Skandal Terowong Siasatan Sprm Hampir Sampai Ke Penghujung
Nampaknya fokus SPRM sekarang sudah sampai ke tahap mendapat pengesahan keputusan EXCO terhadap projek terowong.
Adakah ini bermakna pihak SPRM dah dapat bukti rasuah serta salah guna kuasa dan mereka kini cuma mahu mengesahkan itulah keputusan pelaku-pelaku tertentu semasa dalam kerajaan?
Sama-sama kita tunggu episod terbaru.
Ketua Menteri P. Pinang beri keterangan selama 4 jam di SPRM
GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Pemimpin utama negeri itu tiba di bangunan SPRM pada 8.55 pagi dan berada di bangunan tersebut selama empat jam 15 minit.
Sejurus keluar dari bangunan SPRM pada 1.15 tengah hari, Chow yang dikerumuni pemberita berkata fokus keterangan beliau kepada SPRM ialah berhubung projek terowong dasar laut.
“Saya telah memberi keterangan kepada SPRM sejak 9 pagi dan fokus adalah terhadap projek terowong serta pengesahan akan keputusan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) terhadap projek ini (terowong dasar laut),” katanya, menambah tiada sebarang dokumen diserahkan kepada SPRM.
Ketika ditanya tentang tempoh yang agak lama diambil beliau untuk memberi keterangan, Chow berkata seperti kelaziman pertanyaan dimulai dengan latar belakang beliau dan disusuli tentang bidang kuasanya sebagai Exco.
Turut dilihat memasuki bangunan SPRM hari ini ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus, bekas Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan negeri Danny Law Heng Kiang serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit Lydia Ong Kok Fooi.
Semalam, tiga Exco negeri iaitu Jagdeep Singh Deo, Chong Eng dan Phee Boon Poh hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan juga berhubung projek mega tersebut yang melibatkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.
Pada Jumaat lepas, dua pasukan daripada SPRM mengambil keterangan beberapa petugas di pejabat Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy dan pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari.
Sebelum ini, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew yang ditahan reman selama empat hari mulai 1 Julai oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung projek itu, dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Sabtu lepas (4 Julai).- BERNAMA
Artikel Berkaitan: Cubaan Guan Eng “Melembukan” Rakyat Dikantoikan oleh Bossku
Artikel Berkaitan: Kes Terowong: Zairil dan Ramasamy disiasat SPRM
Artikel Berkaitan: Exco DAP Acah Melayu Zairil Khir Johari Mangsa Seterusnya ‘SMASH’ Bossku
Artikel Berkaitan: Skandal Terowong: Keadilan Ditegakkan, Guan Eng Akan Didakwa?
Artikel Berkaitan: Projek Berbillion Ringgit Kelulusan 8 Hari, Dokumen SPRM Terbukti Sahih
Artikel Berkaitan: SPRM dan ‘kekebalan’ Lim Guan Eng
Artikel Berkaitan: Menanti Pengakhiran Kekebalan DAP: Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa?
Artikel Berkaitan: Skandal Terowong, Salah Najib dan 1MDB – DAP
Artikel Berkaitan: Lebuhraya PIL1 Termahal Di Malaysia, Siapa Dapat Manfaat Terbesar? Geng TEROWONG!
The post Skandal Terowong: Siasatan SPRM Hampir Sampai ke Penghujung? appeared first on My KMU NeT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/07/08/skandal-terowong-siasatan-sprm-hampir-sampai-ke-penghujung/