Glamor Pisang Goreng


 

Mana yang betul? Dipanggil “goreng pisang” atau “pisang goreng”?
Saya sudah biasa memanggilnya “goreng pisang”. Satu “habit” yang susah nak diubah meskipun kerap diberitahu “goreng pisang” maknanya perbuatan menggoreng buah pisang. Maka buah pisang yang digoreng untuk dimakan ialah “pisang goreng”. Pisang yang digoreng.
Masa saya budak, keluarga saya selalu beli goreng pisang (oops maaf)…pisang goreng di satu gerai kecil di simpang Princess Road dengan Hale Road berdepan Stadium TPCA.
Ini di Kampung Baru Kuala Lumpur. Princess Road sekarang Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Begitu juga Stadium TPCA ialah Stadium Raja Muda manakala Hale Road ialah Jalan Raja Abdullah.
Memang banyak tempat jual pisang goreng tetapi gerai yang saya sebut ini antara yang paling popular waktu itu – 1960-an. Zaman belum ada pisang cheese dan pelbagai perasa.
Di gerai itu pisang digoreng rangup, tidak berminyak. Sedap dan lazat. Cukup laku. Datang lambat pisang goreng dah habis. Gerai itu sudah tidak wujud walaupun tapaknya masih ada – digunakan untuk aktiviti perniagaan lain.
Kita semua tahu pisang ada pelbagai jenis dan hampir semuanya boleh digoreng. Dimakan terus, dicicah gula atau sambal. Bagi saya sambal tumis ikan bilis dengan bawang kegemaraan. Suka juga saya makan pisang goreng dengan mentega. Syaratnya makan masa pisang goreng masih panas. Mungkin itu sebabnya timbul perumpamaan “laris macam pisang goreng panas”. Yang sejuk? Bagi saya ok je walaupun diakui agak “kureng”.
Pisang goreng sajian popular bukan sahaja di negara kita bahkan Indonesia, Singapura, Flipina, Thailand antaranya – di bandar dan di desa.
Dihidangkan di gerai, restoran, café dan hotel. Cuma di café and hotel lima bintang ia dikenali sebagai “banana fritters” dan harganya juga taraf lima bintang. Ia santapan semua. Orang kaya, pertengahan, mahupun miskin.
Mungkin sebab pisang goreng ada “appeal” ke atas setiap lapisan masyarakat. Perdana menteri juga menggunakannya untuk menyampaikan mesej. Ingat tak masa Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi tahun lalu untuk menghadapi krisis Covid-19?
Beliau memilih “Mak Cik Kiah” sebagai contoh atau simbol rakyat marhean. Daripada banyak-banyak Mak Cik Kiah, PM memilih Mak Cik Kiah penjual pisang goreng. Begitu berkesan pisang goreng.
Baru-baru ini apabila pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin, mengulas kenyataan seorang lagi pemimpin Umno, Ahmad Maslan, beliau mengheret pisang goreng.
Namun kali ini pisang goreng tidak diletak pada tahap tinggi. Sebaliknya pada tahap rendah atau bawahan. Malah boleh dilihat menghina pisang goreng.
Imbas kembali. Ahmad berkata sebab Umno tidak menyokong PPBM ialah kerana Perikatan Nasional yang dikemudinya tidak sanggup menggugurkan kes mahkamah yang beliau anggap tidak adil. Ramai yang yakin Ahmad merujuk kes membabitkan pemimpin Umno.
Apa pun Khairy menyifatkan kenyataan itu sebagai pemikiran “goreng pisang” (Khairy pun macam saya guna istilah goreng pisang, bukan pisang goreng).
Tak kisah lah tu. Hakikatnya memang kata-kata Ahmad wajar dikiritik tetapi mengapa pisang goreng digunakan?
Wartawan veteran A Kadir Jasin marah. Begitu juga ramai orang termasuk saya. Bukan kerana kami sayang dan mempertahankan Ahhmad tetapi marah melihat Khairy memperkecilkan (secara sedar atau tidak) pisang goreng. Seakan-akan menuduh pisang goreng “low class”.
Dengan sinis berkata Kadir melalui Facebook: “Mana boleh Khairy samakan pemikiran Ahmad dengan pisang goreng. YB Lulusan Oxford (Khairy) sepatutnya tahu pisang goreng antara hidangan ikonik Nusantara. Di Englang tempat lama dia belajar pun pisang goreng adalah ‘treat’ di restoran-restonan Asia”.
Kata Kadir, memang pisang goreng hidangan biasa, sajian harian tetapi ia bukan “low class”. Ramai pekebun kecil dan peniaga mendapat rezeki menanam pisang dan menjual pisang goreng. Saya setuju.
Lantas Kadir mahu Khairy menaik balik kata-katanya yang membandingkan standard pemikiran Ahmad dengan pisang goreng.
Ini pula tentang Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Rasanya ramai sudah tahu tapi saya tulis juga.
Wan Ahmad baru-baru ini singgah di gerai jual pisang goreng. Tiba-tiba muncul dan terus menyentuh pisang goreng tanpa menggunakan penyepit yang disediakan penjual.
Berita ini tular. Siap dengan gambar. Maklumlah era media social. Si timbalan menteri dikecam hebat. Ramai yang tuduh Wan Ahmad kurang sopan. Tidak kurang yang menuduhnya pengotor.
Setahu saya sehingga kini belum ada reaksi daripada Wan Ahmad terhadap cemuhan yang dilempar keatasnya. Begitu juga Khairy. Belum tarik balik kenyataannya seperti yang dituntut Kadir.
Oh seperkara lagi. Wan Ahmad tidak pakai pelitup muka masa beliau singgah ke gerai dan dengan selamba menyentuh pisang goreng.
SOP? Apa tu? Jelas yang tahu dan akur ialah si penjual pisang goreng. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/EfFH-tMVU00/glamor-pisang-goreng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Insult Pisang Goreng By Equating It With Ahmad Maslan Kadir Jasin Tells Khairy

Don T Insult Pisang Goreng By Equating It With Ahmad Maslan Kadir Jasin Tells Khairy

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 350 hits
Khairy had in a press conference yesterday described those who called for elections during the pandemic as having a pisang goreng mentality for being narrow minded Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Jan 9 Datuk A Kadir Jasin has sarcasti...
Hujah Hanya Setaraf Pemikiran Pisang Goreng Khairy

Hujah Hanya Setaraf Pemikiran Pisang Goreng Khairy

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 426 hits
50 total views 50 views today PUTRAJAYA Khairy Jamaluddin menyelar Datuk Seri Ahmad Maslan yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan Perikatan Nasional kerana masih meneruskan kes mahkamah ke atas ramai tokoh UMNO Bekas Ketua Pemuda parti ...
Pemikiran Setiausaha Agung Umno Umpama Goreng Pisang Kata Khairy

Pemikiran Setiausaha Agung Umno Umpama Goreng Pisang Kata Khairy

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 230 hits
Kalau sebab kita tidak memberikan sokongan adalah kerana kerajaan ini tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah itu pemikitan level goreng pisanglah kata Khairy kepada Ahmad Maslan Pemikiran yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno Datu...
Kadir Tegur Kj Ahmad Maslan Pecal Basi Bukan Pisang Goreng

Kadir Tegur Kj Ahmad Maslan Pecal Basi Bukan Pisang Goreng

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 287 hits
Tokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin tidak setuju Setiausaha Agung Umno berfikiran pisang goreng tetapi lebih sesuai kalau dikatakan pecal basi Ini kerana pisang goreng sangat digemari ramai dan sudah menjadi hidangan ikonik Nusantara ...
Yb Ahmad Maslan Bukan Pisang Goreng Tetapi Pecal Basi

Yb Ahmad Maslan Bukan Pisang Goreng Tetapi Pecal Basi

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 349 hits
MALAYSIA DATELINETokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin tidak setuju Setiausaha Agung Umno berfikiran pisang goreng tetapi lebih sesuai kalau dikatakan pecal basi Ini kerana pisang goreng sangat digemari ramai dan sudah menjadi hidangan ...
Puad Zarkashi Anggap Kabinet Pn Goreng Pisang

Puad Zarkashi Anggap Kabinet Pn Goreng Pisang

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 294 hits
FAZLI RADZIAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi terus membidas kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menggelarnya sebagai Kabinet goreng pisang Kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kha...
Cara Buat Ayam Goreng Korea Pedas Manis Sedap

Cara Buat Ayam Goreng Korea Pedas Manis Sedap

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 613 hits
Teringin nak makan ayam goreng rangup Korea rasa manis pedas dan sedap time petang petang nih Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah Bahan bahan untuk masak ayam goreng rangup ni tidaklah sesusah mana Kalau makan dekat K Fry ke ayam dia t...
Bihun Goreng Singapore Letak Sardin Smiling Fish

Bihun Goreng Singapore Letak Sardin Smiling Fish

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 584 hits
Assalamualaikum Good Morning Bihun Goreng Singapore letak Sardin Smiling Fish Last weeks Fiza terlihat friendlist Facebook share satu resepi bihun goreng sardin yang sangat mudah dan sedap katanya Hurmmm Rasanya tak pernah lagi Fiza cuba Ka...
Sayur Taugeh Goreng Kucai Campur Telur

Sayur Taugeh Goreng Kucai Campur Telur

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 455 hits
Assalamualaikum Good Afternoon Sayur taugeh goreng kucai campur telur Harini merupakan hari kedua pkp pkpb dan pkpp 2 0 untuk kita semua Cuaca di luar pun hujan Tak silap hujan dijangka berterusan sehingga esok Tempat korang still hujan ke ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa