Ramai Tak Tahu Isteri Suami Boleh Saman Orang Ketiga Yang Mengganggu Rumahtangga


Hidup berpasangan adalah fitrah hidupan di dunia ini termasuklah manusia yang akan melalui kehidupan bersama melalui ikatan perkahwinan.
Banyak perkara yang boleh menjadi punca perceraian seperti kerjaya, penyakit, keluarga dan yang sering terjadi ialah curang.
Tidak kira sesiapa, kes curang boleh melibatkan semua orang termasuklah pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin dan kekasih yang sedang hangat bercinta.
Isu yang hangat ialah SAMAN ORANG KETIGA. Maknanya isteri atau suami boleh saman orang ketiga yang menjadi punca kepada perceraian.
Orang ketiga tu termasuk kekasih suami/isteri, keluarga seperti ibubapa mertua, ipar duai.
-seksyen 36 jika perempuan/ lelaki memujuk lari suami/isteri
-seksyen 37 menghalang suami isteri hidup bersama
-seksyen 38 menghasut suami/isteri lalai dari tanggungjawab.
Menurut Pakar Psikologi Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Rozmi Ismail, setiap perbuatan yang kesannya akan mencederakan orang adalah tidak dibenarkan apatah lagi jika menyebabkan kematian.
Undang-undang

Menurutnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan perlu dipatuhi demi kebaikan semua pihak.
“Memang diakui sesiapa yang berdepan dengan isu sebegini akan mudah marah serta berkemungkinan hilang pertimbangan yang rasional apatah lagi jika individu itu melihat sendiri perbuatan curang tersebut di depan matanya, mungkin kesannya akan menjadi lebih teruk.
“Namun dalam setiap apa keadaan sekalipun seseorang itu harus ingat kesan yang akan berlaku atas setiap perbuatan. Jangan hanya disebabkan emosi, kes yang boleh diselesaikan berubah menjadi lebih berat seperti kejadian pembunuhan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Katanya, adalah lebih baik memikirkan jalan penyelesaian terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang terburu-buru sehingga memudaratkan diri sendiri.
Tambah Rozmi, setiap individu juga sepatutnya perlu mempelajari teknik pengurusan emosi yang berkesan dalam memastikan pemikiran sentiasa terkawal dan berada dalam keadaan waras.
“Perkara ini nampak ringkas tetapi hakikatnya sangat penting apabila berdepan dengan situasi yang mampu menggugat kesabaran.
“Maka di sinilah seseorang itu perlu bijak dalam mengawal emosinya. Jika gagal maka buruk padahnya,” katanya.
Sementara itu, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, tindakan berbentuk keganasan bukanlah jalan terbaik dan betul dalam menangani isu kes curang disebabkan orang ketiga.
Menurutnya, daripada melakukan perbuatan terburu-buru sehingga menyebabkan kematian, adalah lebih baik mangsa ataupun pasangan yang terlibat menanganinya melalui pelaksanaan undang-undang.
“Sebenarnya di negara ini mempunyai undang-undang syariah yang boleh dikenakan kepada orang ketiga atau dengan kata lain individu sama ada lelaki atau perempuan yang menggugat kebahagiaan perkahwinan serta rumah tangga seseorang.

“Asalkan orang ketiga ini menjadi penyebab kepada ketidakharmonian pasangan itu, maka individu tersebut boleh disabitkan melakukan jenayah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah,” katanya.
Denda RM5000 atau penjara selama tiga tahun
Tambah Suzana, akta tersebut terdapat serta diaplikasikan di setiap negeri yang ada di negara ini.
“Jika di Wilayah Persekutuan, orang ketiga boleh didakwa di bawah Seksyen 36, Seksyen 37 dan Seksyen 38 akta tersebut yang membawa maksimum hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Berdasarkan peruntukan ini, sesiapa sahaja yang menjadi penghalang hubungan bahagia antara seseorang dan pasangannya boleh dibicarakan,” tegasnya.
Bagaimana hendak mendakwa di mahkamah?
Mengulas mengenai langkah yang perlu dilakukan, Suzana memberitahu, mereka yang menjadi mangsa orang ketiga boleh mengemukakan aduan ke Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan Mahkamah Syariah yang berdekatan.
“Di dalam aduan tersebut, mangsa perlu menjelaskan dengan terperinci mengenai hubungan pasangan dengan orang ketiga sehingga memporak-perandakan rumah tangga.
“Mangsa juga perlu mengemukakan segala bukti yang ada berkaitan hubungan pasangan yang curang itu sama ada dalam bentuk gambar, bila telefon atau e-mel dan lain-lain lagi. Aduan itu kemudiannya akan diselidiki dan jika disabitkan bersalah, lelaki atau wanita terlibat akan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan,” ujarnya.
Sumber : Kosmo
The post Ramai tak tahu, isteri/suami boleh saman orang ketiga yang mengganggu rumahtangga appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/ramai-tak-tahu-isteri-suami-boleh-saman-orang-ketiga-yang-mengganggu-rumahtangga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Para Suami Kena Letak 4 Mindset Ini Confirm Kaum Isteri Tak Stres Uruskan Rumahtangga

Para Suami Kena Letak 4 Mindset Ini Confirm Kaum Isteri Tak Stres Uruskan Rumahtangga

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 349 hits
Tak semua suami faham apa kehendak sebenar seorang isteri yang setiap hari hadap karenah anak anak kemas rumah fikir menu macam macam dan kadang pulun alih perabot demi cipta bahagia Wahai suami cubalah selamai hati mak mak dan untuk renung...
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk Peluk Dia Lama Lama Buat Kejutan Dalam Rumahtangga Setiap Hari

Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk Peluk Dia Lama Lama Buat Kejutan Dalam Rumahtangga Setiap Hari

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 416 hits
Suami jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk Peluk dia lama lama Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari Isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain lain...
Jika Suami Tahu Sakitnya Bersalin Boleh Menitik Air Mata Tengok Pengorbanan Isteri

Jika Suami Tahu Sakitnya Bersalin Boleh Menitik Air Mata Tengok Pengorbanan Isteri

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 460 hits
Bila mengandung selama 9 bulan isteri ke hulur ke hilir bawa perut bawa anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk Subhanal...
Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Yang Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tidak Tahu

Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Yang Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 557 hits
Lahir anak pertama perempuan kedua pun perempuan Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak l...
Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri

Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 530 hits
Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri Apabila seseorang itu sudah mendirikan rumah tangga pastinya tiada lain yang diharapakan ialah kebahagiaan Suami yang diharapkan mampu menjadi pemimpin untuk ...
Daki Gunung Bersalji Tapi Masih Gigih Menyusukan Suami Isteri Ini Kongsi Pengalaman Aktiviti Outdoor Dengan Bayi

Daki Gunung Bersalji Tapi Masih Gigih Menyusukan Suami Isteri Ini Kongsi Pengalaman Aktiviti Outdoor Dengan Bayi

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 571 hits
Walau pun di mana berada ibu tetap ibu Mendaki dan kembara dalam cuaca sejuk tidak mematahkan semangat ibu ini untuk terus memberikan susu ibu kepada anaknya Aktiviti outdoor diperkenalkan sejak anak berusia 3 bulan memberikan kesan positif...
Rashidi Ishak Dan Vanidah Imran Bukan Lagi Suami Isteri

Rashidi Ishak Dan Vanidah Imran Bukan Lagi Suami Isteri

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 2448 hits
Pasangan pelakon senior Rashidi Ishak dan Vanidah Imran sah bercerai Selepas mendiamkan diri beberapa ketika tentang spekulasi perhubungan mereka sebagai suami isteri akhirnya Rashidi Ishak mengesahkan sudah bercerai dengan Vanidah Imran pa...
Ww Suami Isteri Itu Memang Sepadan

Ww Suami Isteri Itu Memang Sepadan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 777 hits
Suami isteri itu memang sepadan Kadangkala kita je tak perasan Tapi orang lain perasan dengan kita Yang kita suami isteri memang sepadan
Suami Pukul Isteri Dengan Meja Kopi

Suami Pukul Isteri Dengan Meja Kopi

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 1794 hits
KUALA TERENGGANU Gara gara perselisihan faham seorang isteri cedera di tangan kerana dipercayai dipukul dengan meja kopi oleh suaminya dalam kejadian di Wakaf Tembesu Kuala Nerus tengah malam tadi Difahamkan pertengkaran berlaku antara pasa...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda