Gkb Probiotik Membantu Mengekalkan Kesihatan Dan Meningkatkan Fungsi Penghadaman


GKB Probiotik Membantu Mengekalkan Kesihatan Dan Meningkatkan Fungsi Penghadaman
Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar semua. Pernah dengar mengenai produk GKB Probiotik keluaran GK Bio International Sdn Bhd atau singkatannya GKB. Sebelum KakYa bercerita lebih lanjut mengenai GKB Probiotik apakata kita berkenalan dulu dengan pengeluar GKB Probiotik iaitu GK Bio International Sdn Bhd


GK Bio International Sdn Bhd atau GKB adalah sebuah syarikat yang menyediakan produk kesihatan berkualiti tinggi untuk mengawal fungsi badan. GKB telah di tubuhkan pada 2018 hasil usahasama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan bertujuan mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan berkualiti tinggi di Malaysia dengan kadar harga yang berpatutan. 
Sepanjang tempoh penubuhannya, GKB telah membantu lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia dalam mengamalkan dan mengekalkan cara dan gaya hidup sihat. 


Produk Keluaran GKB Adalah HALAL Dan Menepati Piawaian Pembuatan Produk Pada Tahap Tertinggi
Setiap produk keluaran GKB diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standart pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000, ISO/IEC TAF 1705, bagi memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standart piawaian pembuatan produk berada pada tahap tertinggi. 

Produk GKB 100% Semulajadi, Bebas Sisa, Bebas Bahan kimia Dan Tiada Kesan Sampingan 
GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya bagi memastikan produk tersebut 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan dan sesuai untuk semua ahli keluarga bagi mengekalkan kesihatan yang baik. 
Kultur probiotik dan jenis cendawan yang di gunakan GKB telah dikembangkan oleh 145 orang penyelidik dan teknikal untuk menghasilkan bakteria yang tahan asid, aktif, sihat dan bermanfaat dengan inovasi bioteknologi. 

GKB Probiotik Bantu Selesaikan Masalah Penghadaman
Baru baru ini KakYa dapat tahu banyak kelebihan produk GKB Probiotik dari seorang kenalan muka buku. Beliau ada berkongsi mengenai kebaikan produk ini setelah mengamalkan selama sebulan. Perkongsian dari beliau telah menarik minat KakYa untuk mencuba produk GKB Probiotik kerana KakYa ada masalah seperti beliau iaitu masalah penghadaman. 

KakYa try GKB Probiotik selama dua minggu dan produk ini sedikit sebanyak telah memberi kesan yang baik buat KakYa. Oleh kerana produk ini memberi kesan yang baik bukan sahaja untuk KakYa tapi untuk anak anak juga, jadi KakYa rasa terpanggil untuk berkongsi kelebihan produk GKB Probiotik kepada sahabat pembaca blog KakYa juga. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 
Kalau tanya KakYa, KakYa rasa semua orang perlu ambil probiotik melainkan korang yang punya diet sihat tiada tandingan tak perlu la kot nak ambil. Setiap orang memerlukan jenis probiotik yang berbeza mengikut usia. KakYa senaraikan 5 produk GKB probiotik yang dapat membantu dalam menyelesaikan masalah penghadaman. 
- GKB Probio+ - GKB Probizymes- GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus- GKB Lactobacillus Plantarum GKM3
- GKB G-Pro Gold

GKB PROBIO+ Untuk Memperbaiki Usus
Ok anak KakYa, Akif memang sejenis yang suka makan dan mencuba makanan baru. Memang suka kalau bab bab makan dan kadang kadang Akif mudah sangat menghadapi masalah pencernaan terutama sembelit. Masalah ni biasa berlaku bila dia kurang minum air kosong. Anak anak ni kalau Umi tak ingatkan selalu, memang susah diaorang nak minum air kosong. 

