Gerakan Teraju Pahang Rosni Zahari Dawak Pas Pernah Belot Dan Tidak Mampu Membantu Rakyat




KUALA LUMPUR: Rakyat di Negeri Pahang perlu ingat bahawa PAS pernah belot pada satu ketika dahulu dan telah terbukti tidak mampu untuk membantu masyarakat, kata Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran turut menegaskan bahawa pelbagai inisiatif untuk rakyat telah dilakukan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sepanjang mentadbir.
“PAS ini memang itulah azam dan tekadnya untuk menawan Negeri Pahang. Tapi tak semudah itulah sebab mereka ini hanya pandai bercakap. Terutamanya yang jadi wakil rakyat… tidak ada apa yang mereka boleh bantu rakyat dalam satu penggal ini.
“Masa kita dalam Muafakat Nasional (MN) dulu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy bantu mereka dengan memberikan peruntukan yang sama dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Tetapi, ternyata mereka telah belot.
“Ini kerana terdapat bungkusan kotak makanan yang disumbangkan oleh Datuk Seri Wan Rosdy, mereka (PAS) ambil kemudian tukarkannya, letak dalam beg warna hijau mereka. Kononnya nak mengatakan bahawa bungkusan makanan tersebut adalah daripada mereka kepada rakyat. Saya rasa itu adalah satu perbuatan yang tidak baik,” katanya.
Ujarnya, beliau yakin bahawa rakyat di Negeri Pahang tahu menilai dengan segala kemakmuran yang telah dikembalikan kepada mereka, hasil daripada pendapatan negeri.
“Mereka (PAS) suka uar-uarkan perkara yang kecil. Kadang-kadang mereka hantar ikan sekilo, sayur seikat pun nak buat publisiti besar-besaran. Saya rasa rakyat Negeri Pahang ini cerdik dan tahu menilai. Tidak semudah itulah mereka untuk tawan Negeri Pahang.
“Walaubagaimanapun, kita tidak akan berada dalam ‘comfort zone’. Kita akan terus bekerja mendekati masyarakat dan para pengundi. Insya-Allah, saya rasa pengundi-pengundi ini tahu untuk berterima kasih,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Wanita UMNO Negeri Pahang sedang giat menjalankan gerak kerja mendekati para pengundi dengan program bacaan Yasin dan taqarrub.
“Alhamdulillah, kami Wanita UMNO bahagian di Pahang ini sangat bertuah kerana mempunyai Menteri Besar yang sangat prihatin dan memahami. Kami telah menyusun beberapa program antaranya kita turun ke pusat-pusat daerah mengundi (PDM) untuk melaksanakan program Yasin dan taqarrub.
“Kita menggunakan program taqarrub ini untuk menjelaskan isu-isu semasa dan memberi penerangan mengenai isu semasa kepada para pengundi sangat dahagakan maklumat-maklumat, terutamanya berkenaan dengan kes 1MDB, SRC serta pertuduhan ke atas Presiden. Saya menggunakan peluang ini untuk menerangkan dengan sejelas-jelasnya kepada para pengundi.
“Alhamdulillah, di setiap bahagian kita diarahkan untuk mengadakan 30 program Yasin dan taqarrub. Insya-Allah, pada bulan puasa kelak, kita adakan program Ihya Ramadhan. Saya rasa pendekatan ini adalah yang sangat berkesan kerana ketika kita mengadakan program ini ramai golongan sasar yang hadir,” katanya lagi.
Menurutnya, Wanita UMNO amat berbesar hati untuk terus melaksanakan program mendekati para pengundi seperti ini dan Rosni turut berharap ia mampu membina kembali keyakinan rakyat kepada UMNO/BN.
“Ini dilakukan dengan harapan apabila saya menyampaikan penerangan ini, mereka dapat maklumat dan akan sampaikan kepada masyarakat di bawah. Pastilah kita mengharapkan keyakinan itu kembali kepada UMNO/BN terutamanya dengan usaha yang telah dibuat oleh Menteri Besar. Pelbagai inisiatif telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk rakyat.
“Menteri Besar juga telah menggunakan jentera-jentera parti terdiri daripada Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri untuk menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan.
“…ada sumbangan ‘Pride Kid’ dan juga Bantuan Prihatin Pahang untuk kita sampaikan kepada rakyat. Untuk mereka yang tidak dapat hadir ke majlis sumbangan tersebut, kita pergi cari mereka di rumah pula. Alhamdulillah, saya nampak para jentera parti, memang berbesar hati dan seronok apabila dapat mendekati para pengundi di bawah,” katanya lagi. #UMNOnline
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/02/gerakan-teraju-pahang-rosni-zahari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Giat Lancarkan Slogan Pas Nak Teraju Pahang Shahaniza Seru Rakyat Tidak Termakan Pujuk Rayu

Giat Lancarkan Slogan Pas Nak Teraju Pahang Shahaniza Seru Rakyat Tidak Termakan Pujuk Rayu

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 164 hits
MARAN Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menyeru seluruh rakyat di Negeri Pahang untuk tidak termakan pujuk rayu PAS yang kini giat melancarkan slogan PasTerajuPahang bagi memenangi hati para pengundi Beliau yang juga...
Wan Rosdy Perayaan Tahun Baharu Cina Cermin Keindahan Budaya Dikongsi Rakyat Berbilang Kaum Di Pahang

Wan Rosdy Perayaan Tahun Baharu Cina Cermin Keindahan Budaya Dikongsi Rakyat Berbilang Kaum Di Pahang

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 142 hits
KUANTAN Perayaan Tahun Baharu Cina bukan sekadar menandakan permulaan tahun baharu tetapi juga mencerminkan keindahan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat berbilang kaum di Pahang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ber...
Rakyat Pahang Perlu Pastikan Negeri Ini Aman Dan Stabil Hindari Persengketaan Serta Isu Berkaitan 3r

Rakyat Pahang Perlu Pastikan Negeri Ini Aman Dan Stabil Hindari Persengketaan Serta Isu Berkaitan 3r

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 135 hits
LIPIS Rakyat di negeri ini diingatkan supaya menghindari sebarang persengketaan khususnya yang berpunca daripada isu isu sensitif seperti agama kaum dan institusi diraja Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata isu isu tersebut...
Piala Malaysia Aura Final Mampu Menjadi Suntikan Semangat Untuk Sri Pahang Fc Untuk Kejutkan Jdt

Piala Malaysia Aura Final Mampu Menjadi Suntikan Semangat Untuk Sri Pahang Fc Untuk Kejutkan Jdt

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 124 hits
KUANTAN Aura final diharap mampu menjadi penyuntik semangat buat skuad Sri Pahang FC untuk melakar kemenangan bagi menjulang Piala Malaysia 2024 2025 Walaupun di atas kertas kelebihan berpihak kepada juara bertahan Johor Darul Ta zim yang m...
Sultan Pahang Bertitah Agar Rakyat Tidak Bertelagah Kerana Sebab Kecil Hanya Akan Rugikan Bangsa

Sultan Pahang Bertitah Agar Rakyat Tidak Bertelagah Kerana Sebab Kecil Hanya Akan Rugikan Bangsa

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 141 hits
KUALA LUMPUR Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Pahang menjaga ukhwah antara satu sama lain tidak kira agama dan bangsa Al Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan h...
Rumah Angan Angan Pas Tak Siap Untuk Rakyat

Rumah Angan Angan Pas Tak Siap Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 127 hits
Tahukah anda projek Rumah Mampu Milik Dendong di Besut ni kalau tak viral mesti orang ingat ni projek Mat Said Bukan Tahun 2020 Kerajaan Terengganu peruntukkan tanah 60 ekar di Dendong utk dibina 352 Rumah Mampu Milik 300 Pangsapuri 237 Ter...
Pas Perlu Henti Bodohkan Rakyat Dengan Teori Konspirasi Dangkal Mp Dap

Pas Perlu Henti Bodohkan Rakyat Dengan Teori Konspirasi Dangkal Mp Dap

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 215 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 20 2025 10 04 AMAhli Parlimen Kepong Lim Lip Eng membidas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung dakwaan bahawa Akta Pembaharuan Semula Bandar ialah satu rancangan halus untuk mengusir komuniti...
Guan Eng Wants Dewan Rakyat To Censure Pas Mp Over May 13 Claim

Guan Eng Wants Dewan Rakyat To Censure Pas Mp Over May 13 Claim

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 182 hits
PARLIAMENT Lim Guan Eng today urged the Dewan Rakyat to take strict action against PAS representative Ahmad Marzuk Shaary for linking his anti discrimination law proposal with the May 13 tragedy Citing Dewan Rakyat Standing Orders Section 3...
Untung Sikiit Ssikit Dah La Barang Asas Tak Naik Gas Murah Pakai Dulu Pun Harga Jual Mahal Jugak

Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Minat Cakap Banyak Mungkin Dia Wartawan Hebat Masa Depan

Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Jalan Jalan Cari Makan Kampung Baru Kl

Baju Raya Haji 2025

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik

Cikgu Bujang Didakwa Sentuh Anak Murid Di Asrama Sekolah