Getha S Bedding Products 100 Pure Natural Latex High Quality Latex From Only Malaysia
Korang malam-malam tidur lena tak? Hmm...kadang-kala lena,kadang-kala tak lenakan? Bohonglah kalau korang tak alaminya,sama gak dengan Seri Wangi kadang-kala tak lena tidur, bukan apa...kata orang kekadang tidur tersalah bantal, tak puas tidur, sakit bahu,sakit belakanglah and sakit tengkuk bila bangun keesokan pagi. Semua salah bantallah...kan?
Kadang-kadang kita tak perasan bahawa masalah tidur yang menggangu setiap malam dan tidak selesa itu ada kaitan dengan bantal kita tidur setiap malam. Samalah dengan Seri Wangi tak kisah sangat pasal bantal yang kita guna tu keras, ada yang terlalu nipis dan lembut sangat, pada hal kita perlu jugak ambil kisah dalam pemilihan bantal yang sesuai dengan kita agar tidur malam tidak terganggu lagi dan tidak ada masalah sakit tengkuk, tulang belakang dan kadang-kala boleh libatkan satu badan.
Jadi Seri Wangi mula godek-godek kat website yang ada jual bantal berkualiti dan terbaik, beli online lagi senang and mudah, apatah lagi sekarang ni masih lagi dalam PKP walaupun keadaan sekarang sudah bertambah baik tapi Seri Wangi lebih suka shopping online jer.
Akhirnya jumpa Getha's Latex Bedding products yang 100% Natural Latex dari sumber semula jadi pokok getah dan berkualiti tinggi.
Ciri-ciri dan kelebihan GETHA 100% Natural Latex
Kenapa Seri Wangi pilih produk Getha's Latex Bedding ni? Antara ciri-ciri dan kelebihan GETHA 100% Natural Latex:
1. Getha Latex mempunyai ratusan lubang yang membuatkan sistem pengudaraan semula jadi dengan unit takungan udara yang memastikan aliran udara segar yang berterusan. Ini membolehkan haba dan kelembapan badan hilang sepanjang tidur dan memberikan kita kesegaran dan keselesaan.
2. Tahan lama dan direka untuk keselesaan, produk GETHA 100% Natural Latex tidak akan berkedut, tidak perlu menggosok dan mengekalkan bentuknya selam bertahun-tahun sokongan yang berterusan.
3. Dibasuh sebelum proses pembuatan untuk memastikan kebersihannya. GETHA 100% Natural Latex mempunyai sifat antimikroba semula jadi yang menentang tungau, debu dan alergen lain serta tahan terhadap kulat.
4. GETHA 100% Natural Latex telah diuji dan diluluskan terhadap bahan berbahaya mengikut keperluan mengikut keperluan ECO Eropah. Ianya tidak toksik, secara semula jadi hypoallergenic dan sesuai untuk penghidap alergi dan asma.
5. GETHA 100% Natural Latex secara semula jadi sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu, dan tulang belakang. Sokongan melembutkan titik tekanan dan secara dramatik dapat mengurangkan gangguan tidur.
6. Direka dan dibentuk khas GETHA 100% Natural Latex diketuk langsung dari sumber semula jadi bumi iaitu pokok getah dan dihasilkan mengikut standard yang tepat dan ia mesra alam.
7. Untuk makluman bahawa produk GETHA 100% Natural Latex mungkin memerlukan perhatian khusus.
Tengok tu ciri-ciri yang ada pada GETHA 100% Natural Latex yang memang dapat membantu dan memberi keselesaan serta kesihatan untuk kita sebab itlah Seri Wangi juga telah memilih produk GETHA Bedding iaitu GETHA Pillow untuk keselesaan dan ketenangan Seri Wangi tidur malam agar dapat mimpi-mimpi indah gitu...!!
GETHA's Bedding - GETHA Pillow
Seri Wangi telah pun pilih dua produk GETHA Bedding - GETHA Pillow iaitu GETHA Latex Beauty Pillow and GETHA Body Latex Pillow. Kedua-dua bantal ni sangat membantu tidur Seri Wangi setelah dua minggu menggunanya, sangat selesa, sakit leher, bahu dan sakit belakang badan berkurangan.
GETHA Body Latex Pillow
GETHA Body Latex Pillow - Seri Wangi memang dah lama cari bantal peluk yang lembut dan sedap memeluknya dan sememangnya menjadi my favourite sepanjang masa. Biasanya kita sebt "Bolter" yang bagus sebagai tidur sisi, kadang-kala ada gak yang peluk di tengah-tengahnya...ikut suka koranglah! Body Pillow ni secara dinamik dapat menyesuaikan dengan lekukan badan kita untuk mengurangkan ketegangan di bahagian belakang dan memberikan sokongan penting di badan kita.
GETHA 100% Natural Latex Beauty Pillow
GETHA 100% Natural Latex Beauty Pillow - Ianya menggunakan penghidratan melalui Teknologi Susu, bagaimana teknik Honey Comb Air Hole, mengudarakan udara dan menyebarkan haba dari badan ketika sepanjang kita tidur. Gabungan penutup serat protein susu sentuh yang lembut dan dapat menghaluskan kulit serta mengurangkan kedutan di wajah kita kerana ianya tidak menyebabkan geseran ketika kulit kita menyentuh permukaan bantal.
Bila dah tertarik dengan ciri-ciri di atas barulah Seri Wangi berasa yakin dan tertarik untuk memiliki produk GETHA Bedding niyang 100% Natural Latex. Dengan pembelian online di website https://shop.getha.com.my bolihlah kita memilih mana-mana prodk GETHA seperti bantal yang Seri Wangi beli dan juga banyak promosi-promosi menarik dengan harga berpatutan.
Berkenaan GETHA
Nama 'Getha' berasal dari perkataan asli Malaysia untuk getah iaitu 'Getah' . Nama ini bersifat simbolik dan angat terkenal dengan identitinya menggunakan susu getah asli 100% Malaysia. GETHA memberikan gaya hidup mewah dan keselesaan kepada pelanggan serta produk inovatif dengan cara yang boleh dipercayai dan profesional di seluruh dunia. Logo dan nama jenama berasal dari konsep hidup bersama dengan daun yang menandakan konsep hijau dan duaelemen titisan air, elemen penting dalam kehidupan bersama untuk arah dan hala tuju ke arah misi dan visi syarikat.
JOM layan Youtube Getha Bedding
Untuk maklmat lanjut layarilah:
WEBSITEhttps://getha.com.my/
INSTAGRAMhttps://www.instagram.com/gethabedding/
#gethamalaysia #gethabedding #gethanaturallatex #gethabeautypillow #gethalatexbodypillow
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2020/07/gethas-bedding-products-100-pure.html