama ahli komuniti sekaligus membolehkan Ayam Brand menyumbang secara aktif buat kesejahteraan semua
Tanggungjawab Sosial Korporat Ayam BrandMenerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat yang telah dilaksanakan sejak sekian lama, Ayam Brand berjaya menyumbang lebih dua juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal sekaligus menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih daripada 21,800 orang melalui 524 buah organisasi dan badan NGO amal sejak 12 tahun yang lalu.
Pada tahun ini, Ayam Brand melalui program Tanggungjawab Sosial Korporatnya telah membantu barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou serta pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur ditambah juga dengan pelbagai perancangan lain untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.
Nathan Deverre selaku Pengurus Pemasaran Ayam Brand menjelaskan bahawa pada awalnya kewujudan masalah Covid-19 telah menjejaskan rancangan awal bagi kempen tahunan Ayam Brand Community Care buat kali ke-13. Walaubagaimanapun, kesan positif daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou telah mengubah naratif rakan kongsi kebajikan daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing.
Komuniti ini menerima konsep pantri makanan 'sila ambil yang anda perlu sahaja' sekaligus menghasilkan kitaran kebajikan yang berterusan bagi memastikan inisiatif ini terus berkekalan. Kakitangan Ayam Brand turut memainkan peranan membuat hebahan mengenai pantri makanan supaya lebih ramai mendapat manfaat daripadanya serta dapat turut menyumbang. Selain itu, mereka juga menjadi antara penyumbang awal yang menyumbang barangan bukan berasaskan makanan ke dalam pantri tersebut.
Lokasi Pantri Makanan #AyamWithYouSelain membuat sumbangan dan membantu ketika proses agihan, penduduk sekitar juga turut berkongsi lokasi pantri makanan kepada golongan yang memerlukan. Jika anda juga berhasrat untuk menyumbang atau memerlukan bantuan dari segi makanan, bolehlah pergi ke pantri makanan #AyamWithYou yang terletak di PT4972 Taman Alam Perdana, Binjai, 24000 Kemaman, Terengganu. Selain di Terengganu, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou turut berada di lokasi berikut :
KUALA LUMPURAnjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu50100 Kuala Lumpur
PAHANGRumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul HusnaLot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan
KELANTANPusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
PERAKPertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
PENANGPersatuan Kebajikan Anak-anak Islam Wisma Yatim Lelaki 173Jalan Air Itam, 11500 Penang
KEDAHPusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra06000 Jasmina
PERLISPertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
NEGERI SEMBILANPertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban
JOHORPertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
SELANGORPusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
SARAWAKPertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
SABAHRumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat SallehTaman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu
Dengan adanya inisiatif seumpama ini, diharap lebih ramai pihak mendapat manfaatnya. Bukan itu sahaja, setiap individu kini dapat membantu dengan cara tersendiri. Walaupun tanpa bantuan wang ringgit atau barangan, hebahan kepada golongan memerlukan juga merupakan perkara murni yang boleh dilakukan oleh kita bersama.
Terima kasih kepada Ayam Brand untuk usaha membantu masyarakat sekitar yang susah dan kurang berkemampuan. Semoga usaha ini berterusan dan mendapat sokongan penuh semua pihak. Untuk lebih maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, boleh layari https://www.ayambrand.com.my. Semoga kita kekal selamat dan sejahtera!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2020/05/pantri-makanan-ayam-brand-bantu-golongan-susah.html