Korang tahu jerlah kan bila dah sembelit nak membuang tu paling seksa. KakYa try ikhtiar bagi Akif  2 sachet GKB PROBIO+ setiap hari iaitu pada waktu pagi dan juga malam. Alhamdulillah setelah dua minggu amalkan memang nampak perubahan dan Akif cakap "menjadi ni Umi". Siyes boleh cuba. GKB PROBIO+ ni dapat membantu meningkatkan pergerakan usus dan bila usus dah bergerak elok masalah sembelit dapat diatasi menjadikan proses membuang berjalan lancar. Fuhhh lega! katanya Dak Akif lepas dah tak sembelit. 

Chupps KakYa nak sambung sikit lagi, korang tahu tak masalah usus ni boleh menyebabkan muka asyik naik jerawat. Muka Akif ni kekadang ada jugak tetiba je naik jerawat. Bila KakYa baca mengenai usus kotor baru KakYa tahu, sebenarnya bila usus kita kotor akan menjadi tempat toksin berkumpul. Apabila toksin dalam badan bertambah ianya akan mengganggu hormon. Bila hormon dan terganggu lagi meriah la jerawat naik kat muka. 


So kalau korang nak elak usus kotor dan tak nak  masalah jerawat pada kulit korang, apakata korang try GKB PREBIO+ . Sekarang ni jerwat kat muka Akif dah berkurang. Usus dah cantik la tu. 
GKB PROBIZYMES Untuk Mengurangkan Gastritis 
KakYa sejenis yang mudah terkena gastrik, kembung perut dan pedih hulu hati. Bulan puasa ni lagilah mudah dapat gastrik, kembung perut dan pedih hulu hati, tapi setakat harini alhamdulillah takde la kena makan ubat dan melarat. Biasa biasa jer dan KakYa masih boleh bertahan. 

Sejak KakYa amalkan GKB PROBIZYMES 1 sachet sehari selepas makan, ianya dapat membantu KakYa mengatasi masalah gastrik, kembung perut dan pedih hulu hati yang KakYa hidapi


Cara pengambilan mudah jer, masukkan 1 sachet ke dalam air, kacau bagi sebati dan terus minum. Jom jaga kesihatan usus kita dengan suplemen 'GKB Probizymes' . Penjagaan usus amat penting dalam proses penghadaman dan pencernaan



GKB LACTOBACILLUS RHAMNOSUS PLUS Untuk Memperbaiki Kulit
Dalam banyak banyak produk GKB yang KakYa cuba, GKB LACTOBACILLUS RHAMNOSUS PLUS paling KakYa suka. Wanita kat luar sana pon mesti suka sebab produk ni dapat mencegah penyakit gastrousus bocor, mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan sensitiviti kulit dan menjaga kesihatan kulit. Selain itu ianya dapat membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita dan meningkatkan imuniti. 

Bila umur dah masuk ke angka 40an KakYa dah ada tanda tanda kulit bermasalah. Kulit mudah kering terutama bila KakYa kurang minum air putih. Pernah jugak kulit menggelupas teruk bila terlalu kering. Bila dah amalkan GKB LACTOBACILLUS RHAMNOSUS PLUS KakYa dapat rasa perubahan pada kulit KakYa. Selain menjaga usus dengan baik, keadaan kulit turut terjaga dan bertambah sihat apabila mengamalkan GKB LACTOBACILLUS RHAMNOSUS PLUS. 

Hanya satu sachet sehari, boleh kemam camtu jer atau boleh jugak bancuh bersama air. Ikut mana yang korang suka. 


GKB LACTOBACILLUS PLANTARUM GKM3 200mg Mengawal Minyak Dan Mengurangkan Kalori
Tahun ni nak pakai kebaya la Umi. Tu ayat anak sulung KakYa. Kebaya dah beli saiz M. Tapi dia cakap sejak puasa ni berat badan dah naik sikit la Umi, camne nak pakai kebaya raya nanti? Bulan puasa ni bukan dia rajin sangat nak bersenam. Penat katanya. 

KakYa bagi Insyirah cuba GKB LACTOBACILLUS PLANTARUM GKM3 untuk cover balik berat badan dia. GKM3 ni kalau amalkan bebetul mampu untuk mengurangkan penyerapan lemak daripada terus diserap oleh badan. 
GKB LACTOBACILLUS PLANTARUM GKM3, dia punya fungsi mengawal minyak dan mengurangkan kalori. Bulan puasa ni kan, macam macam jenis makanan yang Insyirah ambil. Asyik makan makanan berlemak jer sebab dah itu feveret food dia. Mahu tak gemuk nak oi. Bila dah gemuk mulalah duk benci lemak. Camne nak kurus raya nanti kalau asyik makan jer kojernya. Tahulah poser, tapi berpada padalah bab makan. Bukan semua nak kena makan. 

KakYa ada terbaca pengalaman pengguna yang amalkan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 secara konsisten dapat kurus tak sampai sebulan. Jadi KakYa harap produk ni dapat membantu Insyirah untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Kita pilih yang semulajadi dan terbaik untuk anak kita wak

Daripada pembacaan KakYa, produk ni adalah satu satunya bakteria yang boleh menyerap minyak di pasaran. Jadi secara tak langsung ianya dapat membantu untuk mengurangkan penyerapan kalori, mengurangkan berat badan, memberi tenaga, membantu dalam penghadaman, melangsingkan badan, meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kerosakan kulit. 

Insyirah cakap sejak amalkan produk ni selama 2 minggu dah nampak perubahan yang ketara pada kulit. Kulit dah semakin lembap dan badan rasa bertenaga. Nak puasa pon tambah bersemangat katanya, sebab tak rasa letih sangat sejak amalkan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3. 
Haaa apa tunggu lagi? Banyak kan faedah dia! Korang pon boleh try jugak nanti. Kata nak kurus sebelum raya. Kenalah cuba. Konsisten jer amalkan, insyaallah boleh kurus sebelum 1 Syawal. 

GKB G-PRO GOLD Untuk Mengurangkan Sembelit
Selain mengamalkan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 untuk rutin harian dia sekarang ni, KakYa kenalkan jugak Insyirah dengan satu lagi produk GKB iaitu GKB G-Pro Gold. 

Dia ni sejenis yang bila dah buat kerja  atau sibuk dengan tugasan kelas, dia jadi ralit dan kurang minum air putih. Bila dah kurang minum air putih memang mudah dapat sembelit. Tapi sejak amalkan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ni, apa yang KakYa nampak sekarang ni dia dah takde nak mengadu sembelit lagi dah. Kira ok dan serasi la GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 dengan dia. 

Kalau korang nak tahu, GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik dan setiap kapsul mengandungi 80 bilion bakteria probiotik hidup yang dapat meningkatkan flora usus. Produk ni memang sesuai sangat untuk korang yang mempunyai masalah sindrom iritasi usus, cirit birit yang teruk dan jugak sembelit. 


Di Mana Nak Dapatkan Produk GKB Probiotik
Dimana nak dapatkan produk GKB Probiotik? Produk GKB Probiotik boleh diperolehi di semua cawangan farmasi besar di Malaysia termasuk Alpro Pharmacy. 

Untuk maklumat lebih detail berkenaan produk GKB Probiotik, sila layari laman website dan platform media sosial GKB seperti tertera;
Website: www.mygkb.comFacebook: www.facebook.com/mygkbInstagram: www.instagram.com/mygkbTikTok: www.tiktok.com/@gkbmsiaYouTube:  www.youtube.com/@malaysiagkb5950
#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2023/03/gkb-probiotik-membantu-mengekalkan-kesihatan-dan-meningkatkan-fungsi-penghadaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Produk Gkb Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman Dan Kesihatan Usus

Produk Gkb Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman Dan Kesihatan Usus

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 236 hits
Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus Sekarang ni bila usia dah masuk 30an memang sangat sangat perlu menjaga kesihatan badan Sekarang ni zaza pun dah stop atau dah kurang ambil minuman manis atau bergula Pu...
Probiotik Gkb Jadi Pilihan Perlindungan Kesihatan Dan Penjagaan Usus Terbaik

Probiotik Gkb Jadi Pilihan Perlindungan Kesihatan Dan Penjagaan Usus Terbaik

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 220 hits
Apabila usia dah menginjak ke 30 an semestinya badan AlongMurni memerlukan perlindungan tambahan dengan pengambilan suplemen untuk kesihatan jangka masa panjang Kali ini ingin kongsikan supplemen yang AM ambil dan gunakan bagi meningkatkan ...
Jaga Kesihatan Perut Dan Usus Dengan Lima Rangkaian Produk Probiotik Gkb

Jaga Kesihatan Perut Dan Usus Dengan Lima Rangkaian Produk Probiotik Gkb

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 291 hits
AssalamualaikumJaga Kesihatan Perut Dan Usus Dengan Lima Rangkaian Produk Probiotik GKB Aku sejak ada gastrik aku paling risau kalau terlambat makan Kalau gastrik menyerang terus muntah muntah dan cirit birit Tapi bila dah makan kembung per...
Gkb Probiotics Bantu Tingkatkan Kesihatan Usus Melancarkan Percernaan Serta Mencantikkan Kulit

Gkb Probiotics Bantu Tingkatkan Kesihatan Usus Melancarkan Percernaan Serta Mencantikkan Kulit

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 287 hits
Assalamualaikum Tahukah korang bahawa segala penyakit yang kita hadapi berpunca daripada perut Sebab itu kalau kita rasa sakit badan badan jadi lesu kulit berjerawat serta kusam dan banyak lagi masalah yang ada kat badan nie pertama sekali ...
Produk Kesihatan Gkb Amat Sesuai Bagi Mengatasi Masalah Perut Dan Usus

Produk Kesihatan Gkb Amat Sesuai Bagi Mengatasi Masalah Perut Dan Usus

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 292 hits
Hi Korang Di zaman yang serba moden dan pantas ini gaya hidup berubah sama sekali Daripada kita hanya bekerja siang hari dan berehat di waktu malam dan kini kita senantiasa sibuk siang malam tanpa memikirkan keadaan kesihatan kita ini Bagi ...
Kekalkan Kesihatan Usus Dan Ubah Gaya Hidup Yang Sihat Dengan Gkb

Kekalkan Kesihatan Usus Dan Ubah Gaya Hidup Yang Sihat Dengan Gkb

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 476 hits
Assalamualaikum Macam mana puasa korang setakat ni Okay tak tu Time puasa ni lah macam macam sakit yang datang kan Gastrik lah cirit birit lah Haihh macam2 yang berkaitan dengan usus lah Fatin pun tengah problem perut jugak sembelit agaknya...
Rangkaian Produk Gkb Yang Baik Untuk Penjagaan Usus Kesihatan Dalaman

Rangkaian Produk Gkb Yang Baik Untuk Penjagaan Usus Kesihatan Dalaman

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 197 hits
Bersyukur sangat di pinjamkanNya usia kak ana hingga ke hari ini Satu perjalanan usia yang telah melalui pelbagai peringkat dan pengalaman Tak banyak yang kak ana minta dariNya cukuplah diberikanNya kesihatan yang baik Dalam meniti usia ni ...
Probiotik Terbaik Untuk Keluarga Gkb

Probiotik Terbaik Untuk Keluarga Gkb

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 381 hits
Probiotik dan Prebiotik adalah istilah yang biasa kita dengar berkaitan sistem pencernaan Ada yang menganggap bahawa kedua ini adalah sama Namun untuk pengetahuan anda Probiotik dan Prebiotik adalah berbeza Probiotik merupakan nutrisi terpe...
5 Produk Gkb Probiotics Untuk Kesihatan Usus Dan Perut

5 Produk Gkb Probiotics Untuk Kesihatan Usus Dan Perut

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 268 hits
5 Produk GKB Probiotics Untuk Kesihatan Usus dan PerutMasalah sembelit pedih ulu hati perut kembang biasa berlaku berpunca dari pemakanan dan corak pemakanan kita sebelum ini TB selalu hadapi masalah kembung perut dan pedih ulu hati sebab T...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint