Kekalkan Kesihatan Usus Dan Ubah Gaya Hidup Yang Sihat Dengan Gkb
Assalamualaikum!
Macam mana puasa korang setakat ni? Okay tak tu? 🤭
Time puasa ni lah macam macam sakit yang datang, kan? Gastrik lah, cirit birit lah. Haihh, macam2 yang berkaitan dengan usus lah
Fatin pun tengah problem perut jugak, sembelit agaknya sebab ada masalah pencernaan lama dah. Bila makan tu memang tak fikir apa, syok layan nafsu makan 😂 bila dah sakit, baru terhegeh hegeh nak cari ubat
Kawan Fatin la yang rekemen GKB ni. Duk search kat Google info tentang GKB. Boleh tahan popular jugak rupanya. GKB (GK BIO International Sdn Bhd) mula ada kat pasaran sejak tahun 2018 dengan usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan.
Fokus utama GKB adalah bertujuan untuk menyedarkan tentang kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi di Malaysia dengan harga yang berpatutan. Lebih 1 juta rakyat Malaysia dah berjaya mengekalkan gaya hidup sihat dengan GKB
Setiap produk kesihatan GKB diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF, GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025, bagi menjamin keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi
GKB G-Pro Gold untuk mereka yang ada masalah sembelit
Bila makan tak teratur, tambah pulak dengan tekanan kerja, memang mudah kena sembelit
GKB G-Pro direka khas untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit birit yang teruk dan sembelit. Ia mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik. Setiap kapsul vegetarian ini ada 80 bilion bakteria probiotik hidup, yang mana bantu meningkatkan flora usus
Probiotik akan membiak dan memetabolismekan dalam usus selain meningkatkan pH dan rembesan usus bagi membantu kurangkan kemandirian bakteria patogen dengan meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan keradangan usus
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengawal minyak dan mengurangkan kalori
Kalau rasa jenis kuat makan tapi nak badan maintain, korang kena amalkan GKM3 ni sebabnya dia dapat bantu kurangkan penyerapan kalori dan bantu turunkan berat badan
Dalam GKM3 ni ada lactobacillus plantarum, ianya ketegangan probiotik yang kuat untuk serap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolestrol, trigliserida). Ketegangan probiotik ni dah menang lebih 20 anugerah dan paten dari pelbagai negara tau. Hebat kan
Bila badan dah ringan, secara tak langsung kite dapat tingkatkan tenaga dan badan lebih langsing
Ramai pengguna GKM3 dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 5kg dalam tempoh 2 bulan (hasil berbeza untuk setiap individu)
GKB Probio+ untuk perbaiki usus dengan 5 jenis bakteria probiotik yang aktif dan 4 jenis prebiotik dimana ia membantu pencernaan dan dapat mengurangkan masalah sembelit dan cirit birit
Kombinasi yang sempurna ini dapat memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus badan kite dan dapat menyerap nutrien daripada makanan selain mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan tingkatkan imuniti
Ia sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan keluarga dengan adanya 20 bilion bakteria hidup dalam setiap sachet
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fatindiana.com/2023/03/kekalkan-kesihatan-usus-dan-ubah-gaya.html