Gerhana Dua Kali Di Bulan Ramadhan Yang Dianggap Tanda Kedatangan Imam Mahdi Adalah Suatu Pembohongan


Isu yang sering menarik perhatian umat Islam ialah apabila fenomena Gerhana Berpasangan dikaitkan dengan kedatangan Imam Mahdi. Ia mahsyur digunakan terutamanya oleh beberapa individu atau pendokong ajaran sesat untuk menyokong dakwaan mereka bahawa merekalah Imam Mahdi yang ditunggu.

Gambar hiasan.

Dakwaan, jika diperhatikan berasaskan kepada beberapa hadis yang sering dirujuk mengenai ramalan kemunculan Imam Mahdi, antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Dar al-Qutni dalam Bab Sifat Solat Gerhana dari Kitab al-Aidain, dari Amr bin Shamir dari Jaabir dari Muhammad Ibn Ali berkata:

Yang maksudnya: "Sesungguhnya, Al-Mahdi yang kita nantikan itu memiliki dua mukjizat yang belum pernah terjadi semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, (yakni) bulan mengalami gerhana pada malam pertama (awal) bulan Ramadhan, sedangkan matahari mengalami gerhana pada pertengahan bulan itu, dan kedua hal itu belum pernah terjadi sejak Allah menciptakan langit dan bumi." (HR al-Dar al-Qutni)

Ulasan Hadis Oleh Ulama

Dalam kajian hadis, para ulama mendapati rantaian sanad hadis tersebut tidak sampai kepada Rasulullah SAW.

Ia hanya berhenti pada Muhammad bin Ali yang merupakan cucu Rasulullah SAW.

Di dalam istilah Ulum Hadis, ini dinamakan hadis munqati' atau terputus, kerana sandaran hadis ini tidak sampai terus kepada Rasulullah SAW.

Maka, pada pandangan sebahagian besar ulama, hadis yang kedudukannya begini tidak boleh dijadikan sandaran pada hukum fiqh apatah lagi akidah.

Di dalam rantaian perawi yang meriwayatkan hadis ini juga terdapat seorang yang bernama Amar bin Shamir.

Imam Dar al-Qutni yang meriwayatkan hadis ini menyatakan bahawa perawi ini tidak boleh dipercayai.

Riwayat tersebut sememangnya ada disebut dalam Kitab Sunan Dar al-Qutni melalui jalan riwayat yang berlainan.

Namun, para ulama hadis menyatakan bahawa hadis ini adalah munqati' dan Amar bin Shamir merupakan seorang yang sangat diragui.

Di dalam kitab Mizanul I'tidal, Imam al-Dzahabi telah mengumpulkan ulasan para ulama mengenai Amar bin Shamir.

Antaranya:

Imam Yahya Bin Mu'en berkata: "Perawi yang tidak dikenali".

Berkata Imam Jauzjani: "Dia seorang penipu".

Ibni Hibbaan menyatakan: "Seorang Syiah yang mencaci sahabat dan mereka-reka hadis dengan menggunakan nama-nama ulama yang berautoriti".

Berkata Imam Bukhari: "Hadisnya munkar."

Imam Yahya berkata: "Perawiannya tidak patut diterima".

Berkata Imam Sulaimani: "Amar mereka-reka cerita bagi menyokong dakwaan Syiah".

Imam Nasaai berkata: "Perawiannya ditolak."

Berdasarkan ulasan di atas, hadis tersebut adalah sangat lemah untuk dijadikan sandaran atau hujah yang kukuh apatah lagi dalam masalah akidah.

Maka kerana itulah hadis ini tidak boleh dijadikan dalil kepada dakwaan tersebut.

Gerhana berpasangan Dalam Ilmu Falak

Dakwaan Gerhana Berpasangan di atas juga, bersalahan dengan fitrah atau bukti-bukti saintifik.

Ini kerana gerhana bulan hanya akan berlaku ketika mana fasa bulan penuh seperti 15 hari bulan, manakala gerhana matahari pula berlaku pada fasa bulan ijtimak iaitu hujung bulan hijrah seperti 29 hari bulan.

Manakala di dalam hadis di atas pula menyatakan gerhana bulan berlaku pada awal bulan hijri manakala gerhana matahari pula pada pertengahan bulan hijri.

Oleh kerana hadis ini telah ditolak oleh para ulama hadis dan menyalahi hukum falak, sebahagian mereka yang menggunakan dalil ini akhirnya mengakui bahawa mengikut sunnatullah, gerhana bulan akan hanya berlaku pada 13 hari bulan, 14 hari bulan atau 15 hari bulan, bulan qamari dan gerhana matahari akan selalu berlaku pada 27 hari bulan, 28 hari bulan dan 29 hari bulan, bulan qamari.

Menyedari hal ini, mereka cuba merubah dan menafsirkan peristiwa gerhana tersebut untuk membuatkannya lebih menepati hukum falak dan meneruskan penipuan mereka terhadap orang jahil.

Mereka berhujah bahawa apa yang dimaksudkan itu sebagai 'malam pertama bulan Ramadhan', ialah malam pertama di mana gerhana bulan boleh berlaku, iaitu malam ke-13; dan 'pertengahan bulan Ramadhan' pula bermaksud hari pertengahan, dimana gerhana matahari boleh berlaku, iaitu hari ke-28.

Dakwaan mereka turut menyatakan gerhana dua kali dalam Ramadhan tidak pernah berlaku kecuali ketika kedatangan Imam Mahdi.

Namun, dakwaan mereka ini juga boleh dipertikaikan.

Dalam satu kajian oleh Syed Kamaruzzaman, gerhana berpasangan sejak tahun 1H hingga 2542H menunjukkan, sebanyak 264 kali gerhana berpasangan telah berlaku di seluruh dunia dan sembilan daripadanya berlaku di Mekah.

Daripada senarai ini, jelas sekali bahawa kejadian Gerhana Berpasangan ini memang agak jarang berlaku, tetapi ia bukan sesuatu yang ganjil atau mustahil berlaku.

Maka dapat disimpulkan di sini bahawa, mengaitkan gerhana dengan kedatangan Imam Mahdi berdasarkan nas yang telah kita bincangkan merupakan pegangan yang sangat longgar.

Sama ada kekuatan hadis mahupun kebenaran fakta, kedua-duanya dipertikaikan oleh para ulama.

Ramainya Pendakwa Imam Mahdi

Jika diteliti dalam sejarah, banyak orang yang telah mengambil kesempatan dari hadis di atas untuk mendakwa dirinya adalah Imam Mahdi.

Antaranya Saleh bin Tarif Burghwati yang mengaku sebagai Imam Mahdi ketika berlaku Gerhana Berpasangan pada bulan Ramadhan 125H.

Mirza Ali Muhammad berpandukan gerhana pada bulan Ramadhan 1267H, Hussain Ali Bahaullah berpandukan gerhana berpasangan bulan Ramadhan 1289H, Mahdi Sudani berpandukan Gerhana Berpasangan bulan Ramadhan 1290H dan Mirza Ghulam Ahmad berpandukan Gerhana Berpasangan bulan Ramadhan 1311H. (Rujuk https://irshad.org).

Bagi membuktikan lagi Gerhana Berpasangan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa, penulis melakukan satu analisis bagi dakwaan Saleh Bin Tarif Burghwati yang merujuk Gerhana Bulan penumbra yang berlaku pada 14 Ramadhan 125H/11 Julai 743M.

Dalam kajian ilmu falak, Gerhana Matahari atau Bulan akan berlaku apabila Matahari dan Bulan berada tepat berhampiran dengan titik Nod atau Uqdah.

Pada 14 Ramadhan 125H, bulan berada pada kedudukan 343° iaitu 17° dari titik nod dan Matahari pula berada pada kedudukan bertentangan iaitu 164° bersamaan 16° dari titik nod.

Gerhana Bulan ini ialah ulangan Gerhana Bulan dari siri Saros 70 yang pernah berlaku pada 30 Jun 725 bersamaan 13 Safar 107H.

Pada 28 Ramadhan 125H/25 Julai 743M, berlaku Gerhana Matahari penuh di mana kedudukan Bulan dan Matahari ialah 179° iaitu 1° dari titik nod.

Gerhana Matahari ini pula adalah ulangan dari pusingan Gerhana Matahari pada siri Saros 96 pada 14 Julai 725M bersamaan 27 Safar 107H.

Berdasarkan perbandingan di atas, Gerhana Matahari dan Bulan dapat berlaku kerana ia memang berada berhampiran kedudukan titik nod.

Malah, berdasarkan kiraan, ia juga adalah ulangan Gerhana Berpasangan yang berlaku pada Bulan Safar 107H.

Ringkasnya, dakwaan Gerhana Berpasangan yang dianggap tanda kedatangan Imam Mahdi jelas merupakan satu pembohongan.

Ini berdasarkan penghujahan dalil yang sangat lemah, disokong dengan kajian ilmu falak sendiri yang telah menunjukkan gerhana bulan pada awal bulan dan gerhana matahari pada pertengahan bulan, adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

Namun, jika Gerhana Berpasangan iaitu merujuk kepada gerhana bulan pada pertengahan bulan dan gerhana matahari pada hujung bulan, ia telah banyak kali berlaku.

Fenomena ini akan berlaku dan berulang lagi pada masa akan datang dan kemungkinan akan wujud lagi mereka yang menggunakan fenomena tersebut bagi menyokong dakwaan mereka.

Maka, di sinilah kita perlu melakukan 'tabayyun' dengan lebih cermat dalam meneliti dakwaan-dakwaan individu yang cuba mengambil kesempatan dari keadaan ini.

Ini agar akidah umat Islam akan terus terjaga dan terpelihara dari penipuan musuh-musuh Islam atau mereka yang hanya mahu mengaut keuntungan dunia semata.

Moga kita semua akan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Wallahu a'lam.

Penulis ialah Mohamad Faizal Jani, Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak

BACA INI JUGA: Hikmah Disebalik Kejadian Gerhana MatahariPanji-panji Hitam Dari Timur, Tentera Yang Tidak Akan Terkalahkan
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/05/gerhana-dua-kali-di-bulan-ramadhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Reda Isu Cerai Talak 3 Isteri Kedua Amar Asyraff Kahwin Janda Anak Dua Pula Kali Ini

Belum Reda Isu Cerai Talak 3 Isteri Kedua Amar Asyraff Kahwin Janda Anak Dua Pula Kali Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 286 hits
Kategori viral Belum reda isu cerai talak 3 isteri kedua Amar Asyraff kahwin janda anak dua pula kali ini Editor KEKASIH GELAPMU Belum reda berita pengesahan lafaz cerai talak tiga membabitkan isteri kedua pelakon
The H Ll Weh Baru Viral Harga Ayam Naik Ikan Siakap Pula Dijual Harga Lebih Dua Kali Ganda

The H Ll Weh Baru Viral Harga Ayam Naik Ikan Siakap Pula Dijual Harga Lebih Dua Kali Ganda

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 242 hits
Sejak kebelakangan ini hangat dibincangkan netizen di media sosial tentang kenaikan harga barang mentah ketika ini Malah baru baru ini kecoh di aplikasi Twitter selepas seorang lelaki memaklumkan bahawa harga ayam naik sehingga RM11 per kil...
Asteroid 4 Kali Lebih Besar Dari Bangunan Empire State Terbang Hampiri Bumi Lewat Bulan Ini

Asteroid 4 Kali Lebih Besar Dari Bangunan Empire State Terbang Hampiri Bumi Lewat Bulan Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 184 hits
Asteroid 4 Kali Lebih Besar Dari Bangunan Empire State Terbang Hampiri Bumi Lewat Bulan Ini WASHINGTON Sebuah asteroid gergasi dengan lebar lebih 1 6 kilometer diramal melakukan perjalanan paling dekat sebelum melintasi Bumi pada hujung Mei...
Dua Kali Saya Cuba Bunuh Diri Kerana Dibuli Emosi Doktor Pelatih

Dua Kali Saya Cuba Bunuh Diri Kerana Dibuli Emosi Doktor Pelatih

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 163 hits
Dua kali saya cuba bunuh diri kerana dibuli emosi Doktor pelatih Penat rasa tidak berguna dan menangis adalah perkara biasa yang sering dilalui oleh seorang doktor pelatih sepanjang ditempatkan di Jabatan Pembedahan di sebuah hospital keraj...
Allahu Duit Bayar Kereta 3 Bulan Lesap Ibu Hamil Terkilan Wang Simpanan Rm3 924 Dalam Akaun Maybank Hilang

Allahu Duit Bayar Kereta 3 Bulan Lesap Ibu Hamil Terkilan Wang Simpanan Rm3 924 Dalam Akaun Maybank Hilang

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 181 hits
Seorang wanita yang bekerja sebagai makeup artist mendakwa wang simpanannya sebanyak RM3 924 85 dalam akaun Maybank hilang tanpa dapat dikesan Mangsa Zahira Zyra berkata dia hanya menyedari kehilangan wang simpanannya ketika menyemak baki d...
Top Pengomen Blog Bulan April 2022

Top Pengomen Blog Bulan April 2022

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 216 hits
Lepas lepas raya ni mood update blog ke laut hehe Mood nak menaip membebel kat blog belum mai lagi Sibuk beraya tengok tv layan Tik Tok Ehhh busy betul tau haha So mood belum datang lagi nak membebel panjang panjang k fiezz buat simple entr...
Snsd Dipastikan Comeback Dengan Formasi Lengkap Bulan Agustus Mendatang

Snsd Dipastikan Comeback Dengan Formasi Lengkap Bulan Agustus Mendatang

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 142 hits
Setelah 5 tahun vakum akhirnya penggemar SNSD bisa melihat idola mereka comeback lagi nih
Ayahhhhhhh 6 Bulan Berpisah Happynya Dapat Jumpa Ayah Kasut Tak Sempat Pakai

Ayahhhhhhh 6 Bulan Berpisah Happynya Dapat Jumpa Ayah Kasut Tak Sempat Pakai

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 150 hits
Anak anak mana yang tak happy sambut kepulangan ayah dari kerja Walaupun tak sampai 24jam si ayah keluar mencari rezeki apatah lagi yang terpaksa meninggalkan keluarga berbulan bulan lamanya Kalau ayahnya seorang ayah yang baik dengan anak ...
Zahid Hamidi Dibayar Sg 200 000 Tunai Setiap Bulan Akui Ultra Kirana

Zahid Hamidi Dibayar Sg 200 000 Tunai Setiap Bulan Akui Ultra Kirana

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 196 hits
Bayaran SG 200 000 sebulan bermula pada hujung tahun 2014 dan berterusan sehingga pertengahan 2015 Dalam tempoh itu kami ada pergi ke rumah beliau di Country Heights Kajang dan dalam perjumpaan itu Datuk Seri Zahid meminta sumbangan bulanan...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri