Gerbang Iftar Nusantara Di Bukit Merah Laketown Resort
Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown Resort
Assalamualaikum, hai hangpa
Alhamdulillah, tahun 2019 ni dapat review buffet Ramadhan
Hari Rabu lepas, aku ada p ke Ramadhan review di Bukit Merah Laketown Resort. Sekejap ja dah nak puasa kan hangpa
Bukit Merah Laketown Resort telah melancarkan promosi bulan Ramadhan dengan perasmian iftar istimewa dengan tema "Gerbang Iftar Nusantara". Sajian yang bertemakan citarasa masakan nusantara ni ialah campuran daripada beberapa menu ketimuran seperti nasi mendi & kabsah. Menu ni menjadi salah satu daya penarik bagi kita untuk berbuka puasa di sini
Sesuai dengan temanya, pelbagai pilihan menu santapan nusantara untuk buffet Ramadhan tahun ni dibuat dengan teliti oleh Esekutif Chef Bukit Merah Laketown Resort, Noorul Qamar Mohd Noor. Sebanyak lima set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ni. Ia meliputi sehingga 50 sajian hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai sherperd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju berserta tomato.
Untuk pembuka selera, ada pelbagai pilihan salad di sini seperti salad kentang, salad kobis & tartar. Selain tu, tak dilupakan jugak ada pelbagai jenis sambal seperti sambal belacan, sambal kerisik & sambal mangga. Memang membuka selera betul lah kan hangpa.
Terdapat beberapa gerai yang dihias cantik bagi memudahkan kita untuk memilih juadah kesukaan kita, selain ia menjadi penyeri di bahagian ruang legar menghadap tasik yang berhampiran Le'Lac Cafe. Kita jugak akan disulami dengan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat & hujung minggu. Rasa tenang ja suasana nak berbuka puasa pun
Kambing bakar yang selalu menjadi antara menu 'wajib' tatkala kita berbuka di hotel turut dihidangkan di sini selain ayam golek & beberapa menu santapan nusantara seperti kari kambing berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda & sebagainya
Akhir sekali, tak lengkap lah kalau dalam setiap buffet Ramadhan takda pencuci mulut kan. Ada banyak pilihan pencuci mulut dekat sini hangpa. Antaranya ialah agar-agar, kuih lapis, kuih ketayap, aneka jeruk & pelbagai pilihan pencuci mulut yang lain samaada tempatan atau barat. Ada jugak kurma, buah-buahan, cendol & macam-macam lagi
Selain makan di meja makan, kita jugak boleh memilih untuk makan secara bersila di beberapa ruangan khas yang telah disediakan
Perkhidmatan Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Waktu Berbuka Puasa
Dengan kadar RM45 bagi dewasa & RM35 bagi kanak-kanak, warga emas & orang kurang upaya (OKU), kita pastinya berpuas hati ditambah pulak dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal pada setiap hari iaitu melalui dua sesi pelayaran. Masing-masing pada jam 6.15 petang & 6.45 petang. Tapi perkhidmatan pelayaran tasik ni jugak bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah
Bukit Merah Laketown Resort jugak turut menawarkan promosi pemberian satu baucer percuma untuk setiap 10 tempahan berbayar. Selain tu, pihak Bukit Merah Laketown Resort jugak boleh menjadi perantara kepada mana-mana saja pihak yang berkeinginan untuk menaja anak-anak yatim & fakir miskin untuk bagi depa merasai pengalaman berbuka puasa di sini
Bagi hangpa yang tak nak ketinggalan untuk solat tarawikh, hangpa jangan risau sebab solat tarawikh secara berjemaah jugak akan didirikan di surau yang berdekatan dengan lokasi buffet ni
Untuk pengetahuan hangpa, ada jugak promosi istimewa yang ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM35 bagi dewasa & RM25 bagi kanak-kanak, warga emas serta orang kurang upaya (OKU). Promosi istimewa ni telah pun bermula pada 1 April yang lalu sehingga esok 30 April 2019. Sempat lagi ni hangpa. Cepat-cepat ambik peluang ni taw
Selain tu, pakej penginapan jugak ada ditawarkan pada harga serendah RM105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel & RM175 bagi bilik studio di Kampung Air. Pakej ni bermula dari 6 Mei sehingga 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama-sama satu baucer buffet berbuka puasa untuk seorang
Untuk sebarang tempahan & pertanyaan lebih lanjut:
Tel: 05-8908888
Web: Bukit Merah Laketown Resort
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syuhainaatikah.com/2019/04/gerbang-iftar-nusantara-di-bukit-merah.html