Menyamar Jadi Nelayan Tempatan Sambil Curi Hasil Laut Negara


Oleh TOREK SULONG SYED Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata sesuatu kepada nelayan Vietnam yang ditahan di Jeti Maritim Malaysia Kelantan, Pasir Puteh hari ini. - UTUSAN/SULONG PASIR PUTEH: Sekali pandang, tiada apa yang pelik pada sebuah bot nelayan ‘tempatan’ kerana segalanya nampak normal termasuk rupa bentuk, warna dan nombor pendaftaran yang dicat pada badannya.

Bagaimanapun, bot dari Vietnam itu gagal mengaburi mata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan ketika dikesan mencuri hasil laut negara menggunakan pukat tunda di lokasi 83.3 kilometer dari Kuala Tok Bali, pukul 2.30 petang Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, dalam operasi itu, tujuh awak-awak dan seorang tekong berusia lingkungan 23 hingga 46 tahun ditahan ketika mereka leka menangkap ikan.

Katanya, ketika dihampiri, mereka tidak sempat meloloskan diri kerana perlu mendaratkan pukat tunda naik ke atas bot dulu, membolehkan anggota Maritim Malaysia memintas untuk pemeriksaan lanjut.
“Tekong bot menunjukkan permit menangkap ikan yang disyaki palsu. Siasatan lanjut mendapati kesemua mereka warga Vietnam dengan tujuh daripada mereka memiliki pasport. Hanya seorang tiada pengenalan diri.

“Mereka mengecat nombor pendaftaran nelayan Terengganu pada badan bot, namun, kita masih berjaya menemui kesan cat nombor pendaftaran Vietnam pada bot,” katanya dalam sidang akhbar di Jeti tim Malaysia Kelantan, di sini hari ini.

Syed Nor Adli berkata, rampasan kali ini dianggarkan bernilai RM1.5 juta merangkumi nilai sebuah bot bersama peralatan menangkap ikan, 500 kilogram ikan dan 4,000 liter minyak diesel.

Setakat ini tambah beliau, tiga kes dikesan menggunakan taktik sama iaitu mengaburi mata pihak berkuasa menggunakan nombor pendaftaran palsu dan proses ubah suai cat pada badan itu dipercayai dibuat di tengah-tengah laut.

“Maritim Malaysia mengesyaki wujudnya sindiket memalsukan dokumen atau tindakan pemilik bot menjual lesen bot mereka secara tidak sah kepada warga Vietnam.

“Pasukan penyiasat akan menjalankan risikan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Maritim Putrajaya untuk mencekup anggota sindiket yang dipercayai menjual dokumen palsu ini,” katanya.
 Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran yang sah. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/menyamar-jadi-nelayan-tempatan-sambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Otai Masih Berbisa Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian

Hiburan Otai Masih Berbisa Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 286 hits
Semalam tular sebuah video memaparkan penyanyi terkenal negara Anuar Zain menghidangkan teh tarik kepada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad ARTIKEL BERKAITANApa yang mencuri perhatian adalah gaya bersahaja Anuar yang pada ketika itu menarik ...
Setelah Garap Pulau Merah Ecoranger Mulai Dampingi Nelayan Pancer Kelola Sampah Laut

Setelah Garap Pulau Merah Ecoranger Mulai Dampingi Nelayan Pancer Kelola Sampah Laut

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 217 hits
Setelah melakukan pendampingan pengolahan sampah laut di Pantai Pulau Merah kini Non Governmental Organization lingkungan hidup Greenation bersama nelayan mengelola sampah laut di Pantai Pancer Banyuwangi
Iktiraf Uec Sama Seperti Khianati Negara

Iktiraf Uec Sama Seperti Khianati Negara

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 322 hits
Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu yang sukatan pelajarannya berkiblatkan Taiwan sama seperti mengkhianati negara kerana pasti menggugat keharmonian kaum dan sistem pendidikan Atas dasar itu Ikatan Muslimin Malaysia mendesak Perdana Me...
Speaker Dan Abangnya Peguam Negara Dengar Sendiri Titah Agong Tapi Tetap Pilih Derhaka

Speaker Dan Abangnya Peguam Negara Dengar Sendiri Titah Agong Tapi Tetap Pilih Derhaka

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 243 hits
Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun perlu menjelaskan mengapa tidak ada usul yang berkaitan dengan undi percaya dan pemilihan speaker baru dalam Aturan Urusan Parlimen Bahkan Yang di Pertuan Agong ketika dihadap oleh semua ketua parti politik ...
Setakat Mana Nak Cakap Positif Pasal Politik Negara

Setakat Mana Nak Cakap Positif Pasal Politik Negara

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 310 hits
Untuk jadi orang positif kekal positif adalah ignore politik tumpukan pada kemajuan ekonomi fikiran pada emas Dan lebih berkualiti fokus dan lebihkan pada amal paling senang yang wajib dan banyakan sedekah Perlu lebih fikir pentingkan diri ...
Negara Diurus Oleh Poli Tikus

Negara Diurus Oleh Poli Tikus

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 359 hits
SHAH ALAM DIKEMAS KINI Kadar kemiskinan negara meningkat kepada 8 4 peratus pada tahun lepas berbanding 5 6 peratus yang direkodkan pada 2019 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan juga menganggarkan ...
Laporan Polis Najib Terhadap Lhdn Bukti Agensi Milik Negara Tiada Kredibiliti

Laporan Polis Najib Terhadap Lhdn Bukti Agensi Milik Negara Tiada Kredibiliti

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 308 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSungguh memalukan apabila seorang mantan Perdana Menteri terpaksa membuat laporan Polis terhadap sebuah institusi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam negara Ia membayangkan agensi milik kerajaan tidak Amanah dan tidak ...
Menkes Sebut Penanganan Covid 19 Di Indonesia Dipuji Negara Lain

Menkes Sebut Penanganan Covid 19 Di Indonesia Dipuji Negara Lain

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 228 hits
Selain penurunan kasus positif negara G20 juga memuji laju vaksinasi Covid 19 di Indonesia Menteri Kesehatan Italia Roberto Speranza bahkan kaget Indonesia telah berhasil menyuntikkan 108 juta dosis vaksin Covid 19 kepada 69 juta orang Indo...
Ahy Kritik Jangan Dianggap Perlawanan Kita Ingin Negara Selamat

Ahy Kritik Jangan Dianggap Perlawanan Kita Ingin Negara Selamat

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 210 hits
AHY menyebut Demokrat tetap ingin negara selamat meski berada di luar pemerintahan
The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Ets Diselenggara Secara Berkala

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aisha Retno Tak Adil Chord

Brisia Jodie Kisah Baru Orang Lama Chord

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because

Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia