Giliran Affif Beri Keterangan Skandal Terowong Dasar Laut



(Malaysia Gazette) – Bekas Exco Kerajaan Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin tampil di Ibu Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini berkaitan isu skandal projek terowong dasar laut.
Beliau tiba ke pekarangan premis berkenaan sekitar 1.55 petang menaiki kenderaan Vellfire beliau dan ditemani beberapa pegawainya.
Katanya, beliau datang ke SPRM kerana telah dipanggil oleh pegawai berkaitan dengan projek terowong di Pulau Pinang.
“Saya telah dipanggil sebenarnya oleh SPRM (penyiasat) untuk tampil memberi keterangan sebagai saksi berkaitan siasatan projek terowong dasar laut itu.
“Saya percaya saya dipanggil atas kapasiti sebagai Exco kerajaan negeri sebelum ini dari 2013 hingga 2020 dan saya difahamkan atas sebab itulah (dipanggil),” katanya ketika ditemui pemberita di pintu masuk utama suruhanjaya tersebut di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya menambah, kesemua Exco kerajaan negeri Pulau Pinang telah dipanggil dan dirakam keterangan sebelum ini dalam perkara tersebut sejak beberapa minggu lalu.
Namun katanya beliau tidak tahu apa yang akan disoal siasat oleh penyiasat SPRM sepanjang proses mengambil keterangan itu.
“Saya tidak tahu apa yang akan ditanya, saya akan tengok nanti. Lagipun saya menerima notis untuk hadir sebagai saksi ke sini pada Isnin.
“Ini kali pertama saya dipanggil untuk kes terowong dasar laut,” ujarnya.
Ditanya sama ada beliau diminta membawa bersama beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan, Afif bagaimanapun menjelaskan setakat ini tidak ada sebarang arahan atau permintaan sebegitu diterima dari pegawai penyiasat yang memanggil beliau untuk hadir hari ini.
“Setakat ini, tiada sebarang dokumen diminta oleh SPRM. Kehadiran saya sebagai Exco menghadiri mesyuarat kerajaan negeri jadi mereka minta saya tampil beri keterangan,” ujarnya lagi.
Malah ditanya juga kenapa beliau tidak diminta hadir dan dirakam keterangan di cawangan SPRM Pulau Pinang, Afif yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan berkata, beliau banyak berurusan di ibu negara maka beliau diminta tampil berurusan ke Ibu Pejabat SPRM.
Awal Julai ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir ke ibu pejabat SPRM negeri dan disoal berhubung projek terowong laut tersebut.
Perkembangan itu berlangsung sehari selepas suruhanjaya anti rasuah itu menyoal siasat tiga exco yang lain iaitu Phee Boon Poh, Chong Eng dan Jagdeep Singh Deo 6 Julai lalu termasuk Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang, Prof Dr. P. Ramasamy.
Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan kes berkenaan masih berjalan sejak ia dimulakan pada 2017 dan enggan mengulas tentang kemungkinan exco akan ditahan.
Bagaimanapun DAP sambil mendakwa tindakan SPRM itu bermotifkan politik, menyatakan SPRM pernah mengesahkan tiada salah laku dalam kes berkenaan.
Seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang direman empat hari berhubung kes itu namun dibebaskan dengan jaminan RM100,000.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/07/15/giliran-affif-beri-keterangan-skandal-terowong-dasar-laut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Video

Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Video

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 353 hits
Antara Wang Airmata Rakyat Suara Tv The post appeared first on
Isu Terowong Dasar Laut Langsung Tak Bijak Guan Eng Ni Kata Najib

Isu Terowong Dasar Laut Langsung Tak Bijak Guan Eng Ni Kata Najib

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 482 hits
Pada 1hb Julai 2020 DAP Pulau Pinang telah menyiarkan satu kenyataan media yang menyenaraikan 5 fakta berkenaan projek terowong bawah dasar laut Pulau Pinang yang didakwa telah dijadikan sebagai senjata politik terhadap pemimpin DAP dan PH ...
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chong Eng Akui Disoal Sprm Mengenai Terowong Dasar Laut Lebuh Raya

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chong Eng Akui Disoal Sprm Mengenai Terowong Dasar Laut Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 339 hits
Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita Chong Eng mengakui beliau disoal mengenai projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang Beliau yang ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Sur...
Sprm Buka Semula Kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Sprm Buka Semula Kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 572 hits
Meskipun telah wujud Jambatan Ke 2 Projek terowong dasar laut dan 3 lebuh raya bernilai RM6 3 bilion ini dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk mengurangkan lalu lintas di jambatan pertama more Tetapi dalam masa yang sama projek ini juga j...
Terowong Dasar Laut Selepas Tiga Exco Km Pula Disiasat Sprm

Terowong Dasar Laut Selepas Tiga Exco Km Pula Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 335 hits
GEORGETOWN Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal berhubung projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6 3 bilion more Chow tiba di bangunan terletak di Jalan ...
Skandal Terowong Siasatan Sprm Hampir Sampai Ke Penghujung

Skandal Terowong Siasatan Sprm Hampir Sampai Ke Penghujung

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 242 hits
Nampaknya fokus SPRM sekarang sudah sampai ke tahap mendapat pengesahan keputusan EXCO terhadap projek terowong Adakah ini bermakna pihak SPRM dah dapat bukti rasuah serta salah guna kuasa dan mereka kini cuma mahu mengesahkan itulah keputu...
Skandal Terowong Tiada Pilihan Selepas Terbongkar Kini Dap Mengaku Bayar Ratusan Juta

Skandal Terowong Tiada Pilihan Selepas Terbongkar Kini Dap Mengaku Bayar Ratusan Juta

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 378 hits
Saya bongkarkan lagi cara DAP menipu Rakyat Selama ini propaganda DAP ialah mereka tak pernah bayar satu sen pun untuk projek terowong Hari ini Ketua Menteri DAP Pulau Pinang akhirnya mengaku bahawa kerajaan Pulau Pinang memang sudah membay...
Skandal Terowong Keadilan Ditegakkan Guan Eng Akan Didakwa

Skandal Terowong Keadilan Ditegakkan Guan Eng Akan Didakwa

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 363 hits
Kuala Lumpur Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6 3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara akhir bulan ini Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya...
Skandal Terowong Bagaimana Dap Menipu Rakyat

Skandal Terowong Bagaimana Dap Menipu Rakyat

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 327 hits
oleh Lau Chin Kok TEROWONG DASAR LAUT BAGAIMANA MEREKA MENIPU RAKYAT Kertas siasatan SPRM projek terowong terbongkar yang mengandungi pengakuan pemilik syarikat terowong mengaku bahawa akauntan gagal seorang itu dah janji projek diberi kepa...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal