Probiotik Terbaik Untuk Keluarga Gkb


Probiotik dan Prebiotik adalah istilah yang biasa kita dengar berkaitan sistem pencernaan. Ada yang menganggap bahawa kedua ini adalah sama. Namun untuk pengetahuan anda Probiotik dan Prebiotik adalah berbeza. Probiotik merupakan nutrisi terpenting untuk menjaga kesihatan usus kita.  Sebelum Cik iena kongsikan tentang Supplement probiotik Terbaik untuk keluarga, Cik iena kongsikan terlebih dahulu mengenai Probiotik dan Prebiotik.

 

PROBIOTICSPROBIOTICS merupakan bakteria baik dalam sistem pencernaan kita(usus besar). Kehadiran probiotik mewujudkan satu ekosistem pencernaan yang seimbang. Sebagai contoh, mereka mengawal populasi bakteria berbahaya dalam sistem pencernaan kita supaya bakteria berbahaya ini tidak menjadi terlalu “overgrowth” dan memberi kesan yang tak baik pada tubuh.

Ini bermaksud kita harus memastikan yang bakteria “baik” ini tidak kurang/pupus dalam badan kita menerusi diet yang baik. Apabila bakteria baik ini banyak, maka barulah mereka tidak akan membiarkan bakteria jahat menjadi “dominan” atau “naik kepala” dalam tubuh badan kita.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikroorganisma hidup yang apabila diambil dalam kuantiti yang cukup, memberi kesan yang baik terhadap kesihatan.
Selain dari susu kultur, probiotik boleh didapati dalam lain-lain jenis makanan yang dijeruk atau ditapai seperti yogurt, keju lembut, jeruk sayur-sayuran dan tempe. Probiotik juga boleh didapati dalam bentuk kapsul sebagai suplemen. 
Banyak kajian telah dan sedang dijalankan untuk menilai manfaat dan keselamatan produk yang mengandungi probiotik terhadap tubuh. Manfaat yang telah diketahui umum ialah meningkatkan kesihatan usus.  

Bakteria jenis Lactobacillus rhamnosus GG dan Lactobacilus casei DN-114 001 telah dibuktikan berupaya mengurangkan keterukan cirit-birit yang disebabkan oleh rawatan antibiotik dan memendekkan tempoh cirit-birit disebabkan oleh jangkitan rotavirus.

Streptococcus thermophilus didapati mampu mengurangkan gejala kembung perut, loya dan muntah akibat kurang toleransi terhadap laktosa (sejenis gula semula jadi dalam susu). Beberapa kajian terhadap Lactobacillus casei Shirota pula mendapati bahawa ia dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

Beberapa kajian lain menilai penggunaan probiotik untuk kesihatan kardiovaskular, mencegah kanser, dan merawat jangkitan vagina. Namun begitu, masih banyak bukti perlu dikumpulkan untuk mengesahkan keselamatan dan keberkesanannya untuk tujuan tersebut.


 
PREBIOTICS
PREBIOTICS pula merupakan karbohidrat yang tidak boleh dicernakan oleh tubuh. ianya  merupakan “makanan” kepada PROBIOTICS . Prebiotik adalah bahan yang menyimpan mikroorganisma berfaedah (bakteria) di dalam kolon sihat anda. Mereka memilih untuk memulakan pertumbuhan satu atau beberapa bakteria yang berbeza di dalam usus besar anda. Dalam bahasa mudah, prebiotik akan membuatkan bakteria baik anda lebih kuat dan sihat supaya mereka dapat melayani anda dengan lebih baik.

Kedua-dua istilah ini juga boleh merujuk kepada kumpulan makanan. Sebagai contoh, PROBIOTICS juga merujuk kepada makanan yang mengandungi bakteria baik di dalamnya. Biasanya makanan dari kategori PROBIOTICS ini adalah makanan yang sudah diproses, termasuklah yang telah melalui proses penapaian (fermentation).

Manakala PREBIOTICS pula biasanya merujuk kepada makanan yang belum diproses. Ia akan ‘diproses’ sebagai makanan kepada PROBIOTICS bila dah masuk dalam sistem pencernaan kita nanti.
 


Bagaimanakah Prebiotik berbeza dengan Probiotik?
Probiotik secara amnya boleh ditakrifkan sebagai apa-apa makanan tambahan bakteria yang positif memberi kesan kepada tubuh anda. Pada asasnya, probiotik adalah bakteria baik yang anda makan untuk meningkatkan kesihatan saluran usus anda. Saluran usus sihat diterjemahkan ke dalam badan yang sihat. Bakteria baik adalah satu bahagian penting dalam halangan usus. Ianya membiarkan nutrien sambil toksin dan patogen keluar.
 
Sekiranya saluran pencernaan (biasanya dirujuk sebagai usus ) rosak atau uzur, anda tidak akan dapat untuk mengasimilasikan dan menyerap nutrien yang diperlukan oleh badan . Jadi ini akan mengakibatkan badan anda mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Secara ringkasnya, prebiotik adalah komponen makanan nondigestible (makanan untuk bakteria baik) yang membantu probiotik (bakteria baik) dalam saluran usus anda. Seterusnya ia akan membantu dalam menjaga dan memastikan usus atau sistem pencernaah berada dalam keadaan baik dan sihat. Probiotik dan prebiotik bertindak secara sinergistik untuk menggalakkan kesihatan yang baik.
Jadi sekarang, kita dah boleh nampak beza diantara istilah PROBIOTICS & PREBIOTICS.
9 Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan
Seimbangkan ekosistem dalam pencernaanMembantu penurunan berat badanMenjaga kesihatan pencernaanMencegah dan membantu mengatasi infeksi saluran pernafasanMenjaga kesihatan kulitMenurunkan kolesterol jahat dan tekanan darahMeredakan kemurungan dan kegelisahanMembantu mengatasi ekzemaMembantu mencegah dan merawat cirit-birit
 
1. Seimbangkan ekosistem dalam pencernaan

Bakteria dan kulat probiotik adalah sesuatu yang diperlukan oleh tubuh kerana salah satu kelebihan probiotik adalah menyeimbangkan ekosistem bakteria dalam pencernaan.
Manfaat probiotik adalah menjaga keseimbangan dan memastikan mikroorganisma yang baik dalam tubuh terus berfungsi dengan baik. Ia juga boleh memberi kesan yang baik pada sistem imun anda.
Ketidakseimbangan mikroorganisma dalam saluran pencernaan berpotensi meningkatkan risiko terkena penyakit, seperti penyakit jantung, diabetes, dan sebagainya.


2. Membantu penurunan berat badan

Berita baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, kerana salah satu kelebihan probiotik adalah membantu perjalanan anda dalam mencapai berat badan ideal anda.
Manfaat probiotik dalam penurunan berat badan terbukti melalui penyelidikan yang mendapati bahawa bakteria probiotik Lactobacillus gasseri dapat mengurangkan lemak perut dalam 12 minggu.
Walau bagaimanapun, kajian lanjut mengenai fungsi probiotik mengenai penurunan berat badan.


3. Menjaga kesihatan pencernaan

Manfaat probiotik yang paling terkenal adalah menjaga kesihatan pencernaan yang bermanfaat untuk kesihatan. Probiotik dapat mengekalkan sistem pencernaan yang sihat dengan menyeimbangkan semula ekosistem bakteria di saluran pencernaan. Dalam menjaga kesihatan pencernaan, manfaat probiotik juga dapat menghilangkan gejala sindrom iritasi usus, melawan jangkitan dengan bakteria H. pylori yang dapat memicu barah gastrik, dan mengatasi penyakit radang usus.


4. Mencegah dan membantu mengatasi infeksi saluran pernafasan

Satu kajian menunjukkan bahawa manfaat probiotik adalah untuk mencegah dan merawat jangkitan pernafasan, seperti selsema dan sebagainya.
Pengambilan bakteria probiotik lactobacillus dan bifidobacterium dapat memendekkan tempoh penyakit yang dialami dan mengurangkan kadar ketiadaan akibat penyakit.


5. Menjaga kesihatan kulit

Manfaat probiotik tidak hanya terbatas pada pencernaan, tetapi juga untuk menjaga kesihatan kulit.
Kulat probiotik atau bakteria diketahui dapat merawat jerawat, membantu penyembuhan luka, dan melindungi kulit dari sinar matahari.


6. Menurunkan kolesterol jahat dan tekanan darah

Probiotik didapati menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, kelebihan probiotik adalah menurunkan tekanan darah.


7. Meredakan kemurungan dan kegelisahan

Siapa sangka bahawa kesihatan mental juga dapat dijaga dengan memakan jamur atau bakteria probiotik? Pengambilan probiotik berperanan dalam perkembangan otak untuk menghilangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.


8. Membantu mengatasi ekzema

Dalam satu kajian, terbukti bahawa susu yang mengandung probiotik dapat mengurangkan gejala eksim pada bayi atau anak-anak, dibandingkan dengan bayi lain yang hanya minum susu biasa.
Di samping itu, kajian lain juga membuktikan bahawa ibu yang menggunakan probiotik semasa mengandung, bayi mereka akan mengelakkan eksim sebanyak 83 peratus dalam dua tahun pertama kehidupan.


9. Membantu mencegah dan merawat cirit-birit

Manfaat probiotik yang cukup popular adalah untuk mencegah dan mengatasi masalah saluran pencernaan, seperti cirit-birit. Perlu diingat, cirit-birit adalah salah satu kesan sampingan penggunaan antibiotik. Ini berlaku kerana antibiotik dapat menstabilkan bakteria baik dan buruk di usus.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa manfaat probiotik dapat menghilangkan cirit-birit kerana kesan sampingan ubat antibiotik.

 


Walaupun probiotik boleh didapati dalam banyak jenis makanan yang sedia ada di rumah, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum mengamalkan probiotik untuk tujuan kesihatan.
 
Setiap spesies bakteria mempunyai keupayaan dan manfaat yang berbeza-beza. Probiotik perlu diambil dalam kuantiti yang cukup untuk memberi kesan yang mujarab Pengambilan probiotik mungkin tidak sesuai untuk beberapa jenis penyakit atau keadaan yang melibatkan sistem pertahanan badan yang lemah seperti seperti HIV/AIDS, dan sebagainya. serta wanita mengandung (perlukan nasihat dari doktor).


Peringatan sebelum mengambil Probiotik.
Siapa yang tak boleh ambil Probiotik?
Secara umumnya, golongan yang paling berisiko mendapat apa-apa jenis jangkitan ialah pesakit kanser, penghidap HIV/AIDS, pesakit yang baru menjalani pemindahan sumsum tulang, dan pesakit yang menjalani rawatan steroid jangka panjang. Golongan ini perlu lebih waspada dengan pengambilan probiotik.
Anda perlu mendapatkan nasihat dokrot sekiranya anda mengalami masalah penyakit pada pankreas, sistem imun lemah atau sindrom usu pendek sebelum mengamalkan probiotik.

Tidak terkecuali juga wanita hamil , menyu anak  dan merancang hamil juga perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang pengambilan probiotik. 


Peringatan Selepas Mengambil Probiotik!
Untuk mendapat manfaat berpanjangan daripada probiotik, ia perlu diambil secara berterusan kerana biasanya jumlah probiotik dalam usus akan berkurangan apabila pengambilannya dihentikan. 
Perlu anda ingat juga probiotik dan prebiotik adalah supplements atau makanan tambahan dan ia bukannya ubat ubatan. Namun dalam pengambilan makanan tambahan ini ada perlu patuh pada kadar dos yang ditetapkan dalam sehari.


Kadar  Probiotik Yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari
Kadar Probiotik yang diperlukan dalam tubuh dewasa adalah sekitar  10-20 billion CFU sehari untuk menjaga kesihatan imun dan pencernaan (Baca Disini) . 
Untuk yang tidak ambil prebiotik mungkin boleh amalkan 10-20 billion CFU sehari. Apa-apa pun jika anda ragu boleh dapatkan nasihat doktor anda untuk kadar yang sesuai untuk tahap kesihatan anda. 
Bilakah Waktu Terbaik untuk Mengambil Probiotik?
Waktu terbaik untuk mengambil pil probiotik adalah sebelum tidur. Ini kerana semasa tidur, perut tidak begitu aktif menghasilkan asid. Dengan cara ini, akan ada lebih banyak bakteria probiotik yang bertahan di saluran pencernaan.

Selain itu, kebanyakan orang juga tidak membuang air besar pada waktu malam kerana usus tidak banyak bergerak. Ini membolehkan probiotik bertahan lebih lama, hancur, dan akhirnya menjadi bahagian usus anda.

Namun, itu tidak bermakna anda tidak boleh mengambil pil probiotik pada siang hari. Satu kajian dalam jurnal Beneficial Microbes mendapati bahawa waktu ideal lain untuk mengambil pil probiotik adalah 30 minit sebelum makan.

Dalam tempoh ini, pengeluaran asid gastrik rendah sehingga bakteria probiotik dapat bertahan lama di saluran pencernaan. Mengambil probiotik selepas makan sebenarnya mengurangkan keberkesanannya kerana perut aktif mencerna makanan.


Di mana untuk dapatkan makanan tambahan probiotik / supplements prebiotics?Untuk dapatkan supplement probiotik dan prebiotik anda boleh dapatkan di GKB. Terdapat pelbagai Variasi Produk berasaskan Probiotik dengan pelbagai fungsi khusus yang ditawarkan. Anda boleh mengamalkan supplement probiotik mengikut kebutuhan tubuh anda.
Probiotik Terbaik Untuk Keluarga -GKBKenapa Cik iena katakan Probiotik terbaik untuk keluarga kerana GKB mempunyai pelbagai jenis supplement yang mempunyai fungsi khusus yang berlainan disamping mempunyai kandungan Probiotik sebagai kandungan utama yang mana kandungan ini sangat bagus untuk usus kita. Setiap orang pasti mengalami masalah kesihatan yang berbeza. Jadi boleh amalkan mengikut keperluan tubuh masing-masing.
 Probiotik Terbaik Untuk Keluarga -GKB Produk GKB Membantu menjaga sistem penghadaman dan kesihatan UsusBaru-baru ini Cik iena telah muncuba produk probiotik daripada GKB. Produk probiotik daripada GKB ini mempunyai pelbagai fungsi khuhus yang tersendiri bagi setiap jenis supplement probiotik.  Antara produk GKB yang mengandungi Probiotik adalah seperti berikut

GKB Probio+ : Untuk Membaiki UsusGKB Probizymes : Untuk Mengurangkan GastritisGKB Lactobacillus Rhamnosus PlusGKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan SembelitGKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori
Kelima-lima produk GKB ini mempunyai fungsi khusus yang tersendiri. Anda boleh amalkan produk GKB mengikut kebutuhan atau keperluan badan anda. Ianya sesuai untuk diamalkan oleh seisi keluarga.


1. GKB Probio+ : Untuk Membaiki Usus

GKB Probio+ : Untuk Membaiki Usus 
Ia didatangkan dalam pembungkusan berkotak bewarna biru dan dalam bentuk sachet. Setiap kotak mengandungi 30 sachet . Tekstur GKB Probio+ ini isinya berbentuk biji halus silinder .
Rasanya manis-manis yang tidak terlalu manis. Cara makannya hanya tuang terus ke dalam mulut atau boleh juga di campur dalam jus minuman.
GKB Probio+ ini mempunyai 5 jenis bakteria probiotik yang aktif tau dan terdapat 4 jenis prebiotik yang mana ia dapat membantu dalam proses pencernaan dan mengurangkan sembelit dan juga ciri birit. 
 


GKB Probio+ : Untuk Membaiki Usus

Selain daripada itu, ianya juga membantu dalam proses pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan seterusnya dapat mengekalkan keseimbangan mikroflora usus serta dapat membantu meningkatkan imuniti tubuh badan anda.



2. GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis

GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis 
Ianya didatangkan dalam pembungkusan kotak berwarna ungu dan dalam bentuk sachet. Setiap kotak mengandungi 30 sachet cukup untuk sebulan dan setiap sachet memgandungi 20 bilion jumlah bakteria probiotik hidup. Supplement ini bagus untuk menngurangkan masalah Gastritis.

Apa tu Gastritis?  Gastritis adalah keradangan perut. Tandanya seperti rasa nyeri ulu hati,mual,muntah dan rasa nyeri di perut.

GKB Probizymes ini mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang aktif dan 4 jenis prebiotik yang mana ia berfungsi untuk membantu sistem pencernaan, mengurangkan sembelit dan juga cirit-birit.


GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis

Gabungan kedua-dua bakteria ini dapat memberikan perlindungan optimum kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkankeseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti.

Untuk anda yang mengalami masalah sembelit ringan dan senak perut boleh mengamalkan GKB Probizymes.



3. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus 
Ia juga didatangkan dalam kotak bewarna pink dan dalam bentuk sachet. Rasanya manis-manis seperti gula-gula. Isinya juga berbentuk biji halus silinder dan mengandungi 30 sachet.

Untuk anda yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif anda boleh amalkan  GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus juga mengandungi probiotik Lactobacillus rhamnosus yang dapat mencegah gastrousus ( radang usus ) seperti usus bocor atau dysbiosis ( ketidakseimbangan mikroorganisma dalam badan )



GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

Cik iena mengalami masalah kulit kering, memandangkan usia Cik iena 3 series jadi memang tak lari dari masalah kulit kering.Supplement ini sangat sesuai dengan Cik iena kerana dalam usaha menjaka kesihatan usus cik iena juga ingin tampil cantik, kulit sihat dari dalam. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, Cik amalkan secara konsisten.Hasilnya kulit menjadi lembab dan masalah susah untuk membuang berkurang. Walaubagaimana kesan setiap supplement adalah bergantung pada individu.

Produk ini juga dikatakan dapat membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita,meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob.



4. GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit

GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit
 
GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik. Ianya didatangkan dalam bentuk kapsul.Setiap kapsul  mempunyai 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup yang mana ianya boleh membantu meningkatkan flora usus.


GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit

Produk ini khas untuk membaiki usus. Untuk anda yang mengalami masalah iritasi usus,cirit birit yang teruk  boleh mengamalkan supplement ini.



5. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori 
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini sangat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan atau yang ingin kurus.
Fungsi-fungsi supplement ini adalah untuk membantu mengurangkan penyerapan kalori, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang berpunca dari sinaran UV



GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini juga sekiranya diamalkan pengambilannya secara berterusan, ianya dapat membantu masalah sembelit, masalah kulit kering, mengurangkan kedutan kulit, menganjalkan kulit dan meningkatkan kesihatan.



Supplement ni bagus untuk kurangkan berat tapi disebabkan sekarang Cik iena tengah review slimming treatment jadi Cik iena tak ambil produk ni lagi sebab Cik iena nak tau keberkesanan slimming treatment tu dan kalau makan supplement ini mungkin juga kesan turun berat lebih drastik disebabkan dalam masa sama buat Cik iena ada buat slimming treatment. Nanti orang salah anggap keberkesanannya.
 
Selesai Cik iena buat slimming treatment baru Cik iena cuba produk ini sebab nak tau juga keberkesanannya tanpa amalkan slimming treatment.





Kelima-lima supplement ini mempunyai kebaikan yang tersendiri. Anda boleh amalkan mengikut kebutuhan tubuh badan anda.

CIk iena suka dengan GKB Lactobalicilus Rhamnosus Plus kerana selain menjaga usus kita, ianya juga membantu untuk menjaga kulit dari dalam. Kulit lebih lembab dari sebelum ini dan masalah susah nak membuang tu pun beransur baik.

Anda di luar sana juga boleh amalkan produk GKB ini, untuk kesihatan perut dan usus anda juga.


Dimana untuk dapatkan Produk GKB?
Untuk pengetahuan produk GKB boleh didapatkan di Farmasi terdekat termasuk Alpro Pbarmacy atau boleh buat pembelian secara online di https://mygkb.com


Selain itu anda juga boleh message mereka di akaun sosial media mereka.

Facebook: www.facebook.com/mygkb
Instagram: www.instagram.com/mygkb
TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia
RED ID: 1318211221 (GKB 集康宝)
YouTube: www.youtube.com/@malaysiagkb5950



















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2023/03/probiotik-terbaik-GKB.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Probiotik Gkb Jadi Pilihan Perlindungan Kesihatan Dan Penjagaan Usus Terbaik

Probiotik Gkb Jadi Pilihan Perlindungan Kesihatan Dan Penjagaan Usus Terbaik

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 226 hits
Apabila usia dah menginjak ke 30 an semestinya badan AlongMurni memerlukan perlindungan tambahan dengan pengambilan suplemen untuk kesihatan jangka masa panjang Kali ini ingin kongsikan supplemen yang AM ambil dan gunakan bagi meningkatkan ...
Lindungi Rumah Dan Keluarga Anda Dengan Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak Terbaik Malaysia

Lindungi Rumah Dan Keluarga Anda Dengan Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak Terbaik Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 190 hits
Bagus betul ChatGPT dalam bab mengarang Saya minta dia karang satu iklan yang terbaik untuk menarik minat pelanggan berpotensi menggunakan khidmat pest control syarikat saya Easelife Services Sdn Bhd Dan ini lah hasil karangannya Cuba baca ...
Gkb Probiotik Membantu Mengekalkan Kesihatan Dan Meningkatkan Fungsi Penghadaman

Gkb Probiotik Membantu Mengekalkan Kesihatan Dan Meningkatkan Fungsi Penghadaman

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 227 hits
GKB Probiotik Membantu Mengekalkan Kesihatan Dan Meningkatkan Fungsi PenghadamanAssalamualaikum Hi korang Apa khabar semua Pernah dengar mengenai produk GKB Probiotik keluaran GK Bio International Sdn Bhd atau singkatannya GKB Sebelum KakYa...
Produk Gkb Probiotik Yang Bagus Untuk Usus Dan Kulit

Produk Gkb Probiotik Yang Bagus Untuk Usus Dan Kulit

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum semakin hari semakin bertambah usia Pejam celik tahun ni dah nak masuk 34 Pola makan dan hidup kalau tak diubah lama lama sakit ini sakit itu Ada terbaca haritu yang pengambilan prebiotik bagus untuk kesihatan Kawan sugest G...
Jaga Kesihatan Perut Dan Usus Dengan Lima Rangkaian Produk Probiotik Gkb

Jaga Kesihatan Perut Dan Usus Dengan Lima Rangkaian Produk Probiotik Gkb

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 300 hits
AssalamualaikumJaga Kesihatan Perut Dan Usus Dengan Lima Rangkaian Produk Probiotik GKB Aku sejak ada gastrik aku paling risau kalau terlambat makan Kalau gastrik menyerang terus muntah muntah dan cirit birit Tapi bila dah makan kembung per...
Rumah Keluarga Angkatan Tentera

Rumah Keluarga Angkatan Tentera

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 471 hits
Rumah Keluarga Angkatan Tentera merupakan salah satu kemudahan teras kebajikan yang disediakan khas kepada anggota yang berkeluarga dan sedang berkhidmat serta merupakan salah satu faktor kesiapsiagaan dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Ma...
Intip Deretan Momen Buka Puasa Pertama Keluarga Nagita Slavina Ramai

Intip Deretan Momen Buka Puasa Pertama Keluarga Nagita Slavina Ramai

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 280 hits
Ramadan menjadi bulan yang spesial untuk berkumpul bersama keluarga Oleh karena itu Nagita Slavina tak mau melewatkan kesempatan ini begitu saja Keluarga Sultan Andara ini baru saja menggelar acara buka bersama sekaligus pengajian untuk rum...
Setelah 15 Tahun Raffi Ahmad Akhirnya Bisa Kembali Jalani Sahur Bareng Keluarga

Setelah 15 Tahun Raffi Ahmad Akhirnya Bisa Kembali Jalani Sahur Bareng Keluarga

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 148 hits
Siapa sangka setelah 15 tahun selalu menggunakan waktu sahur di bulan suci Ramadan dengan bekerja kali ini Raffi Ahmad bisa kembali berkumpul dengan keluarga Ia bisa makan sahur bersama istri tercinta Nagita Slavina Berikut beberapa momenny...
3 Anak Najib Razak Antara Penerus Legasi Kepimpinan Keluarga Dalam Umno

3 Anak Najib Razak Antara Penerus Legasi Kepimpinan Keluarga Dalam Umno

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 192 hits
bharian com myOleh Mac 21 2023 10 18am3 Anak Najib Datuk Mohd Nizar Datuk Mohd Nazifuddin dan Nooryana Najwa KUALA LUMPUR Kesinambungan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak diteruskan apabila tiga anaknya terpilih menjawat jawatan dalam pemili...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap