Sayur Taugeh Goreng Kucai Campur Telur


 Assalamualaikum
Good Afternoon

Sayur taugeh goreng kucai campur telur - Harini merupakan hari kedua pkp, pkpb dan pkpp 2.0 untuk kita semua. Cuaca di luar pun hujan, Tak silap hujan dijangka berterusan sehingga esok. Tempat korang still hujan ke? Tempat Fiza dari semalam lagi dah start hujan. 
Hurmmm... Hujan-hujan macam ni, perut memang sentiasa lapar. Harini Fiza masak ayam goreng dan sayur taugeh goreng kucai je untuk menu makan tengahari. Buah pulak, Fiza hidangkan tembikai. Orang Sarawak panggil tembikai, buah semangka. Tempat Fiza pulak panggil mangko. Apa-apa jelah. Kan? 
Actually, taugeh dan kucai banyak khasiatnya kepada kesihatan Tubuh badan kita. Antaranya :-
7 Khasiat Kucai Pada Kesihatan Tubuh BadanMenurunkan berat badanKucai bermanfaat untuk menurunkan berat badan, makanan ini banyak digunakan bagi mereka yang diet. Kucai sarat dengan antioksidan, serat, vitamin, kalsium dan mineral. Yang baik untuk kesihatan tubuh

Menurunkan tekanan darah dan kolesterol
Kucai mengandungi allicin, sama seperti bawang putih dan daun bawang. Allicin dapat mengurangkan tekanan darah dan menurunkan kolestrol dalam tubuh. Selain itu, ia juga bermanfaat untuk membersihkan usus dari kekotoran
Mencegah sembelitKucai kaya akan serat makanan yang dapat membantu melancarkan pencernaan. Fiber yang terdapat dalam kucai mampu menghilangkan sembelit

Mencegah kanserFlavonoid dan sulfur yang terdapat dalam kucai dapat mencegah beberapa jenis kanser. Seperti kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Kucai dapat melawan radikan bebas dan mencegah perkembangan kanser

Mengatasi masalah kulitKucai memiliki sifat anti bakteria dan anti fungus yang sangat baik untuk mengatasi infeksi kulit. Gunakan kucai sewaktu memakai lotion, scrab dan luka. Kucai juga dapat membunuh bakteria dan fungus ketika kulit mengalami masalah

Membantu mencegah jerawatBeta karoten yang terdapat dalam daun bawang bermanfaat untuk membersihkan kulit, sehingga kulit bebas jerawat. Malah, Kucai dapat mencerahkan kulit

Mencegah rambut rosakDaun kucai dapat memperkuatkan folikel rambut dan meningkatkan aliran darah dari kulit kepala ke akar. Kucai digunakan dalam beberapa produk perawatan rambut, kerana terkenal untuk menghentikan rambut gugur

Baca Juga : Cara Betul Simpan Taugeh 
Khasiat Pada Taugeh Yang Jarang Diketahui UmumTu khasiat yang terdapat pada kucai. Bagaimana pula taugeh? Apakah khasiatnya untuk tubuh badan kita

Taugeh merupakan satu pilihan makanan yang sihat. Malah lebih baik, ia adalah pilihan makan yang murah dan mudah untuk didapati. Mari kita selidik kebaikan dari aspek kesihatan yang boleh diperolehi dengan memakannya dalam diet harian kita

Tingkatkan penghadamanTaugeh dapat membantu untuk mencernakan makanan kita dengan lebih baik dan lebih mudah. Ia mengandungi antinutrien yang rendah, ini sekali gus menjadikan badan kita lebih cepat menyerap nutrien semasa proses penghadaman. Proses pencambahan ini membantu meningkatkan jumlah serat yang tidak larut, sejenis serat yang membantu pembentukan najis dan proses pengeluarannya melalui usus, yang akan mengurangkan risiko untuk berkemungkinan mengalami sembelit. 
Kesihatan jantungMengambil taugeh dalam pengambilan makanan harian kita juga dipercayai dapat memberikan manfaat kepada jantung kita. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan faktor risiko penyakit jantung seperti paras kolesterol darah tinggi. Beberapa kajian kepada haiwan menunjukkan bahawa memakannya akan membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL yang dikatakan sebagai kolesterol ‘baik’ dan mengurangkan tahap kolesterol LDL yang dikatakan sebagai kolesterol ‘tidak baik’

Dalam kajian yang dilakukan terhadap 39 individu dengan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dengan masalah kesihatan diabetes jenis 2, dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan 60 gram lentil setiap hari dan satu kumpulan lagi tidak diberikan sebarang lentil, salah satu jenis tumbuhan yang melalui proses percambahan seperti taugeh. Selepas tempoh kajian selama 8 minggu, kumpulan yang diberikan lentil mempunyai 12% paras kolesterol HDL yang lebih baik dan 75 hingga 84% paras trigliserida dan tahap kolesterol LDL yang lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak diberikan lentil. 
Tekanan darahTaugeh kaya dengan kalium, magnesium dan serat yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Mempunyai tekanan darah tinggi adalah satu masalah kesihatan yang serius kerana ia meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit jantung, satu penyakit utama yang menyebabkan kematian di dunia. 
Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah. Melalui kajian yang menghubungkan nutrien seperti kalium, magnesium dan serat yang terkandung di dalam taugeh dapat menjadikan tekanan darah tinggi lebih rendah. 
Gula dalam darahApabila seseorang individu mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ia adalah ciri utama masalah diabetes dan telah dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan yang kronik. Oleh sebab ini, profesional perubatan dan kesihatan sentiasa menasihati ramai individu untuk mengekalkan dan memastikan tahap gula dalam darah berada pada tahap yang sihat

Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan memakan taugeh bagi membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Ini kerana komposisi nutrien dalam taugeh baik dalam menurunkan tahap gula dalam darah. Ia tinggi serat dan protein yang menjadikan proses pelepasan gula ke dalam aliran darah menjadi perlahan. 
Berat badanTerdapat kajian yang dilakukan menunjukkan kandungan serat dan protein dalam taugeh dapat menghalang hormon lapar seperti ghrelin. Tambahan lagi, terdapat kajian tambahan yang mendapati kedua-dua nutrien dalam taugeh ini juga menggalakkan pembebasan dan penghasilan hormon yang menjadikan kita berasa lebih kenyang seperti peptida YY, GLP-1 dan cholecystokinin

Dengan membuatkan kita berasa kenyang, ia sekali gus dapat mengawal pengambilan kalori dan membantu mengurangkan berat badan kita

Kehamilan sihatBagi wanita hamil, kita sememangnya akan disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan folat semasa tempoh kehamilan. Ia adalah penting untuk membantu pertumbuhan optimum dan perkembangan bayi dalam kandungan. Lebih membahayakan wanita yang tidak mendapat keperluan folat yang mencukupi, berdepan dengan risiko kecacatan kelahiran yang lebih tinggi. 
Taugeh mengandungi 80% jumlah pengambilan nutrien makanan yang disyorkan bagi folat dalam satu cawan taugeh yang dimasak, iaitu sebanyak 202 gram. Ia juga tinggi kandungan zat besi, protein dan serat yang sememangnya amat diperlukan oleh individu wanita mengandung. 
Namun, individu wanita yang mengandung harus mengelakkan daripadscmemakan taugeh mentah kerana ia berkemungkinan membawa bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan berbahaya kepada bayi dalam kandungan. Sebaiknya pastikan taugeh yang hendak dimakan dimasak dengan sebaiknya terlebih dahulu. 
Radikal bebasAntara kebaikan yang boleh diperolehi dengan pengambilan taugeh dalam diet pemakanan harian adalah ia dapat mencegah diri kita daripada radikal bebas. Untuk makluman korang, radikal bebas adalah satu keadaan apabila badan kita mengandungi sebatian kimia yang melebihi had yang sepatutnya. Kandungan kimia ini akan berupaya untuk menjejaskan dan mendatangkan kesan kepada sel-sel dalam badan dan menjadikan ia sel yang tidak baik, di mana sel-sel ini akan menyerang sel yang baik dan sihat yang terdapat dalam badan kita. 
Jadi bagaimana taugeh dapat membantu menghalang kita daripada radikal bebas? Ini kerana taugeh mengandungi antioksidan yang akan membantu badan melawan sel-sel yang tidak baik. Antioksidan juga berperanan untuk meningkatkan sistem kekebalan dalam badan kita. Ia sekali gus menjadikan badan kita dilindungi daripada radikal bebas yang turut merupakan salah satu punca kanser. 
Banyak kan! kelebihan yang terdapat pada sayur taugeh dan kucai. Lepas ni, bolehla selalu makan dua jenis sayur ni. Yelah! Bukan je senang nak dapat, malah harga pun murah. Betul tak

Dalam entri kali ni, Fiza nak share jugaklah bagaimana cara nak masak sayur taugeh goreng letak kucai dan telur


Resepi Tauge Goreng Kucai Campur TelurTiap kali masak taugeh, Fiza memang suka campurkan taugeh dengan sayur lain seperti pucuk manis dan kucai. Sedap! Lagi-lagi bila dimasukkan sekali dengan telur. Alhamdulillah, anak-anak pun suka. Nak masak taugeh goreng kucai letak telur cara Fiza, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan..
Seikat kucai500g taugehSebiji telur5 ulas bawang putihCili Maggie secukup rasaMinyak untuk menumis danSedikit air untuk kuahCara masaknya pulak

Pertama, panaskan dua sudu teh minyak. Masukkan bawang putih Dan cili yang telah ditumbuh. Tumis sehingga Naik bau
Pecahkan telur. Masukkan kucai dan taugeh
Masukkan sedikit air Dan pekenakan dengan perencah secukup rasa Maggie. Siap! Jangan terlalu lama tau. Nanti hilang pulak khasiat pada tauge dan kucai

Mudah kan

Saja je nak share resepi mudah ni di sini. At least, bila letak resepi Fiza mesti akan cari info yang berkaitan dengannya. So, dalam masa yang sama ilmu pun semakin bertambah. Serious, tak semua khasiat pada sayur yang Fiza tahu. Hehehe..

Korang pulak bagaimana



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizacrochet.com/2021/01/sayur-taugeh-goreng-kucai-campur-telur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram

Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 1024 hits
AssalamualaikumBismillahSebenarnya nama Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram aku reka sendiri saja hahaha Korang bolehlah ikut resepi paling mudah dan simple ini sepanjang PKP 2 0 Resepi yang aku selalu kongsi ini resepi bajet tau sebab...
Sayur Peria Goreng

Sayur Peria Goreng

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 430 hits
Assalamualaikum ADA ke peminat peria kat sini Siapa sangka sayur peria yang pahit kini telah dikomersialkan menjadi kerepek peria Dihiris nipis bulat bulat digaul dengan tepung bestari dan digoreng rangup Bijak betul orang yang mencipta res...
Popiah Inti Sayur Campur Sedap Rangup

Popiah Inti Sayur Campur Sedap Rangup

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 484 hits
Popiah Sayur Campur Sedap Rangup Popiah goreng rangup inti sayur campur memang our all time favourite Anda pula macam mana Suka popiah basah atau popiah goreng Tak payag buat special sos dia pun tak apa makan je sos cili yang sedia ada Rasa...
Kacang Buncis Goreng Bersama Hati

Kacang Buncis Goreng Bersama Hati

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 323 hits
Assalamualaikum DAH beberapa kali Sk perasan Pak Inche kerap membeli lauk kacang buncis goreng bersama hati setiap kali terjumpa di pasar ramadan atau pasar malam Lauk yang menyerupai sambal goreng ini memang kegemaran Sk jadi memang suka s...
Resepi Pekasam Ayam Goreng Dengan Kacang Buncis Lazat Uhh

Resepi Pekasam Ayam Goreng Dengan Kacang Buncis Lazat Uhh

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 449 hits
Bila di sebut pekasam kebiasaannya orang mesti orang ingat pekasam ikan sungai ataupun pekasam daging Tapi jangan tak tau dah ada pekasam ayam pula Kalaulah opah aku masih hidup tercengang cengang dia apabila mendapat tahu ni Zaman berubah ...
Nak Makan Nasi Ayam Autentik Juga Itik Goreng Berempah Hanya Di Chicken Rice Guys

Nak Makan Nasi Ayam Autentik Juga Itik Goreng Berempah Hanya Di Chicken Rice Guys

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 678 hits
Anda peminat Nasi Ayam Hainanese dengan rasa autentik Tentunya tercari carinya mana restoran yang memenuhi selera Boleh dikatakan sebut saja Nasi ayam semua orang menyukainya Dalam episod sulung Makan Di Mana Imran Aqil selaku hos membawa k...
Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 1638 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera KK baru siap makan ni lagipun KK baru rehat harini masih lagi hujan yang berat memang lebat sekaliBila hujan dah lebat perut kita pun sama naik hahahah cepat sangat KK lapar entahlah kenapa perut ni tak...
Resipi Pau Goreng Sedap Guna Inti Kacang Merah Homemade

Resipi Pau Goreng Sedap Guna Inti Kacang Merah Homemade

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 515 hits
Sedapnya kalau dapat makan Pau Goreng yang sangat lembut Inti kacang merahnya pula dibuat sendiri Wah tentunya berganda ganda sedap Bagi anda yang suka makan Pau Goreng panas panas resipi perkongsian saudari Sha Roziah Al Yahya ni antara ya...
Don T Insult Pisang Goreng By Equating It With Ahmad Maslan Kadir Jasin Tells Khairy

Don T Insult Pisang Goreng By Equating It With Ahmad Maslan Kadir Jasin Tells Khairy

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 351 hits
Khairy had in a press conference yesterday described those who called for elections during the pandemic as having a pisang goreng mentality for being narrow minded Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Jan 9 Datuk A Kadir Jasin has sarcasti...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco