Gigih Mama Bangun Awal Masakkan Real Food Hanya 1 Minit Maryam Nak Di Bagi Gula


Tidak ada keperluan untuk menambah garam ke dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi di usia ini masih tidak matang untuk memproses sebarang garam tambahan.
Bayi juga tidak memerlukan gula dalam diet. Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak anda menjadi pemarah apabila paras gula di dalam badan menurun selepas beberapa jam pengambilan gula tersebut.
Bagi tempoh masa yang panjang, pengambilan gula yang berlebihan akan merosakkan gigi dan menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan.
Pengambilan garam berdasarkan usia anak
Oleh itu, apabila anak anda telah mula makan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain, tidak perlu menambah garam ke dalam makanannya. Saranan pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak.

Jumlah garam yang dibenarkan bagi kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ialah 3.0gm (1.2gm natrium) sehari, manakala kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun sebanyak 5.0gm (2gm natrium) sehari. Bagi yang berusia 11 tahun ke atas, saranan adalah seperti keperluan dewasa iaitu 6.0gm (2.4 natrium) sehari.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Syaza Yasmin ini pendekatan dilakukan untuk anaknya bagi mengelakkan pengambilan garam dan gula berlebihan pada anak ada benarnya seperti yang tertulis dalam buku rekod kesihatan anak.
Bukan hanya terus suap apa saja makanan bila anak dah pandai makan. Pemakanan anak dari awal penting untuk pastikan kesihatan jangka masa panjang.. Sebab tu jika anak kerap sakit tengok semula cara pemakanan anak-anak. Mungkin ada silap yang ibu bapa tak perasan.
BETUL. Mama bukanlah seorang yang jaga makan. Langsung tak. Tengok saja la badan mama, cara pemakanan mama. Itu cukup bukti betapa mama tak pernah kisah bab makanan sebelum ini.
But when it comes to Maryam, mama totally jaga pemakanan Maryam. Sebab mama sedar keluarga mama ada keturunan kencing manis. Dah ada yang meninggal sebab kencing manis (Al Fatihah untuk arwah MakNgah). Arwah Onyang laki (abah opah Maryam) cucuk insulin. TokSu (adik Atuk Maryam) pun cucuk insulin. Arwah Onyang perempuan (mak Opah Maryam) kena cuci buah pinggang 3x seminggu, disebabkan kencing manis.
Keluarga sebelah mama, boleh dikatakan keturunan ‘gemuk’. Tak payah tengok jauh. Tengok mama saja. Mama sendiri ada masalah PCOS, salah satu puncanya ialah gula. Nak dapatkan Maryam cukup susah, pelbagai ujian mama lalui untuk dapatkan Maryam. Beribu duit habis untuk dapatkan Maryam. Orang lain tak tahu, semua mama yang tanggung. Tanggung perasaan, tanggung sakit, tanggung tenaga, tanggung duit. Hanya kerana GULA yang harganya tak sampai RM5 sekilo.
Yes, betul, mama BANYAK BACA BUKU. Tu sebab semua benda Maryam tak boleh makan. Makan itu tak boleh, makan ini tak boleh. Tapi mama baca BUKU KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK (0-6 TAHUN). Buku ini dikeluarkan oleh KKM. Buku tu Maryam punya, kulit warna pink, tebaaalllll, mama tak beli pun. Dapat FREE, Hospital Ampang bagi kat mama selepas umur Maryam cukup 24 jam. Masa tu kami nak discaj wad selepas mama bersalin. Refer gambar untuk tengok kulit buku. Buku ni la mama baca.

Dalam buku ni dah disebut “Elakkan menambah GARAM, GULA, ATAU BAHAN PERISA ke dalam makanan bayi” – muka surat 34.
Dalam buku ni juga ada tertulis, untuk kanak-kanak 1 tahun hingga 6 tahun, muka surat 35 (Maryam belum pun 9 bulan) – “Elak memberi kanak-kanak makanan yang tinggi lemak, GARAM dan GULA, serta makanan tidak berkhasiat seperti gula-gula, kek, coklat, aiskrim, ………….”

“Galakkan anak-anak minum air kosong berbanding air manis.”
“Hidangkan makanan yang rendah kandungan GARAM dan GULA.”

Kalau rasa-rasa fakta ni mama Google, pergi la buka buku tu dulu check betul tak apa yang mama salin tu.
Mama bukanlah mama yang kejam sangat sampai nak control teruk-teruk makanan Maryam, itu ini tak boleh makan. Malah Maryam dah makan banyak benda yang mana mama tak pernah makan pun makanan tu sehingga umur mama 17 tahun.
Contoh, pasta bolognese, carbonara, aiskrim yogurt, makanan ni Maryam dah makan seawal 8 bulan. Mama makan semua makanan tu selepas umur mama 17 tahun. Mama kejam lagi ka?
Mama hanya tak nak makanan Maryam ada GARAM dan GULA ja. Susah sangat ka nak faham? Semua makanan Maryam boleh makan kecuali GARAM, GULA dan PERISA. Dah makanan tu ada garam gula, memang la mama tak bagi.
Contoh menu sehari bayi 6-8 bulan Gigih hari-hari mama bangun pukul 5 pagi semata-mata nak masakkan real food tanpa garam gula untuk Maryam. Tiba-tiba hanya 1 minit punya decision, Maryam nak dibagi gula.
Gigih Mama Bangun Awal Semata-Mata Masakkan Real Food. Hanya 1 Minit, Maryam Nak Di Bagi Gula
Semua Orang Cakap Cerewetnya. Bagi Mama Tak Kisahlah Bangun Awal Masakkan
Mama nak Maryam rasa aiskrim tu macam mana, mama buatkan aiskrim untuk Maryam. Mama nak Maryam rasa biskut tu sedap macam mana, mama beli biskut yang homemade tanpa garam tanpa gula. Mama nak Maryam rasa betapa sedapnya serunding ikan, mama tempahkan khas serunding ikan tanpa garam tanpa gula. Makanan apa lagi Maryam tak makan?
Mama pun taklah kejam sangat bagi Maryam makanan tak ada rasa. Perasa tambahan yang mama pakai – KURMA pengganti GULA, SERBUK IKAN BILIS homemade pengganti GARAM. Even dalam makanan hari-hari pun memang dah ada garam gula semula jadi kan.
Sumber: Syaza Yasmin
The post Gigih Mama Bangun Awal Masakkan Real Food. Hanya 1 Minit, Maryam Nak Di Bagi Gula appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gigih-mama-bangun-awal-masakkan-real-food-hanya-1-minit-maryam-nak-di-bagi-gula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 577 hits
Sememangnya ada di kalangan anak anak kita yang tidak suka makan nasi Malah langsung tidak boleh terima nasi dalam menu harian mereka Rungsing ibu dibuatnya bila anak anak tidak mahu langsung menjamah nasi seperti anak anak lain Sihatkah me...
Bukan Riak Hanya Nak Kongsi Usaha Titik Peluh Sendiri

Bukan Riak Hanya Nak Kongsi Usaha Titik Peluh Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 275 hits
Siapa sangka di usia 19 tahun penyanyi Ismail Izzani sudah mampu memiliki kereta mewah Mercedes Benz CLA 200 Namun perkongsiannya di media The post appeared first on
Penghantar Makanan Food Panda Oku Gigih Naik Ke Tingkat 14 Dengan Tongkat Untuk Menghantar Dua Ketul Ayam

Penghantar Makanan Food Panda Oku Gigih Naik Ke Tingkat 14 Dengan Tongkat Untuk Menghantar Dua Ketul Ayam

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 317 hits
Kisah golongan OKU bekerja keras untuk menyara kehidupan sering mendapat perhatian kerana kesungguhan mereka mencari rezeki meskipun mempunyai pergerakan yang terbatas akibat keupayaan mereka Satu perkongsian daripada seorang lelaki di Face...
Mama Adik Nak Mainlah Panggil Baik Baik Bila Anak Tengah Kusyuk Main Jangan Sergah

Mama Adik Nak Mainlah Panggil Baik Baik Bila Anak Tengah Kusyuk Main Jangan Sergah

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 362 hits
Ada waktunya kita sendiri tak sedar kita dah lakukan beberapa kesilapan kecil dalam mendidik anak Salah satunya adalah memanggil nama anak dengan panggilan yang kasar atau kuat ketika anak sedang melakukan sesuatu perkara Tak kisahlah samad...
Cik B Nampak Mama Seorang Yang Kuat Tetapi Bila Dia Menangis Kita Pun Nak Nangis

Cik B Nampak Mama Seorang Yang Kuat Tetapi Bila Dia Menangis Kita Pun Nak Nangis

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 547 hits
Kalau bantu mama Insya ALLAH dapat lagi sebab sedih tengok apa yang jadi kat mama walaupun Cik B macam susah sedih tapi rasa sedih itu ada demikian luahan anak jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin...
Nik Zawawi Hanya Nak Berdialog Dengan Mujahid

Nik Zawawi Hanya Nak Berdialog Dengan Mujahid

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 359 hits
Ketua Ulama PAS Pusat Dr Nik Zawawi Salleh melorongkan jalan untuk membolehkan beliau berdebat mengenai pandangannya bahawa wajib bagi parti itu menjatuhkan kerajaan PH Sehari selepas menolak tawaran individu yang dianggapnya tidak setaraf ...
Real Flight Simulator Berangan Nak Jadi Pilot Ke Tu

Real Flight Simulator Berangan Nak Jadi Pilot Ke Tu

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 308 hits
Cita cita nak jadi pilot tidak kesampaian jangan risau kini anda boleh merealisasikan cita cita yang tinggal kenangan di tasik layu tu dengan permainan terbaru dari RORTOS ini RFS atau Real Flight Simulator SUMBER YOUTUBE Permainan untuk te...
Tidur Awal Bangun Awal

Tidur Awal Bangun Awal

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 287 hits
Abah saya kata bekas Permaisuri Agung Tuanku Najihah mengamalkan Sleep Early and Wakeup Early dalam hidupnya terdapat banyak kebaikan jika kita tidur awal dan bangun awal Hari bekerja saya mengamalkan setting masa tidur sekurang kurangnya j...
Kemenkeu Cukai Hanya Untuk Plastik Belanja Bukan Kantong Daging Atau Gula

Kemenkeu Cukai Hanya Untuk Plastik Belanja Bukan Kantong Daging Atau Gula

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 192 hits
Sutartib mengatakan saat ini sebagian masyarakat masih salah paham mengenai pengenaan cukai tersebut Mereka menganggap semua jenis plastik termasuk botol kemasan serta plastik sachet terkena regulasi cukai
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids