Gigit Jari La Depa Kelulusan Eia Untuk Projek Tambak Laut Dibatalkan



GEORGETOWN: Projek tambak laut bagi membentuk tiga buah pulau buatan di perairan selatan negeri ini (PSR) yang dirancang kerajaan negeri Pulau Pinang, berdepan cabaran selepas Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) memutuskan mengetepikan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi projek tersebut semalam.
Keputusan itu dibuat tiga anggota Lembaga Rayuan JAS yang diketuai Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub dan pakar alam sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mazlin Mokhtar dan Prof. Madya Dr. Ramdzani Abdullah (Universiti Putra Malaysia).
Keputusan Lembaga Rayuan JAS itu menyaksikan kelulusan EIA bagi projek berkenaan yang diperoleh pada 25 Jun 2019 adalah terbatal dan tidak lagi sah.
Terdahulu, notis rayuan berkenaan difailkan kepada Lembaga Rayuan JAS oleh Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail pada 29 Julai 2019 di bawah seksyen 35 (1) (e) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (EQA 1974).
Menurut peguam yang mewakili Zakaria, R. Meenaksi, keputusan itu adalah satu kemenangan besar kepada masyarakat nelayan dan pejuang alam sekitar yang sejak dari awal membantah projek berkenaan.
“Ini satu kemenangan buat semua pihak yang tidak bersetuju dengan projek ini sejak awal ia diumumkan oleh kerajaan negeri.
“Keputusan ini sangat penting kerana ia tidak hanya mustahak untuk kes PSR, tetapi melibatkan kelulusan semua EIA oleh JAS,” katanya di sini.
Meenaksi berkata, antara implikasi yang dihadapi ekoran kelulusan berkenaan ialah sekiranya kerajaan negeri dan pemaju mahu meneruskan projek PSR, mereka perlu mengemukakan permohonan EIA baharu kepada JAS.
“Dengan pembatalan EIA itu, ini bermakna Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek itu yang sedang ditunggu kelulusannya juga tidak boleh diguna pakai lagi.
“Ini kerana kelulusan untuk mendapatkan EMP turut berkait rapat dengan kelulusan EIA yang diperoleh lebih awal, ini bermakna segala proses perlu dimulakan kembali oleh kerajaan negeri dan pemaju,” katanya.
Tambah beliau, kumpulan nelayan serta pejuang alam sekitar tidak akan berhenti untuk membantah projek berkenaan sekiranya ia tetap mahu diteruskan oleh kerajaan negeri selepas ini.
Dalam pada itu, Zakaria berkata, pihaknya berterima terima kasih kepada semua pihak yang menyokong usahanya untuk mengemukakan rayuan serta bantahan terhadap kelulusan EIA bagi projek PSR itu.
“Semangat yang mereka berikan membuatkan saya terus berjuang menentang projek PSR ini untuk masyarakat nelayan di kawasan ini,” katanya.
Utusan Malaysia menerusi laporan khas tahun lalu pernah menyiarkan mengenai kebimbangan kumpulan nelayan terhadap projek tambak laut itu yang bakal menjejaskan mata pencarian kira-kira 3,000 nelayan di Pulau Pinang.
Ia berikutan lokasi tambak laut yang dicadangkan iaitu di perairan Teluk Kumbar berkenaan merupakan lubuk rezeki bukan hanya kepada nelayan Pulau Pinang, malah nelayan dari negeri-negeri utara lain yang turut menangkap ikan di kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/gigit-jari-la-depa-kelulusan-eia-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ramai Rindu Sungai Dengan Laut Dari Mak Ayah Sendiri Ciapan Ag Coco Undang Kecaman Ramai

Hiburan Ramai Rindu Sungai Dengan Laut Dari Mak Ayah Sendiri Ciapan Ag Coco Undang Kecaman Ramai

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 319 hits
Baru baru ini tular sebuah video yang menampakkan betapa ramainya pengunjung memenuhi sebuah kawasan air terjun selepas peraturan ke pusat rekreasi dilonggarkan bagi beberapa negeri ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementWalaubagaimanapun keadaan y...
Lelaki Sesat Tengah Laut Dilindungi Dan Dibantu Ikan Lumba Lumba Yang Disangka Jerung

Lelaki Sesat Tengah Laut Dilindungi Dan Dibantu Ikan Lumba Lumba Yang Disangka Jerung

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 255 hits
Ruari McSorley menceritakan tentang detik detik cemas saat dia sesat sewaktu berenang di laut yang terletak di luar pantai di Co Kerry setelah dia diselamatkan Lelaki berusia 24 tahun itu pernah viral pada tahun 2015 selepas dia ditemui sel...
Setelah Garap Pulau Merah Ecoranger Mulai Dampingi Nelayan Pancer Kelola Sampah Laut

Setelah Garap Pulau Merah Ecoranger Mulai Dampingi Nelayan Pancer Kelola Sampah Laut

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 193 hits
Setelah melakukan pendampingan pengolahan sampah laut di Pantai Pulau Merah kini Non Governmental Organization lingkungan hidup Greenation bersama nelayan mengelola sampah laut di Pantai Pancer Banyuwangi
G4dis Ini Tak Nak Kalah Selepas Terpegun Tengok Kucingnya Pandai Berenang Dalam Laut Saya Mandi Pantai Bawa Pelampung

G4dis Ini Tak Nak Kalah Selepas Terpegun Tengok Kucingnya Pandai Berenang Dalam Laut Saya Mandi Pantai Bawa Pelampung

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 377 hits
Bukan mudah untuk memandikan kucing di rumah kerana kebanyakan haiwan kesayangan ramai itu t4kut pada air Berbeza pula dengan seorang g4dis apabila kucing peliharaannya dibawa mandi di laut Video yang meraih lebih dua juta tontonan di akaun...
5 Cara Penternak Kambing Menjana Keuntungan Lumayan Hanya Dengan Projek Ternakan Kambing

5 Cara Penternak Kambing Menjana Keuntungan Lumayan Hanya Dengan Projek Ternakan Kambing

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 508 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pernah tak anda fikir kenapa ya para penternak kambing kecil kecilan sentiasa tersenyum walaupun banyak menghabiskan masa dan tenaga mereka setiap hari menjaga kambing kambingnya tanpa rasa jemu Kambing K...
Projek Penjimatan Air Wuduk Di Masjidil Haram Dilancarkan

Projek Penjimatan Air Wuduk Di Masjidil Haram Dilancarkan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 188 hits
Dapat jimat 60 peratus air BANGI Kerajaan Arab Saudi menerusi Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melancarkan projek bersepadu yang mensasarkan penjimatan pengaliran air wuduk sehingga 60 peratus di Masjidil Ha...
Datuk Dalang Kartel Projek Kerajaan Berdepan Penjara 483 Tahun

Datuk Dalang Kartel Projek Kerajaan Berdepan Penjara 483 Tahun

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 148 hits
SHAH ALAM Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket kartel penipuan projek projek kerajaan berdepan penjara sehingga 483 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini Tertuduh Adly Kamarudin 47 bagaimanapun ...
Projek Lapangan Terbang Kulim Boleh Jejaskan Bekalan Air Pulau Pinang

Projek Lapangan Terbang Kulim Boleh Jejaskan Bekalan Air Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 217 hits
MALAYSIAKINI Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memberi amaran bahawa projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang mungkin boleh menjejaskan bekalan air di Pulau Pinang PBAPP berkata penilaian kesan persekitaran terhadap projek yang dic...
Menyamar Jadi Nelayan Tempatan Sambil Curi Hasil Laut Negara

Menyamar Jadi Nelayan Tempatan Sambil Curi Hasil Laut Negara

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 221 hits
Oleh TOREK SULONG SYED Nor Adli Syed Ab Rahman berkata sesuatu kepada nelayan Vietnam yang ditahan di Jeti Maritim Malaysia Kelantan Pasir Puteh hari ini UTUSAN SULONG PASIR PUTEH Sekali pandang tiada apa yang pelik pada sebuah bot nelayan ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin