Giliran Bermalam Antara Isteri Isteri



Soalan:
Jika bermalam bagi isteri pertama dan bila tiba giliran isteri kedua pada hari kedua, sudah kurang mampu. Boleh tangguh atau perlu teruskan untuk mencapai keadilan. Mohon nasihat berkaitan penggiliran malam antara isteri. Terima kasih.

Jawapan:
Pada asasnya, hukum melakukan giliran bermalam dalam kalangan isteri adalah sunat sahaja dan bukan wajib. Orang yang berpoligami sunat membahagikan giliran bermalam di kalangan isterinya dan bermalam bersama mereka serta tidak membiarkan mereka. Ia tidak wajib kerana giliran bermalam adalah hak suami dan dia boleh tidak melaksanakannya. Walaupun begitu, jika dia telah bermalam dengan salah seorang daripada isterinya secara undian atau cara yang lain, maka dia mesti bermalam dengan isteri-isterinya yang lain dan wajib melaksanakan penggiliran tersebut bagi bersikap adil kepada mereka. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/630)

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.” (Surah al-Nisa’: 3)

Ayat ini menunjukkan wajib bersikap adil dalam memberi giliran dalam kalangan isteri. Begitu juga, hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتَانِ فَمَالَ إِلَى إِحْدَاهُمَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ
“Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri dan cenderung kepada seorang daripadanya, pada hari Kiamat, dia datang dalam keadaan yang senget.” [Riwayat Abu Daud (2133) dan al-Tirmizi (1141)]

Keadaan yang digambarkan dalam hadith ini menunjukkan balasan kerana meninggalkan perbuatan yang wajib.

Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, katanya:

أَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ وَيَقُولُ: اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِى فِيمَا أَمْلِكُ فَلاَ تَلُمْنِى فِيمَا تَمْلِكُ وَلاَ أَمْلِكُ
“Nabi SAW membuat giliran dalam kalangan isterinya dan berlaku adil.” Baginda bersabda: “Ya Allah, inilah pembahagian yang mampu aku lakukan. Janganlah kamu mencela aku tentang pembahagian yang kamu miliki yang tidak mampu aku lakukan.” [Riwayat al-Tirmidzi (1140) dan Abu Daud (2134)]

Al-Mubarakfuri berkata: Maksud “apa yang Kamu milik dan tidak aku miliki” adalah dari sudut menambah kasih sayang dan kecenderungan hati. Ibn al-Humam berkata, zahirnya bahawa selain daripada itu adalah termasuk di bawah kemampuannya yang wajib disamaratakan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/247)

Marilah kita melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan nas Ilahi:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
“Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’: 19)

Syeikh al-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.

Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)

Semoga rumahtangga kita menjadi Baiti Jannati dan marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar diberkati dan memperolehi kebahagiaan dalam hidup.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74)

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/giliran-bermalam-antara-isteri-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Pukui Isteri Pertama Selepas Tak Tahan Terima Panggilan Bertali Arus Pada Malam Bukan Giliran

Lelaki Pukui Isteri Pertama Selepas Tak Tahan Terima Panggilan Bertali Arus Pada Malam Bukan Giliran

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 230 hits
Selepas tidah tahan si isteri secara terus menelefonnya bagi meminta agar menghantar motosikal sambil berleter seorang suami hilang perasaan sabar sehingga bertindak menc3derakan isteri terbabit Kisah ini berlaku pada tahun 2017 yang lalu d...
Ramai Tak Tahu Isteri Suami Boleh Saman Orang Ketiga Yang Mengganggu Rumahtangga

Ramai Tak Tahu Isteri Suami Boleh Saman Orang Ketiga Yang Mengganggu Rumahtangga

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 567 hits
Hidup berpasangan adalah fitrah hidupan di dunia ini termasuklah manusia yang akan melalui kehidupan bersama melalui ikatan perkahwinan Banyak perkara yang boleh menjadi punca perceraian seperti kerjaya penyakit keluarga dan yang sering ter...
Hukum Suami Ambil Wang Isteri Tanpa Izin

Hukum Suami Ambil Wang Isteri Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 366 hits
Soalan Isteri saya bekerja dan mempunyai pendapatan tetap Apakah hukum sekiranya saya mengambil duit daripada isteri saya tanpa izin Jawapan Hakikat yang sebenar suami wajib menafkahkan kepada isteri sekalipun isteri tersebut seorang yang k...
Isteri Tikam Alat Sulit Selepas Diajak Seks 3 Serangkai

Isteri Tikam Alat Sulit Selepas Diajak Seks 3 Serangkai

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 445 hits
SEORANG isteri di Sibu menikam alat sulit teman wanita suaminya menggunakan pisau sepanjang 22 sentimeter selepas berang diajak melakukan hubungan seks tiga serangkai Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ber
Sakat Suami Waktu Ada Wuduk Gurau Senda Suami Isteri Yang Membahagiakan

Sakat Suami Waktu Ada Wuduk Gurau Senda Suami Isteri Yang Membahagiakan

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 1020 hits
Senda gurau membangkitkan gelak ketawa Suami isteri digalakkan bergurau supaya sentiasa gembira dan perhubungan tidak terlalu serius Gurauan suami isteri memberikan ketenangan dan mencetuskan suasana harmoni dalam rumahtangga Tidak salah be...
Suami Ajak Threesome Isteri Tikam Alat Sulit Gf Suaminya

Suami Ajak Threesome Isteri Tikam Alat Sulit Gf Suaminya

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 333 hits
Berang suami bawa teman wanita untuk mengadakan hubungan seks tiga serangkai wanita berusia 46 tahun menikam alat sulit teman wanita suaminya dengan pisau berukuran 22 sentimeter panjang lapor Harian Metro Dalam kejadian yang berlaku pada j...
Jika Suami Tahu Sakitnya Bersalin Boleh Menitik Air Mata Tengok Pengorbanan Isteri

Jika Suami Tahu Sakitnya Bersalin Boleh Menitik Air Mata Tengok Pengorbanan Isteri

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 461 hits
Bila mengandung selama 9 bulan isteri ke hulur ke hilir bawa perut bawa anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk Subhanal...
Isteri Tikam Alat Sulit Perempuan Simpanan Suami

Isteri Tikam Alat Sulit Perempuan Simpanan Suami

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 433 hits
Seorang wanita pekerja kedai kopi berusia 46 tahun ditahan kerana menikam bahagian kemaluan kekasih gelap suaminya dengan pisau selepas mereka bertiga mengadakan hubungan seks di sebuah rumah sewa di Jalan Lajong di Sibu malam semalam Mangs...
Ramai Orang Ingat Rezeki Ni Cuma Pergi Kerja Peluk Cium Anak Isteri Suap Makan Itulah Ubat Rezeki Kita

Ramai Orang Ingat Rezeki Ni Cuma Pergi Kerja Peluk Cium Anak Isteri Suap Makan Itulah Ubat Rezeki Kita

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 434 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang rezeki dalam rumah tangga Rezeki harus dilihat dari pelbagai sudut bukan sahaja pekerjaan dan juga wang Sayang dan kasih pada ahli keluarga juga termasuk dalam kategori rezeki yang harus k...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian