Dua Kali Saya Cuba Bunuh Diri Kerana Dibuli Emosi Doktor Pelatih



Dua kali saya cuba bunuh diri kerana dibuli emosi – Doktor pelatih
Penat, rasa tidak berguna dan menangis adalah perkara biasa yang sering dilalui oleh seorang doktor pelatih (houseman) sepanjang ditempatkan di Jabatan Pembedahan di sebuah hospital kerajaan di Pantai Timur.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, bekas doktor pelatih itu mendedahkan kes buli secara emosi itu bermula selepas dua minggu ditempatkan di jabatan berkenaan.
Katanya, dalam jabatan itu terbahagi kepada dua pasukan yang berbeza dan semua doktor pelatih perlu berkhidmat selama dua atau tiga minggu dalam setiap pasukan.
“Antara dua pasukan itu, pasukan B paling menonjol dan terdapat dua ‘taiko’ yang dikenali sebagai Encik Z dan Dr M. Kedua-dua mereka memang dikenali sebagai seorang yang sangat kejam dan bersikap kasar dengan jururawat, doktor pelatih atau sesiapa sahaja yang pangkatnya lebih rendah.
“Konflik saya bermula apabila saya tidak dapat menghubungi Dr M walaupun sudah mencuba banyak kali untuk memaklumkan mengenai laporan darah pesakit secara peribadi.
“Ketika Dr M melihat hasil laporan darah berkenaan, dia mula menjerit ke arah saya dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, selain mengoyakkan laporan fail pesakit termasuk dokumen yang sudah ditulis. Sejak dari itu hidup saya seperti dalam neraka kerana setiap hari saya dimomokkan dengan kata-kata bahawa saya ini teruk dan tidak berguna,” katanya.
Disebabkan tidak tahan dengan layanan yang diberikan kepadanya, doktor pelatih itu akhirnya nekad melaporkan perkara itu kepada Timbalan Pengarah namun tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil.
Katanya, lebih merunsingkan, Timbalan Pengarah berkenaan memberitahu kepada Ketua Jabatan dan seterusnya memberitahu kepada Encik Z terdapat laporan berkaitan isu berkenaan kepada pihak atasan.
“Kehidupan saya di sana menjadi semakin parah, apabila Encik Z pula mula menjerit kepada saya di hadapan pesakit yang mengatakan saya seorang ‘kaki report’ dan akan susahkan hidup saya sebagai doktor pelatih.
“Keadaan menjadi semakin buruk apabila ketua jabatan memberitahu setiap pegawai perubatan (MO) dan doktor pakar lain yang saya seorang doktor pelatih yang teruk dan patut dilayan dengan teruk kerana melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dikutuk dan diberitahu dirinya bodoh dan tidak berguna adalah ‘makanannya’ setiap hari ketika dalam jabatan berkenaan. Bukan sahaja didera secara emosi, malah, dia juga disuruh bekerja lebih masa walaupun syif sudah tamat.
“Doktor pelatih yang tamat syif pada 9 malam tidak dibenarkan pulang sehingga syif malam tamat. Jika bermula lewat, kami perlu menunggu sehingga pusingan malam selesai dan barulah dibenarkan pulang ke rumah.
“Jika pulang sebelum pusingan tamat, nama akan dipanggil serta dilabel sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai dan tidak cekap. Penderaan emosi yang dilakukan oleh Encik Z dan Dr M seperti mencurahkan minyak ke api.
“Tanpa disedari, saya mendapati berada di dalam bilik secara bersendirian dengan tangan memegang pisau. Namun belum sempat membuat apa-apa, rakan serumah tiba-tiba pulang ke rumah lebih awal dari sepatutnya dan berjaya menghalang cubaan membunuh diri itu,” katanya.
Katanya, seminggu selepas kejadian itu dia dirujuk ke psikiatri dan kehidupannya menjadi lebih baik serta meneruskan kerjanya di dalam jabatan berkenaan.
“Namun selepas sebulan, saya tidak dapat hadir untuk mendapatkan rawatan susulan kerana doktor dalam jabatan berkenaan sering memberitahu tindakan saya mendapatkan rawatan psikiatri itu hanya menambahkan beban kepada rakan doktor pelatih yang lain.
“Tidak lama selepas itu saya nekad untuk berpindah dan terpaksa melutut kepada ketua jabatan bagi menandatangani borang penukaran ke tempat lain, namun saya dihalau keluar dari pejabatnya.
“Saya kemudiannya ke pejabat Pengarah, namun sia-sia kerana orang atasan tidak pernah ada di pejabat atau selalu bermesyuarat. Saya merayu berulang kali namun sia-sia sehingga pada Disember 2019 sekali lagi saya cuba untuk mengambil nyawa sendiri namun masih gagal kerana diselamatkan.
“Namun saya kini sudah berhenti bekerja kerana berada di penghujung fasa kemurungan,” katanya.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai Encik Z dan Dr M, bekas doktor pelatih itu memaklumkan Encik Z mula mencari sasaran baharu dan sikap Dr M semakin buruk dan sukar dibendung.
“Walaupun banyak aduan dan laporan dibuat oleh doktor pelatih lain, namun tiada tindakan yang diambil.
Menurutnya, dia kini gembira apabila cubaan membunuh dirinya gagal dan sekarang mendedikasikan hidupnya untuk membantu individu yang mempunyai kemurungan dan bipolar. HM
Dua kali saya cuba bunuh diri kerana dibuli emosi – Doktor pelatih
Baca Artikel Menarik:
Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/08/dua-kali-saya-cuba-bunuh-diri-kerana-dibuli-emosi-doktor-pelatih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exco Negeri Sembilan Terima 2 Laporan Doktor Pelatih Dibuli

Exco Negeri Sembilan Terima 2 Laporan Doktor Pelatih Dibuli

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 156 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan diminta menyiasat dan mengambil tindakan jika benar dua doktor pelatih dibuli di dua hospital pada Mac dan April lalu PETALING JAYA Exco Negeri Sembilan S Veerapan berkata pihaknya menerima dua laporan dokt...
Doktor Pelatih Di P Pinang Dedah Semua Terlebih Kerja Dibuli Dan Didera

Doktor Pelatih Di P Pinang Dedah Semua Terlebih Kerja Dibuli Dan Didera

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 179 hits
Doktor pelatih di P Pinang dedah semua terlebih kerja dibuli dan didera Beberapa individu yang pernah dan sedang menjadi doktor pelatih berkongsi pengalaman sendiri berhubung perkara yang dilihat oleh pengkritik sebagai budaya buli yang ber...
Doktor Pelatih Dibuli Jangan Izinkan Kebodohan

Doktor Pelatih Dibuli Jangan Izinkan Kebodohan

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 162 hits
Amat dialu alukan Kementerian Kesihatan akan menubuhkan pasukan petugas bebas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih Hospital Pulau Pinang baru baru ini Menurut laporan seorang doktor pelatih dikatakan jatuh daripada bangunan kediam...
5 Tahun Kerja 2 Kali Je Pernah Mc Doktor Dikecam Sebab Marah Orang Suka Tipu Sakit Untuk Mc

5 Tahun Kerja 2 Kali Je Pernah Mc Doktor Dikecam Sebab Marah Orang Suka Tipu Sakit Untuk Mc

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 208 hits
Bila kita sakit ni semestinya kita akan cari ubat yang dapat membantu untuk meredakan kesakitan dialami atau dapatkan nasihat daripada doktor betul tak Kebiasaannya kalau sakit yang dialami tu memerlukan kita untuk berehat doktor akan membe...
Seorang Polisi Di Kediri Bunuh Diri Dengan Luka Tembak Pada Kepala

Seorang Polisi Di Kediri Bunuh Diri Dengan Luka Tembak Pada Kepala

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 159 hits
Seorang anggota polisi Polsek Kunjang Polres Kediri ditemukan tewas di kursi penjagaan Mapolsek Mirisnya korban ditemukan tewas dengan luka tembak di pelipis kanan tembus ke kepala sebelah kiri
Doktor Pakar Buli Doktor Pelatih Di Negeri Sembilan Dikesan

Doktor Pakar Buli Doktor Pelatih Di Negeri Sembilan Dikesan

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 216 hits
KERAJAAN Negeri Sembilan telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri untuk memanggil dua doktor pakar yang didakwa terlibat membuli doktor pelatih di dua hospital di negeri berkenaan Exco Kesihatan Alam Sekitar Koperasi dan Kepenggunaan ne
Serangan Bom Bunuh Diri Di Pakistan Tewaskan Tiga Wn China

Serangan Bom Bunuh Diri Di Pakistan Tewaskan Tiga Wn China

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 193 hits
Serangan Bom Bunuh Diri di Pakistan Tewaskan Tiga WN China Serangan bom bunuh diri yang dilakukan oleh seorang perempuan di sebuah universitas di Karachi Pakistan menewaskan sedikitnya empat orang yang terdiri dari tiga warga negara China d...
Ahli Parlimen Tuntut Penjelasan Telus Kematian Doktor Pelatih

Ahli Parlimen Tuntut Penjelasan Telus Kematian Doktor Pelatih

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 170 hits
Ahli Parlimen tuntut penjelasan telus kematian doktor pelatih Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 May 2022 7 1
Bunuh Isteri Pada Malam Aidilfitri Mekanik Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Bunuh Isteri Pada Malam Aidilfitri Mekanik Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 178 hits
Seorang mekanik yang membelasah isterinya sehingga mati didakwa hari ini di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya pada malam Aidilfitri di sebuah rumah Ahad minggu lalu Tertuduh Mohd Syawalludin Ismail 38 bagaimanapun tidak ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan