Produk Gkb Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman Dan Kesihatan Usus
Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus | Sekarang ni bila usia dah masuk 30an memang sangat-sangat perlu menjaga kesihatan badan. Sekarang ni zaza pun dah stop atau dah kurang ambil minuman manis atau bergula. Puncanya sebab setiap hari kaki zaza jadi kebas tak kira masa. Kadang ia datang bila waktu zaza nak solat. Time ni memang krem gila kaki.
Zaza pun cari info kenapa kebas kaki kerap terjadi. Boleh kata hari-hari berlaku. Lepas dapat info seramlah juga baca.Lepas tu baru terfikir yang zaza hari-hari ambil minuman manis dengan kuantiti yang banyak. Sejak dari tu lah zaza plan-plan ubah tabiat minum. Zaza banyakkan minum air kosong je. Sekali dua je ambil air manis dalam sebulan. Dan alhamdulillah, selama berbulan-bulan kebas dah tak jadi..memang lega sangat..skin kulit muka zaza pun lebih sihat.
Selain tu zaza pernah juga alami masalah sembelit yang sangat kerap. Banyak kali dah zaza share dekat blog yang zaza memang ada masalah sembelit.
Bila banyak membaca pasal isu sembelit barulah tahu yang sembelit ni salah satu tanda ada masalah usus yang kurang sihat. Masalah sembelit ni dah 2-3 tahun. Sekarang je dah kurang alami.
Jadi penting tau untuk kita menjaga usus sebaiknya. Bila usus tak sihat ia boleh mendatangkan banyak masalah seperti berat badan cepat naik, kulit kusam dan berjerawat, cepat letih dan lesu, masalah pencernaan seperti sembelit, cirit-birit, gas, kembung perut, masalah pedih ulu hati dan beberapa lagi.
Alang-alang cakap pasal penjagaan usus, ni zaza nak share tentang produk kesihatan GKB ( GK BIO International Sdn Bhd )
Produk GKB ni khas untuk mereka yang mempunyai kesihatan usus. Ia membantu meningkatkan proses penghadaman secara menyeluruh dan untuk kesejahteraan usus secara Komprehensif.
Untuk pengetahuan, GKB ( GK BIO International Sdn Bhd ) adalah syarikat yang telah ditubuhkan dengan usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2018.
GKB telah mengeluarkan lima produk unik untuk mereka yang menghadapi masalah penghadapan dan kesihatan usus iaitu GKB Probio+, GKB Probizymes, GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus, GKB G-Pro Gold dan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3.
Jom zaza share info-info setiap produk
1. GKB Probio+ : Untuk Membaiki Usus
Ia datang dalam packing berkotak dan dalam bentuk sachet. Zaza dah cuba makan. GKB Probio+ ni isinya berbentuk biji halus silinder ( kalau tengok macam gula-gula budak punya )
Rasanya manis-manis yang tak manis sangat. Cara makannya hanya tuang terus ke dalam mulut atau kalau nak campur dalam jus minuman pun boleh.
Sachetnya yang kecil amat mudah jika nak masuk dalam beg atau bawa travel. Dalam kotak ni ada
GKB Probio+ ni ada 5 jenis bakteria probiotik yang aktif tau dan 4 jenis prebiotik yang mana ia dapat membantu dalam proses pencernaan dan mengurangkan sembelit dan ciri birit.
Selain itu, ia juga membantu dalam pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan juga mengekalkan keseimbangan mikroflora usus serta dapat membantu meningkatkan imuniti.
Buat masa ni sembelit zaza belum datang lagi.
2. GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis
Apa tu Gastritis? Gastritis adalah keradangan perut. Tandanya seperti rasa nyeri ulu hati,mual,muntah dan rasa nyeri di perut.
Untuk GKB Probizymes ni, sebenarnya zaza belum makan lagi sebab zaza tak ada masalah gastritis. So mungkin nanti zaza akan share dengan rakan-rakan yang ada masalah tersebut dan teringin nak cuba.
Didatangkan dalam bungkusan kotak berwarna ungu dan dalam bentuk sachet. Setiap kotak mengandungi 30 sachet cukup untuk sebulan dan setiap sachet memgandungi 20 bilion jumlah bakteria probiotik hidup
Didalam GKB Probizymes ni mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang aktif dan 4 jenis prebiotik yang mana ia berfungsi untuk membantu pencernaan, mengurangkan sembelit dan cirit-birit
Gabungan kedua-dua bakteria ini dapat memberikan perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkankeseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti
Untuk yang mengalami sembelit ringan dan senak perut boleh mengambil GKB Probizymes
3. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
Untuk korang yang ada masalah kulit kering dan sensitif boleh ambil GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni.
Ia juga datang dalam kotak dan dalam bentuk sachet. Rasanya pun manis-manis macam gula-gula. Isinya juga berbentuk biji halus silinder. Memang sedap
GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus juga mengandungi probiotik Lactobacillus rhamnosus yang dapat mencegah gastrousus ( radang usus ) seperti usus bocor atau dysbiosis ( ketidakseimbangan mikroorganisma dalam badan )
Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, perlu amalkan secara konsisten. Pendapat zaza, sekurang-kurangnya perlu ambil dalam tempoh 1 hingga 3 bulan untuk menampakkan hasil. Bagaimana pun ia bergantung juga pada individu.
Produk ini juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita,meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob.
4. GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit
Produk ni pun sesuai untuk zaza sebab ia dapat membantu mengurangkan sembelit. Siapa yang memang ada sembelit tahu lah betapa seksanya untuk membuang air besar. Teringat dulu peristiwa masa zaza di salah sebuah universiti, tahun bila zaza dah lupa. Kebetulan sakit perut dan sembelit. Hampir 3 jam zaza dalam tandas kerana sembelit yang sangat-sangat teruk. Sejak kes ni lah zaza cuba beberapa produk untuk kurangkan sembelit.
Dalam GKB G-Pro Gold ini terdapat 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik. Datang dalam bentuk kapsul.
Setiap kapsul pula mempunyai 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup yang mana ia boleh membantu meningkatkan flora usus.
Produk ni memang khas untuk membaiki usus. Untuk yang ada masalah iritasi usus,cirit birit yang teruk juga boleh mengambil produk ini.
Untuk produk ini, zaza belum cuba lagi sebab zaza nak habiskan makan GKB Probio+ dulu.
5. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori
Panjang nak sebut nama produk ni hehe..btw, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini dicipta khas untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan atau mengurangkan berat badan.
Selain itu fungsi-fungsi lain adalah membantu mengurangkan penyerapan kalori, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang berpunca dari sinaran UV
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini juga kalau dimakan berterusan dapat membantu masalah sembelit, masalah kulit kering, mengurangkan kedutan kulit, menganjalkan kulit dan meningkatkan kesihatan.
Adakah Produk-Produk GKB Mempunyai Kelulusan dan Halal?
So, zaza dah share info tentang produk-produk GKB ni..tapi mungkin ada yang was-was adakah produk ini ada kelulusan atau tidak?
Untuk maklumat, GKB sudah pun diperakui dengan SIJIL PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, SIJIL KAWALAN KUALITI TAHAP 2 TFDA, Pensijilan Standart pembuatan cemerlang GMP MALAYSIA, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.
Setiap penghasilan produk juga mempunyai jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi.
So, korang tak perlu was-was lagi.
Bagaimana pun, bagi yang ingin mencuba, zaza sarankan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.
Bagaimana Untuk Membeli Produk GKB?
Pada anda yang berminat, boleh dapatkan produk GKB di semua cawanga Farmasi besar di Malaysia. Boleh juga didapati di Alpro Pharmacy.
Laman Web: www.mygkb.com
Platform Media Sosial GB:
Facebook: www.facebook.com/mygkb
Instagram: www.instagram.com/mygkb
TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia
RED ID: 1318211221 (GKB 集康宝)
YouTube: www.youtube.com/@malaysiagkb5950
#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gbprobiotics #gkbspacesuit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2023/03/produk-gkb-membantu-meningkatkan-proses.html