Geram Melenting Anak Buat Silap Berulang Ibu Ayah Sebenarnya Lupa 1 Perkara Ini


Melenting dan marah memang tidak dapat lari bila berhadapan dengan anak-anak yang membuat kesalahan berulang kali. Tapi apakah perkara ini betul untuk dilakukan kepada anak kecil yang masih sedang mempelajari tentang dunia ini menerusi bermain dan mencuba?
Salah sangka dan sangkaan buruk menjadikan ibu ayah seolah-olah hakim untuk menilai dan menghukum. Insiden-insiden kecil yang berlaku di dalam kehidupan sehari-hari mungkin menyebabkan ibu ayah marah, tapi jika sangkaan baik diberikan kepada anak-anak, tentu proses mendidik menjadi lebih mudah.

 
Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini benar-benar membuka mata supaya tidak terlalu bersangka negatif kepada si kecil. Siasat dan tanya dulu sebelum marah!
Sebagai manusia yang normal, kita suka bersangka sangka. Kadang kadang sangkaan kita itu menyebabkan kita selalu melihat perkara negatif dalam diri anak anak.
Kita sangka apa yang kita lihat dan fikir itu selalu benar, walaupun hakikatnya tidak semua sangkaan kita itu benar.
BANYAK KERENAH TAPI PERLU BERSANGKA BAIK
Setiap hari, dalam berhadapan dengan anak anak, terlalu banyak kerenah mereka yang kita harus hadapi. Sampai satu tahap kita susah mahu bersangka baik dengan anak anak.

PERISTIWA 1: BUKA PINTU PETI SEJUK DALAM JANGKA MASA LAMA
Pada suatu hari saya sedang sibuk memasak di dapur. Kemudian melihat anak saya membuka peti ais dan berdiri lama di depan pintu.
Kemudian, apa yang terjadi, saya marah dia kerana sangkaan saya dia mahu bermain main sahaja.
“Kakak, jangan main dalam peti ais, nanti rosak peti ais tu!”
Saya menegur dia dengan suara yang agak tinggi. Kemudian, anak saya pandang muka saya dan dengan muka yang sayu. Dia berkata
“Kakak lapar lah ibu, nak makan”
Alahai, rupanya lapar nak makan.
Saya sudah bersangka yang buruk kepada anak saya, rupa rupanya dia lapar. Mungkin sudah tidak faham sangat menunggu makanannya disediakan.

PERISTIWA 2: CURAH MAKANAN IKAN BANYAK & IKAN MATI
Saya teringat juga satu peristiwa di mana anak saya telah memasukkan makanan ikan dengan banyaknya ke dalam akuarium.
Perbuatan itu telah menyebabkan air keruh dan ada ikan yang mati.
Sangka saya, dia buat itu suka suka dan memang ada niat yang tidak baik pada ikan ikan tersebut. Saat itu saya rasa sangka kecewa dan marah. Namun, ketika itu saya sabar dan bertanya kenapa dia melakukan perbuatan itu.
Kata anak saya, dia sebenarnya mahu beri ikan makan. Ikan nampak lapar, tetapi entah bagaimana penutup makanan ikan itu terbuka dan tumpah lah makanan ikan dengan banyak.
Ketika saya dengar penjelasan dia saya terdiam. Begitu banyak sangkaan buruk kepada perbuatannya itu. Sedang hakikatnya dia sebenarnya ingin memberi ikan makan dan bukannya sengaja ingin membuat ikan tersebut mati.

IBU AYAH PERLU BERSANGKA BAIK SUPAYA DIDIKAN LEBIH BERHIKMAH
Dalam mendidik anak, kita perlu banyak meletakkan sangkaan baik kepada mereka.
Anak kacau kita solat sebenarnya dia nak solat bersama, tapi belum tahu bagaimana untuk melakukannya.
Anak suka lawan kita mungkin kerana kita selalu berkasar pada mereka.
Bermula dengan sangkaan yang baik lah kita akan semakin rajin memberi nasihat dengan lembut dan berhikmah dalam mendidik anak-anak.

TANPA SANGKA BAIK, KITA AKAN SELALU NAMPAK BURUK ANAK
Tanpa sangka baik kita akan sentiasa nampak keburukan pada anak anak. Walau kita berdoa, kita selitkan kemarahan kita, nasihat pun selalu diberi dengan bebelan yang menyakitkan.
Selalu selitkan dalam doa kita:
“Ya Allah, aku tahu anak aku baik, anak aku soleh solehah. Jika dia berbuat silap atau salah mungkin dia tidak sengaja atau dia belum mampu untuk mengawal dirinya, berilah kekuatan untuk aku melihat kebaikan dalam setiap perbuatan anak anak”

SANGKA BAIK & SABAR AKAN DIBERI GANJARAN BESAR, BERLAPANG DADALAH IBU AYAH
Saya faham nak bersangka baik dengan anak bukan mudah. Kita akan selalu rasa anak kita nakal, menyusahkan, menyakitkan hati, tak dengar kata.?
Namun, ingatlah satu perkara, Ibu bapa yang sentiasa memandang kebaikan pada anaknya, bersangka baik dan bersabar atas setiap perbuatan anak anak akan diberi ganjaran yang cukup besar.
TIADA ADA ANAK YANG NAKAL, YANG ADA HANYA ORANG TUA YANG TIDAK SABAR
“Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah anak yang belum tahu. Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah orang tua yang tak sabar. Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah pendidik yang terburu-buru melihat hasil.”

Habib Muhammad Al-Habsyi
Fikir yang baik baik, natijahnya pasti akan baik.
Artikel berkaitan:
 
The post Geram & Melenting Anak Buat Silap Berulang? Ibu Ayah Sebenarnya Lupa 1 Perkara Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/geram-melenting-anak-buat-silap-berulang-ibu-ayah-sebenarnya-lupa-1-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya

Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 423 hits
Anak kalau dengan ayah semua dengar cepat nak buat Ibu jangan rasa kecil hati atau putus asa ini mungkin puncanya Ibu dan bapa mempunyai perbezaan personaliti yang ketara Seorang bapa lebih bersahaja ringkas dan sporting manakala ibu pula l...
Ketika Mendidik Anak Ibu Ayah Juga Ada Silapnya Jangan Ego Untuk Mengaku Dan Mohon Maaf Pada Mereka

Ketika Mendidik Anak Ibu Ayah Juga Ada Silapnya Jangan Ego Untuk Mengaku Dan Mohon Maaf Pada Mereka

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 358 hits
Ketika membesarkan anak anak kita mahukan yang terbaik buat mereka Sedarkah anda kita juga ada berbuat salah Dalam usaha membentuk sahsiah anak anak kita alpa dan tidak sedar bahawa kita juga tidak sempurna Lihat senarai yang Pa Ma kongsika...
Ibu Ayah Ini Diy Dapur Mainan Anak Dengan Modal Hanya Rm50

Ibu Ayah Ini Diy Dapur Mainan Anak Dengan Modal Hanya Rm50

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 731 hits
Kadangkala kreativiti ibu ayah yang DIY atau buat sendiri dapur mainan untuk anak perempuannya lebih bermakna dan paling penting membantu merangsang imaginasi anak Sememangnya sokongan dan penglibatan ibu dan ayah dalam setiap perkembangan ...
Kenapa Anak Meragam Bila Bersama Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap

Kenapa Anak Meragam Bila Bersama Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 403 hits
Kenapa anak meragam bila bersama ibu tapi bila dengan ayah mudah pula dengar cakap dan berdisiplin Tadi masa mama belum balik kerja elok je dia tak meragam Bila nampak mama macam macam perangai dia tunjuk ya komen papa pada si kecilnya yang...
7 Tabiat Yang Merosakkan Anak Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya

7 Tabiat Yang Merosakkan Anak Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 305 hits
Mempunyai anak merupakan salah satu perubahan yang besar dalam hidup dan serta merta anda ada tanggungjawab untuk didik anak menjalani kehidupannya Ini merupakan cabaran yang hebat kerana hakikatnya ia bukanlah satu perkara yang mudah Keban...
Lpsk Tangani Kasus Anak Korban Kekerasan Seksual Dilakukan Ayah Direstui Ibu

Lpsk Tangani Kasus Anak Korban Kekerasan Seksual Dilakukan Ayah Direstui Ibu

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 283 hits
Livia memastikan negara hadir bagi korban dan saksi tindak pidana seperti kekerasan seksual perempuan dan anak
Tak Tahan Tengok Anak Gatal Merengek Kerana Ekzema Ibu Ayah Mesti Tahu Penjagaannya

Tak Tahan Tengok Anak Gatal Merengek Kerana Ekzema Ibu Ayah Mesti Tahu Penjagaannya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 302 hits
Ekzema adalah masalah kulit yang biasa terjadi kepada anak kecil Ia biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah Namun tidak dinafikan ada yang kekal sehingga us...
Jangan Jadi Ibu Bapa Prejudis 5 Perkara Ini Pasti Buat Anak Jadi Hebat

Jangan Jadi Ibu Bapa Prejudis 5 Perkara Ini Pasti Buat Anak Jadi Hebat

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 385 hits
Boleh dikatakan semua ibu bapa akan melakukan pelbagai cara untuk anak mereka menjadi orang yang hebat Tetapi kadang kadang kita juga merugut tentang sikap anak anak yang bermacam karenah dan ragam Ada juga sesetengah ibu bapa yang suka mem...
Get Ready Ini Perkembangan Anak Umur 6 Tahun Ibu Ayah Kena Alert

Get Ready Ini Perkembangan Anak Umur 6 Tahun Ibu Ayah Kena Alert

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 391 hits
Pada umur 6 tahun anak bakal memasuki dunia baru iaitu sekolah rendah Dia akan terdedah dengan lebih banyak peluang untuk berkembang dan mencuba pengalaman baru Terokai bersama dunia anak anda dan perkembangan anak umur 6 tahun ini Perkemba...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia